Cara Verify Blog – Adakah anda perasan, sesetengah perkhidmatan online yang ingin anda gunakan memerlukan anda untuk melakukan pengesahan verifikasi terhadap blog anda. Apakah tujuannya? Tujuannya adalah untuk memastikan anda adalah “Owner” sebenar kepada blog/website anda. Dengan ini, sistem perkhidmatan online akan mampu untuk menapis dan menerima individu yang sah sahaja. Ianya seperti sesetengah blog ada mempunyai sistem komen yang memerlukan anda untuk mengisi ruangan “captcha” atau “answer” dahulu sebelum membolehkan anda menurunkan komen. Dan dengan pengesahan itu, sistem komen akan membenarkan anda untuk menurunkan komen selepas itu kerana anda telah mengsesahkan anda adalah individu sebenar dan bukannya “spam”.
Begitu juga dengan sistem perkhidmatan online seperti Google Analytics, Verify Bing, Pinterest, Alexa dan sebagainya ada memerlukan anda melakukan pengesahan verifikasi terhadap blog anda. Kebanyakkan Cara Verify Blog ini diperlukan anda untuk mengupload fail html kedalam blog dan melakukan pengesahan selepas itu. Ini bertujuan untuk membuktikan yang anda adalah owner sebenar blog/website anda dan anda berhak untuk mengawal penuh maklumat di dalam tersebut.
Cara Verify Blog WordPress
Jika anda perasan, ada kaedah lain yang diberikan kepada anda tentang Cara Verify Blog. Iaitu dengan kaedah mengisikan maklumat “Meta Tag”. Untuk pengetahuan anda Cara Verify Blog dengan kaedah meta tag adalah sangat memudahkan dan saya sangat menganjurkan kepada anda untuk melakukan kaedah ini sekiranya anda diperlukan untuk melakukan pengesahan vefikasi blog anda. Jangan risau, kaedah ini sangat mudah dan saya mengharap anda dapat mengikutinya. Untuk pengetahuan anda, kaedah ini hanya sesuai kepada blogger yang menggunakan sistem CMS WordPress sahaja kerana kita memerlukan bantuan “WordPress Plugin” untuk menyelesaikan masalah kita.
Ikuti Langkah Berikut di Bawah Ini;
1. Sila download dan install “Meta Tag Manager” melalui plugin (saya harap anda faham bagaimana untuk mencari plugin, download dan install melalui plugin)
2. Selepas itu sila pergi ke “Setting” dan cari “Meta Tag Manager”. Sila lihat gambar dibawah untuk penjelasan
Mari kita ambil contoh berdasarkan dua gambar didalam artikel ini. Saya sedang mahu melakukan pengesahan verifikasi blog/website saya kepada “Pinterest“. Lihat pada gambar pertama diatas, Pinterest memberikan kod “meta tag” seperti ini ( <meta name=”p:domain_verify” content=”03544546165546………”/> ) sebagai contoh. Dan perhatikan gambar kedua didalam artikel ini dari Meta Tag Manager.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil atau “copy” maklumat dari Pinterest dan letakkan “paste” kedalam Meta Tag Manager dan tekan “save”. Itu sahaja. Mudah bukan. Kaedah ini terpakai dengan apa apa servis perkhidmatan online yang memerlukan anda melakukan pengesahan blog anda.
Dengan ini, Cara Verify Blog telah dimudahkan dengan Meta Tag Manager plugin ini. Jika selepas ini anda ada menggunakan servis online dan memerlukan anda melakukan verifikasi, saya harap tutorial Cara Verify Blog ini dapat membantu memudahkan anda. Lihat gambar kedua diatas, dengan hanya satu plugin, saya dapat verify blog dengan mudah dan banyak hanya kepada satu tempat sahaja. Saya harap anda faham akan penjelasan ringkas dari saya tentang Cara Verify Blog untuk WordPress ini. Segala kekeliruan bolehlah anda turunkan di ruangan komen di bawah ini. Selamat mencuba!
13 Comments
Thanks bro,biasa guna fasility yang sedia ada dalam All In One.
owg guna All in One
Tak pernah guna.. Bagus jugak ada plugin macam ni.. Biasa utk meta tag aku edit direct je kat fail header.php..
Tapi sekarang pakai Genesis Framework, dah tersedia ada tempat untuk masukkan meta tag..
genesis dah siap ada tu bagus lah, bagi yg xda aku rasa better guna plugin ni dari edit header.php sebab kalau salah cara boleh tunggang langgang theme blog lagi lagi yang blogger newbie
Nanti ada blog wordpress baru boleh guna cara ni.
blog bro skrg ni guna blogspot ke bro
bertambah lagi plug in yg berguna yg boleh digunakan nampaknya
yep, memang berguna bro, serius
Alhamdulillah, satu perkongsian yang berguna untuk saya sebagai pemula dalam WP ni, hehe
good, leh try nanti
Emm tak pernah guna pulak plugin ni..hehe..
meh guna
aku pulak dah terbiasa edit kat html, so bila pakai ni nanti memang simple sangat pengunaanya tu