Destinasi Perlancongan Menarik di Melaka – Negeri Melaka adalah salah satu destinasi perlancongan yang terkenal sejak dari dulu lagi. Mungkin ini disebabkan oleh kesan peninggalan sejarah beratus tahun dahulu. Dalam pada itu Kerajaan Negeri Melaka giat mempromosi serta menaik taraf tempat-tempat pelancongan di seluruh Negeri Melaka. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri turut mengalakan penguasaha chalet, homestay serta hotel membina lebih banyak penginapan untuk menampung kebanjiran pelancong dalam dan juga luar Negara.
Sehingga hari ini Selat Melaka masih menjadi laluan perjalanan kapal yang tersibuk di dunia. Negeri Melaka merangkumi keluasan kawasan 1,650 km persegi atau 1.3 peratus dari keseluruhan keluasan Malaysia. Negeri ini dibahagikan kepada tiga buah daerah iaitu Melaka Tengah (314 km persegi), Alor Gajah (660 km persegi) dan Jasin (676 km persegi).
Pada 15 April 1989 Bandar Melaka telah dianugerahkan sebagai “Bandaraya Bersejarah” atau lebih dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Bersejarah”. Status itu sangat sesuai untuk negeri Melaka dan sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut.
Tempat Tempat Menarik di Melaka
Negeri Melaka sememangnya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.Kalau anda melawat ke Melaka tidak cukup dengan hanya sehari, anda disarankan menginap disana sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam. Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik di Melaka.
1.Tempat Bersejarah ; A’ Famosa, The Stadhuys, Bukit China, Perigi Hang Li Poh (Perigi Raja), Perigi Hang Tuah, Kota St. John, Kota Belanda, Makam Tun Teja, Makam Hang Jebat, Makam Hang Tuah, Makam Hang Kasturi, Makam Dol Said, Tanah Perkuburan Belanda, Tanah Perkuburan British,
2. Kebudayaan : Auyin Hill Resort, Dataran Portugis, Warisan Baba dan Nyonya, Mini Malaysia, Mini ASEAN, Istana Kesultanan Melaka, Jonker Street, Cahaya & Bunyi, Rumah Tradisional Melaka, Pusat Infokraf
3. Muzium ; Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Belia Malaysia, Muzium Samudera, Muzium Rakyat, Muzium Orang Asli, Muzium Alor Gajah, Muzium Jasin, Villa Sentosa,
4. Keagamaan ; Masjid Al-Azim (Masjid Negeri), Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Gereja St. Francis Xavier, Gereja St. Peter, Gereja St. Paul, Gereja Christ, Tokong Cheng Hoon Teng, Tokong Sam Po Kong, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi,
5. Alam Semulajadi ; Taman Buaya, Melaka Bird Park, Taman Rama-rama, Zoo Melaka, Tasik Ayer Keroh, Kolam Air Panas Gadek, Pulau Besar, Cape Rachado, Pusat Penetasan Telur Penyu Sisih / Karah, Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Pelayaran Di Sungai Melaka, Taman Tema Air A’ Famosa,
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
12 Comments
Kalau saya kemana-mana nanti,saya akan kongsikan nanti.
boleh bro, sangat sangat digalakkan… 🙂
Melaka kawasan yang paling bersejarah dan best ooo
jom maza sumbang artikel disini
Salam Kenal, Best nye Melaka, salah satu tempat yang sangat bersejarah kan. In Shaa Allah ada rezeki boleh pergi.
jom melawat
Melaka memang antara tempat yg amat menarik utk dijelajahi =)
saya pon terasa ingin pergi lagi
melaka mmg antara destinasi menarik dan plg popular di semenanjung malaysia
p.s: wah Wan dah boleh jadi blogger travelog 😉
alah, ni semua artikel penulis sini jer, saya hanya admin, menulis juga sekali sekala nanti.. 🙂
lama dah tak sampai melaka…
saya pun… 🙂