Ramai warga kini mampu sudah untuk membeli kereta. Malah pakej “student” pun ada ditawarkan oleh sesetengah pengeluar kereta hanya untuk menarik minat bagi pelajar untuk memiliki kenderaan sendiri pada harga bulanan yang lebih murah. Walaupun pada hakikatnya bayaran bulanan tersebut hanya murah 1 tahun pertama sahaja dan kemudian bayaran bulanan akan meningkat dari tahun ke tahun. Inilah taktik jualan. Itu bagi kes pembeli kereta pertama. Bagaimana dengan pembeli lama? Kemampuan kewangan sudah stabil dan mahu melakukan full settlement loan kereta bagi yang berkemampuan.
Sebenarnya tidak ramai yang mampu untuk melakukan teknik full settlement untuk pinjaman kenderaan mereka. Majoriti memilih untuk membayar lebih setiap bulan bagi mempercepatkan loan pinjaman kereta langsai. Tetapi bagi yang memang mampu, pilihan full settlement loan kereta adalah pilihan terbaik untuk lebih jimat kerana tawaran rebate dari institusi kewangan bank kepada mereka yang mahu bayar “lumpsum” jumlah hutang loan kereta yang berbaki.
Kebaikkan Full Settlement Loan Kereta
Apakah itu full settlement loan kereta? Full Settlement adalah bermaksud dan bertujuan untuk membayar penuh akan jumlah pinjaman yang berbaki. Katalah pinjaman kereta anda termasuk “interest” berjumlah RM40K selama 9 tahun. Tetapi pada tahun ke-6 anda mempunyai simpanan yang baik dan mahu melangsaikan baki pinjaman 3 tahun berikutnya secara penuh sekaligus. Tindakkan anda ini dipanggil “full settlement loan kereta”. Kadang kadang ianya juga disebut sebagai “Car Loan Early Settlement”.
Jadi apakah kebaikkan full settlement loan kereta ini? Tahukah anda jika anda membayar penuh baki pinjaman kereta sekaligus, pihak bank selalunya akan memberikan anda diskaun atau “rebate” kepada anda.
Katalah setelah 6 tahun, baki pinjaman loan kereta anda berbaki RM15K untuk tempoh 3 tahun lagi. Tetapi pada tahun ke-6 ini anda memilih untuk membayar habis. Apabila kiraan dibuat oleh pihak bank, anda hanya perlu membayar sebanyak RM11K sahaja (contoh) dan baki RM4K dikira diskaun rebate dari pihak bank. Sebenarnya anda perlu membayar RM15K tetapi anda hanya perlu membayar RM11K sahaja disebabkan full settlement loan kereta yang anda lakukan ini.
Bagaimana full settlement loan kereta ini dikira. Maaf saya tiada jawapan untuk ini. Nasihat saya, anda harus melawat bank yang memberi pinjaman loan kereta anda dan bertanyakan kepada mereka berapa baki pinjaman anda dan berapakah jumlah yang perlu anda bayar jika anda mahu membuat full settlement. Nanti pihak bank akan buat kira kira dan memberikan jawapan kepada anda. Mudah sahaja.
Perkongsian saya ini adalah dari pengalaman saya bertanya sendiri kepada pihak bank. Lihat gambar di atas. Baki pinjaman kereta saya berbaki RM24085 dan jika saya mahu melalukan “Early Settlement”, maka saya hanya perlu membayar sebanyak RM20331 sahaja. Maka rebate diskaun yang saya terima melalui kaedah full settlement loan kereta ini adalah sebanyak RM3756. Banyak jimat bukan. Kepada yang berminat boleh cuba kaedah ini. Nasihat saya, rancang kewangan anda dengan baik. Boleh jadi simpanan anda berbaloi untuk melangsaikan hutang kereta. Boleh jadi membayar terus hutang kereta setiap bulan seperti biasa adalah lebih baik kerana anda akan mempunyai “simpanan”. Fikirkan keperluan dan tujuan. Bye
Jom Kira Early Settlement Kereta Anda di Sini – http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_settlement.asp
9 Comments
yap.
ramai gak tak tahu rasanya nih.
yep, aku pun rasa begitu
Thanks atas perkongsian saudara. Kalau tak silap, ‘rebate’ utk full setlement loan tu ialah jumlah interest baki loan itu sndiri. Bukan rebate semata2.
Sy nk buat full settlement kereta arwah bapa mertua sy, hutang Pinjaman masih berbaki rm22k lebih Kurang 3 tahun. Setelah membuat rayuan dgn bahagian collection Ambank, malangnya jumlah pengurangan yg dberikn oleh pegawai bank trsebut hanyalah RM10.00 Dr RM22k trsebut.
selalunya memang dapat kurang dan diskaun yang banyak. Tp kena tgk jugaklah dah berapa tahun bayar dan jenis pinjaman loan kereta tu kadang kadang berbeza juga, sbb tu ada yg boleh kasi rebat banyak dan ada yang x boleh bagi
Maaf incik… itu bukan rebate tetapi interest yg dipulangkan kembali utk baki tahun
ya betul interest, itulah terma tepat, tp sama ja, sebab kita dah bayar untuk tahun tahun selepas itu, jadi buat apa dikenakan interest, jadi kalau bayar awal, memang lebih jimatlah
Saya baru selesai membuat bayaran penuh loan kereta hari ini tapi tiada apa-apa rebate pun, Jumlah bayaran sebanyak rm2,940.45, staff kaunter x cakap pape pun ke jumlah loan nye kecil..???hehehe
ianya bukan tentang bayar dalam jumlah banyak, tetapi berapa jumlah tahun yang berbaki yang anda terus selesaikan, dari situlah rebate diberikan.
kalau kita beli kereta, kita dikenakan interest tahunan. Kalau tuan selesaikan baki hutang contohnya 2 tahun lebih awal, sudah tentulah pihak bank x perlu ambil interest “tahunan” yang berbaki itu kerana anda sudah selesai awal. dari situlah datangnya rebate