Adakah anda mahu berhenti kerja dari tempat kerja anda sekarang. Anda bingung memikirkan bagaimana untuk anda membuat notis berhenti kerja untuk diserahkan kepada majikan anda. Untuk pengetahuan anda, ramai yang mencari contoh surat berhenti kerja 24 jam, sseminggu, sebulan dan sebagainya. Walauapapun yang anda cari, kebiasaanya surat sebegitu adalah lebih kurang sama sahaja. Yang penting adalah ianya berbentuk SURAT RASMI dan juga pengisian yang jelas tentang niat dan tujuan anda untuk berhenti dari tempat kerja sekarang.
Saya sendiri sebagai pekerja swasta sememangnya biasa dengan kes sebegini. Selalunya antara tujuan seseorang pekerja untuk berhenti kerja adalah dengan alasan seperti pindah rumah (jauh), balik kampung (kerja di tempat lain), mendapat kerja di tempat lain, tawaran kenaikkan gaji, persekitaran pekerjaan, corak jam kerja dan sebagainya. Namun bagi pandangan saya mengikut pengalaman bekerja, sebab utama seorang pekerja mahu berhenti kerja dan berpindah kerja atas alasan faktor kenaikkan gaji yang ditawarkan oleh syarikat yang lain.
Notis Berhenti Kerja Dari Majikan
Sebelum itu suka untuk saya mengingatkan kepada anda dahulu. Iaitu tentang kebarangkalian anda juga boleh untuk terus bekerja dengan majikan lama dengan gaji yang lebih tinggi. Nasihat saya, jika anda mendapat mana mana tawaran kerja yang menawarkan gaji dengan lebih tinggi. Ada baiknya jika anda berjumpa dengan majikan (bos) anda untuk meminta kenaikkan gaji yang selalunya disebut sebagai “counter offer”.
Jika majikan baru memberikan anda gaji sebanyak RM2000 iaitu kenaikkan sebanyak RM200 dari gaji lama anda RM1800. Maka anda boleh berjumpa majikan lama untuk meminta kenaikkan gaji “counter offer” sambil menunjukkan surat tawaran pekerjaan jika anda berminat untuk mendapat skim gaji baharu dengan kekal bekerja di tempat lama. Jika tiada masalah, dan majikan memang tetap mahukan anda, selalunya pihak majikan akan bersetuju untuk memberikan tawaran gaji yang anda mahukan asalkan bersebab dan munasabah.
Pengalaman saya bekerja di sektor swasta, memang tiada masalah untuk berbuat demikian. Apa yang perlu anda buat adalah merahsiakan dari pengetahuan rakan anda. Ianya adalah hak anda untuk menerika gaji terbaru tetapi boleh jadi rakan anda cemburu dengan anda apabila mengetahui akan keadaan gaji semasa anda yang lebih tinggi. Takut nanti menjadi isu kemudian hari. Tambahan untuk anda. Selepas anda menerima kenaikkan gaji hasil dari “counter offer” tadi. Selalunya anda tidak dibenarkan untuk berbuat begitu setiap tahun atau terlalu kerap. Adalah tidak munasabah anda meminta kenaikkan gaji melalui tindakkan “counter offer” setahun sebanyak dua kali. Kena rasional juga. Ini hanya perkongsian pengalaman dari diri saya sendiri buat anda sebagai pembaca.
Kepada anda yang tidak berhajat untuk terus kekal bekerja dengan majikan lama dan ingin beralih arah dan mencuba angin peluang pekerjaan ditempat lain diperlukan untuk anda menyerahkan notis berhenti kerja yang betul supaya proses perhentian kerja anda dilakukan dengan cara yang betul dan sah. Ini diperlukan supaya gaji anda akan diproses untuk dibayar kepada anda. Tindakkan anda tidak memberikan notis berhenti kerja dengan saluran yang betul dikhuatiri akan menyebabkan gaji yang belum dibayar kepada anda akan disekat oleh kerana tindakkan dari diri anda sendiri.
