Ya, adakah anda sedang tercari cari lamaran kerja? Jika ya, pasti anda mahukan satu Contoh CV lengkap yang menarik untuk anda gunakan sebagai rujukan bukan. Bagi yang pernah mendapatkan pekerjaan menggunakan Curiculum Vitae (CV) mereka sendiri pasti merasa yakin akan format CV mereka. Tetapi bagi yang baru hendak mencari kerja, pengalaman untuk membina CV yang baik adalah sangat diperlukan kerana bimbang jika CV yang diberikan itu tidak menepati apa yang dimahukan oleh pihak majikan.
Sebenarnya Contoh CV lamaran kerja yang baik selalunya diperlukan maklumat informasi seperti biodata diri sendiri, diikuti dengan maklumat pendidikkan, kemudian pengalaman kerja dan akhir sekali rujukan diri anda sendiri untuk dibuat perbandingan. Itu sahaja sebenarnya. CV itu adalah untuk memberikan gambaran ringkas tentang diri anda oleh pihak majikan sebelum menghubungi anda untuk ditemuduga kerja kerana berasa tertarik dengan maklumat diri anda dan juga “releven”nya diri anda untuk diterima bekerja di sana.
Download Contoh CV Doc
Anda seharusnya memberikan Contoh CV yang benar kepada majikan anda. Jangan menipu dengan informasi yang tidak benar. Jika anda dipanggil untuk di interview, maklumat yang anda berikan didalam Contoh CV anda akan dipertanyakan secara langsung. Jika anda menipu, anda sendiri yang menanggung akibatnya dan berasa malu. Yang perlu adalah, anda perlu jujur dan yakin semasa dipanggil untuk ditemuduga kerja. Dengan keyakinan dari diri anda sendiri itulah selalunya akan membuatkan pihak majikan untuk berasa yakin memilih anda untuk diterima bekerja dengan mereka. Jadi, jujur pada diri anda sendiri.
Baiklah, kepada anda yang memang benar benar mahukan Contoh CV lengkap, saya ada contoh format Contoh CV yang dibuat didalam bentuk document microsoft word (Doc) untuk anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk membina CV yang baru. Anda hanya perlu download CV ini dan kemudian hanya perlu edit dan isikannya dengan maklumat diri anda pula. Senang bukan. Tetapi format CV yang diberi dari diri saya adalah dari apa yang saya sering gunakan. Jika anda berminat dengan format dan cara lain, terpulang kepada anda untuk mengedit dan mengubahnya pula. Itu hak anda untuk kesesuaian dengan pekerjaan yang anda minta. Anda boleh dapatkan Contoh CV untuk lamaran kerja dengan melawat link dibawah ini. Saya harap anda mendapat kerja yang anda inginkan. Selamat berjaya.
11 Comments
Thor Baek Wan. Boleh saya kongsikan ya.
silakan encik Lobam
Terima kasih..setakat ni masih belum perlukan lagi surat ni..nanti bila dah ada kegunaan entri ni akan menjadi rujukan…
nanti dapatkannya bila ada keperluan ya
siapa-siapa yang memerlukan boleh terus download. senang bila nak update resume
mudah, download dan edit
teringat zaman mula2 cari keja dulu. susah gak nak cari contoh resume..
zaman skrg mmg mudah sgt la…
betul tuh bro, saya dulu pun pening gak apa nak dibuat
Perkongsian yang baik. Sekarang semuanya mudah. Cuma download dan isi.
sekarang tengah cari contoh surat berhenti kerja pula..bro boleh buat contoh ke..?
Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU
sudah ada, lihat disini http://myrujukan.com/contoh-surat-berhenti-kerja-perletakkan-jawatan-ringkas/