Saya bukanlah seorang pakar. Tetapi saya mahu berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini kepada anda yang belum berjaya buat duit dari internet atau blog. Dan perkongsian saya ini juga berdasarkan pengalaman lalu melihat kepada komen komen para peserta yang ingin buat duit dan akhirnya mereka gagal dan kemudian bertanya soalan ini dan itu yang memperlihatkan keadaan sebenar mereka akan kenapa mereka gagal. Dan kepada anda yang dalam kategori yang saya maksudkan ini, sila baca ringkasan dari saya ini.
Contoh pertama. Anda mungkin telah diajak untuk sertai program buat duit dengan affiliate Amazon. Anda tiada pengalaman berblogging. Dan anda pun berhabis duit beli domain, beli hosting, buat website, beli wordpress theme amazon termasuk affiliate amazon plugin. Anda habis ratusan ringgit. Setelah kedai affiliate amazon anda siap, anda pun memerhatikan dan menunggu setiap hari selama seminggu. Dan kemudian paling lama sebulan. Selepas itu anda kecewa kerana tiada trafik, tiada pelawat dan tiada jualan berlaku.

Tukar pelawat blog kepada pembeli
Review Jujur Menarik Bakal Pembeli
Apa yang berlaku? Maka keluarlah soalan soalan dan pertanyaan dari anda iaitu seperti, “kenapa tiada trafik?”, “kenapa tidak ada orang datang?”, “kenapa tidak ada orang beli pun?”, dan banyak lagi soalan soalan kecewa yang anda tanyakan. Sebenarnya dari soalan anda itu sendiri sudah menunjukkan anda tidak faham dan tidak mengambil tahu akan bagaimana bisnes online atau buat duit online itu boleh berjaya dilakukan. Jika anda tidak faham asas, anda memang akan gagal!!!.
Dari contoh di atas apa yang anda nampak? Anda mempersoalkan kenapa tiada trafik iaitu pelawat datang ke kedai online Amazon anda. Soalan ini saya tanyakan balik kepada anda semula iaitu “dari mana trafik atau pelawat yang akan ke kedai anda itu datang?”. Pernah terfikir akan hal ini? Jika hal asas ini anda tidak faham, memang sampai bila bila kedai anda tiada pelawat. Bila tiada pelawat bagaimana untuk menjual dan dapat duit. Anda setuju?
Sebenarnya apabila anda menjual barang secara online terutamanya di blog/website, cara yang paling sesuai untuk membuatkan pembeli membeli adalah dengan menulis review yang jujur. Jangan nampak sangat anda memaksa pembeli untuk terus membeli. Anda cerita kelebihannya dan sebab kenapa mereka patut mendapatkan produk tersebut. Menulis review yang jujur dapat memberikan keyakinan kepada pelawat yang terfikir untuk mendapatkan produk tersebut terus membuat keputusan untuk membelinya terus. Kalau dapat diselitkan dengan kisah sebenar adalah lagi bagus sebenarnya. Jangan menulis untuk memaksa pembeli tetapi kongsikanlah kelebihan dan kebaikkan. Saya pasti bakal pembeli akan membeli. Setuju?
Leave a Reply