Minggu lepas saya baru sahaja pekena Chicken Madghout di Restoran Qasar Hadramawt. Dan pada kali ini saya cuba pula untuk menikmati hidangan nasi arab yang bernama Chicken Mandy. Saya rasa makanan ni paling popular sekali kalau ada mana mana individu yang pertama kali ingin mencuba masakkan arab tetapi tidak tahu hendak pilih menu yang mana. Jadi Chicken Mandy ada menu paling asas sekali dan sememangnya dicadangkan. Saya sendiri sewaktu pertama kali pun begitu. Selepas itu baru mencuba rasa masakkan yang lain pula.
Kedai makanan arab (YEMENI) ini sebenarnya terletak di Perda Pulau Pinang. Saya sendiri sudah berkali kali makan di restoran tersebut. Akan tetapi entah mengapa ketika masa puasa terlihat ramai yang memesan secara bungkus bawa balik rumah. Jadi ianya memberikan saya idea yang makanan di restoran ini boleh dibeli untuk dimakan dirumah. Oleh kerana itu saya mencuba memesan nasi arab yang bernama Chicken Mandy ini. Anda pernah rasa?
Chicken Mandy Perda Penang
Kalau anda tanyakan pada saya akan apakah rasa nasi Chicken Mandy ini? Yang boleh saya katakan adalah nasi arab Chicken Mandy mempunyai rasa rempah “spice” yang kurang berbanding menu lain. Malah pada pandangan saya ianya sebuah menu yang ringkas dan “mungkin” proses penyediaannya adalah sangat ringkas. Namun begitu rasanya tetap dan dan SEDAP bagi saya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang memakan nasi tanpa ayam seperti gambar diatas pun sudah sedap apatah lagi dengan ayam yang menambah selera.
Maaf saya kurang ingatkan harganya. Kalau untuk 1/2kg mungkin berharga RM32 untuk 3 orang (lelaki dewasa) makan. Bagi saya ianya tidaklah mahal mana kerana beras yang digunakan adalah dari jenis beras yang panjang. Mugkin menggunakan beras basmasthi.
Kalau anda singgah di Penang, ataupun duduk di Penang dan berhajat untuk merasai makanan arab. Anda boleh singgah di Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang. Dan sudah tentu menu Chicken Mandy menjadi antara tarikan kenapa anda harus mencuba menu ini. Tipu kalau anda kerap makan nasi arab tetapi tidak tahu akan nasi Chicken Mandy ini. Kepada yang pernah rasa, apa pandangan anda.
6 Comments
Kalau saya singah penang, kena cari nie…
memang kena cari, pekena dulu baru balik
wah…penang bukan saja ada nasi kandaq, nasi arab pun ada!:-)
sedap semuanya makanan nih… 🙂
Alamak..lapar nasi arab la pulak..kat mana nak cari ni..kat Jerteh ni ada ke?hahaha
kat Jerteh aku x tau la, hehe