Jika anda membuat ebook dan mahu mempromosikan ebook anda. Ada baiknya jika anda boleh menawarkan peluang buat duit melalui program affiliate. Ini sahaja sudah tentu bakal menarik minat kepada blogger yang mahu jana pendapatan menerusi blog. Namun begitu, ianya masih tidak cukup kuat sekiranya anda tidak mempromosikan produk anda dengan berkesan. Siapa yang akan tahu jika anda ada produk affiliate untuk diperkenalkan? Jadi adalah lebih baik jika anda boleh mempromosikan ebook disebuah laman pusat sehenti “center” yang popular dikalangan blogger Malaysia.
Cerita mudahnya begini. Kalau anda lihat di pasaran luar negara. Ada banyak sekali ebook yang dibuat affiliate. Hendak cari satu satu susah. Hendak memperkenalkan ebook juga susah. Jadi mereka menggunakan laman yang mempromosikan ebook seperti ClickBank dan juga JVZoo. Kalau anda tahu laman ini, maka anda faham maksud saya tentang keperluan untuk anda mempromosikan dan menjual ebook anda seperti di laman sebegitu. Tetapi bagi pasaran Malaysia, dimana tempat yang boleh anda lakukan sebegini.

Laman website untuk mempromosikan ebook Malaysia
Cara Mempromosikan Ebook Di Malaysia Dengan Mudah
Di Malaysia, kita juga ada Clickbank Malaysia atau JVZoo Malaysia. Cumanya kita tidak sebut laman mempromosikan ebook Malaysia ini dengan Clickbank atau JVZoo kerana ianya memang bukan pun. Di Malaysia kita ada Ashadee. Kalau anda ada ebook atau apa apa sahaja program affiliate yang mahu anda perkenalkan dan pasarkan, saya mengesyorkan anda untuk meletakkan produk affiliate anda di website Ashadee. Ini kerana Ashadee sudahpun popular di kalangan blogger Malaysia. Ianya mudah digunakan mudah pula pengurusan pembelian dan jualannya.
Kenapa saya menerbitkan artikel tentang cara mempromosikan ebook Malaysia ini? Ini kerana, saya dapati agak banyak produk affiliate yang dimiliki oleh individu. Dan saya tahu mereka tidak tahu akan kewujudan Ashadee ini. Bukanlah niat untuk mempopularkan Ashadee, tetapi pengalaman saya terpaksa daftar/sign up satu demi satu untuk setiap produk affiliate agak melecehkan dan memenatkan. Tetapi jika semua ebook atau produk affiliate boleh berada di bawah satu bumbung, maka dengan 1 login sahaja kita dapat mengakses kesemua produk dan mempromosikan dengan mudah sekali.
Nasihat saya, jika anda mempunyai ebook dan produk affiliate dan anda berniat untuk memperoleh pendapatan dalam jangka panjang, adalah lebih baik anda mempromosikan ebook anda di laman web Ashadee sebagai lubuk tempat yang memudahkan produk anda diketahui ramai dan memudahkan blogger buat duit dengan produk anda. Selamat buat duit dan jana pendapatan melalui blog. Sekian.
nak buat salespage tu kekadang ramai yang tak tau..ehehe
x ramai orang tahu sales page tu nak buat macam mana
terbaikk.. skrg krgnya org akan tahu dimanat nk promote nnti. hehe
itulah tempatnya