Mana satukah antara loan ASB yang paling baik antara CIMB Bank dan juga Maybank. Kalau anda tanya saya, saya hanya akan katakan yang ianya berbalik kepada diri anda sendiri. Anda mahu memilih CIMB Asb Loan dipersilakan. Jika anda mahu mengambil Maybank Asb Loan pun di persilakan. Ianya keputusan anda. NAMUN, mengambil loan ASB dari bank yang anda mempunyai akaun simpanan di sana adalah lebih baik. Kalau anda mempunyai akaun simpanan dengan CIMB Bank, maka adalah lebih baik dan juga memudahkan urusan dengan anda memilih asb loan dari CIMB.
Kenapa lebih baik jika mengambil asb loan dari bank yang anda ada mempunyai akaun simpanan dengannya? Seperti yang saya katakan di awal tadi, ianya sangat terpulang kepada anda. Tiada salahnya pilihan anda itu. Tujuan LEBIH BAIK jika anda membuat asb loan dengan bank yang telah mempunyai akaun simpanan (saving akaun) adalah kerana anda boleh membuat bayaran pinjaman loan asb secara online. Katalah anda mengambil Maybank ASB loan, maka anda boleh membayar secara online terus melalui per-bankan Maybank online. Mudah bukan?
Maybank ASB Loan Repayment Table
Dan kenapa pula saya katakan terpulang kepada anda mahu mengambil loan asb dari bank mana? Ini kerana pada saya, bayaran bulanan setiap bank adalah lebih kurang sama sahaja. Tiada perbezaan yang besar bagi pada pandangan saya. Katalah anda memilih maybank asb loan. Nasihat saya, sebagai seorang islam saya menggalakkan anda untuk mengambil dari jenis akad yang Islamik. Jika ada yang Islamik, kenapa perlu memilih yang konvensional. Betul tidak?
Ramai yang bertanya. Jika contoh, anda mengambil Maybank asb loan untuk tempoh tertentu. Tetapi pada tahun pertama atau tahun kedua anda berhajat untuk “terminate” atau tidak mahu menyambung pembayaran asb loan. Adakah anda akan dikenakan denda? Jawapannya YA. Kalau saya tidak silap (tidak pasti) anda akan dikenakan denda sebanyak 3.0% – 3.5% dari keseluruhan loan asb anda jika anda henti pada sebelum 3 tahun. Lebih baik anda bertanya kepada pihak bank.
Maybank ASB Loan Table – [ Jadual Pembayaran Loan ASB Maybank ]
CIMB Bank ASB Loan Table – [ Jadual Pembayaran Loan ASB CIMB Bank ]
Kes kes terhangat mengenai loan ASB ini adalah, ada yang kata rugi dan ada yang kata untung. Anda harus kena pandai beza antara menyimpan di ASB menggunakan wang sendiri dengan melabur di ASB dengan menggunakan pinjaman loan dari bank. Kedua dua kaedah ini ada beza. Insyaallah di lain masa akan saya buat artikel penerangan ringkas berkenaan ini. Artikel ini sebenarnya hanyalah ingin memudahkan anda mencari Maybank ASB Loan table iaitu jadual pembayaran balik samada dari pihak Maybank ataupun dari CIMB. Selamat membaca.
JANGAN TAMATKAN LOAN ASB ANDA!!! Mari gunakan TEKNIK ASB untuk bayar ptptn dan beli rumah dengan mudah dan pantas dengan klik link di bawah ini. Cepat!!!
4 Comments
Gerun tengok bayar bulan2 tu..haha
saya pun gerun, hehhee
Dulu pernah amik ASB loan maybank..tapi bila dpt tahu yang ASB tidak patuh syariah dari SSM, terus cancelkan ….
saya pun tahu berkenaan ini