Anda adalah lepasan universiti dan sedang mencari kerja. Perkara pertama yang bermain di minda anda adalah tentang resume kerja anda bukan. Anda bimbang dan risau jika resume kerja anda ada yang tidak kena. Malah ada yang bimbang jika resume berbeza dengan resume rakan anda. Untuk maklumat anda, resume memang berbeza dan tidak sama. Majikan langsung tidak akan terkejut dengan resume anda. Mereka telahpun melihat beratus ratus jenis resume yang memang berbeza satu sama lain. Jadi anda tidak perlu risau jika resume anda lain atau berbeza. Ini perkara kecil.
Bagaimana dengan CGPA. Adakah ianya penting? Jawapannya adalah SANGAT PENTING. Namun begitu kepada yang mempunyai kredit CGPA yang rendah tidak perlu risau. Masih banyak tempat dan peluang kerja yang boleh ada dapat. Majikan bukan kejam sangat. Mereka pun tahu bahawa realitinya yang pandai dan mempunyai keputusan yang cemerlang pun bukan semua boleh buat kerja. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan yang cemerlang juga kadang kala datang kerana RAJIN buat ulang kaji. Itu sahaja.
Kaitan Pengalaman Kerja Dengan Gaji
Mengikut pengalaman saya, untuk pekerjaan tahap diploma, selalunya keputusan CGPA yang biasa biasa pun boleh diterima bekerja sana sini, kecuali kalau memohon pada syarikat atau kilang yang “High Tech”. Dan pada lepasan Ijazah pula, mengikut pengalaman saya, anda memang perlu memastikan yang keputusan kredit CGPA anda memuaskan atau terbaik.
Kalau boleh pastikan anda mendapat CGPA 3.0 keatas. Kerana apa? Kerana dalam sektor kerajaan ianya dipanggil “Professional” dan jika di sektor swasta ianya dipanggil “Exempt Staff” iaitu sama dengan golongan professional yang bakal mendapat kelebihan (benefit) tertentu. Jadi sudah tentu untuk memberikan jawatan pada tahap ini memerlukan result keputusan CGPA anda terbaik. Jika tidak, anda pasti agak sukar mendapat kerja melainkan anda terpaksa dahulu menimba pengalaman.
Bagi kes sijil Diploma, pengalaman adalah satu perkara yang sangat penting. Dengan pengalaman kerja, anda mampu mendapatkan gaji yang lebih tinggi dengan syarat anda perlu berpindah tempat kerja. Bagaimana? Begini. Katalah gaji mula anda RM1500 di kilang A. Setelah setahun, anda hanya menerima kenaikkan gaji sebanyak 5% dari gaji kasar anda iaitu RM75. Ini bermakna gaji tahun kedua anda menjadi RM1575. Tetapi kalau anda berpindah ke kilang B, ada kemungkinan anda menerima kenaikkan sebanyak RM100, RM200 atau lebih. Dengan kata lain, pengalaman kerja akan membantu anda menerima kenaikkan gaji jika anda berpindah tempat kerja.
CGPA, Resume dan juga pengalaman kerja sangat memain peranan dalam menentukan kadar gaji anda. Anda mahu tahu, ada lepasan ijazah menerima gaji sebanyak RM2500, ada yang RM2800, Ada yang RM4000 dan ada yang hanya RM2300 sahaja. Ini semua ada kaitan dengan CGPA anda. Yang penting, berapapun gaji anda, kalau boleh jangan didedahkan walaupun kepada rakan sendiri kerana takut terjadinya ketidak puas hati kalau gaji anda lebih tinggi dari mereka. Jangan terkejut kalau saya katakan ada rakan saya yang mempunyai diploma bergaji RM3500 hanya kerana mempunyai pengalaman kerja yang banyak. Anda sendiri tentukan. Selamat bekerja.
4 Comments
CGPA tinggi kalau takde pengalaman rasanya susah nak dapat kerja. Kena ada pengalaman baru dapat kerja dan gaji pun tinggi.
betul juga tuh
any idea for me to get 1st job with only internship xperience. Cgpa above 3.5 and already apply about 30 company on jobst***t.**m but 1 pon x dpt
Haniff, duduk di mana? Dalam bidang apa?