Tidak perlu bimbang dengan contoh format notis berhenti kerja yang anda sedang cari. Bukankah saya sudah berpengalaman di dalam hal ini, Saya sendiri pekerja sektor swasta seperti anda. Dengan kata lain saya mempunyai surat notis berhenti kerja milik saya sendiri. Dan saya berhajat untuk berikan kepada anda. Jika anda mahu, anda boleh download muat turun akan contoh notis berhenti kerja yang telah saya sediakan untuk anda melalui pautan di bawah ini. Selamat berjaya.
14 Comments
setakat ni..tak pernah bagi notis bertulis.
selalu..notis lisan aje.
wahhh, senang jer
hmm sebab tu slip gaji kita tak boleh tunjuk-tunjuk kat orang lain. walaupun buat kerja yang sama belum tentu kita dibayar dengan gaji yang sama banyak dan majikan tak ada hak halang pekerja nak berhenti kerja
betul tuh, pasal slip gaji maybe aku akan buat artikel baru
saya nak Tanya saya da hantar notis 1 bulan sperti mne dlm confirmation letter. tapi majikan msh xberikan kata putus jika saya boleh berhenti. sekiranya saya berhenti juga bila tarikh notis da sampai. adakah sy boleh dikenakan tindakan oleh majikan?
sebenarnya x perlu majikan beri kata putus, semasa kita berikan notis satu bulan berenti kerja dan dia x cakap apa apa, maknanya dia terima perletakkan jawatan kita melainkan dia cakap sendiri dia x terima perletakkan tersebut
Salam..sy nk tanya jika klau kita blm comfirm lg untuk sebuah syarikat…maksud jd pekrja tetap..plu ke notis satu bln…sy hanya dpt offer later sahaja
bro Shah dah mula kerja atau belum. Kalau dah mula, selalunya kena juga beri notis iaitu paling cepat 2 minggu kerana kita xmau nama di blacklist. Kalau belum mula kerja, boleh jer kita telefon HR katakan kita x jadi untuk terima jawatan tersebut. itu sahaja
salam tuan,
bagaimana pula sekiranya kita sudah sign surat tawaran kerja ( setuju menerima ) dan last minit kita tolak semula. disebabkan oleh sebab tertentu (tak mmpu nk bayar pampasan sebulan gaji pada company skrg) hehehe…
ini saya kurang pasti, tetapi bagi saya ianya “tidak mengapa” kerana hutang kita hanyalah pada company tersebut dan tidak menyebabkan nama kita buruk pada pinjaman bank atau apa. Tetapi adalah lebih baik bagi tahu kepada HR yang kita x jadi menerima pekerjaan tesebut
salam,
sy nk tnya kalau surt lantikan kerja xde tulis apa2 pasal notis berhenti kerja.
boleh ke sy bg notis berhenti kerja 24jam dgn alasan dapat tawaran yg lebih baik.
adakah majikan boleh ambil apa2 tindakan keatas sy?
adakah sy perlu bayar sebulan gaji sy sekrg kpd majikan?
minta tunjuk panduan.
terima kasih
Salam
Skrg buntu.sya dh hntr notis bhenti kerja 1 buln.notis dh hntr 1 mggu pas.blh kah sya tarik blik notis semula?sebb notis tiada kenaikan gaji.gji sistem trip komisen n pokok rm900.
As’salam .
Saya dekat sini agak keliru sedikit .. sekiranya kita berkerja di sebuah syarikat hanya dalam 2bulan belum di confrm kan dan berhenti tanpa sebarang notis . Adakah gaji yg kita di bayar atau gaji kita tidak di bayar ?
jangan berhenti tanpa notis, gaji anda boleh ditahan kalau anda berhenti tanpa beritahu. kalau tidak mahu beri notis pun setidaknya beritahu bos atau hr yang anda mahu berhenti, mereka akan berikan arahan apa yang perlu anda lakukan utk berhenti