Saya teringat sewaktu pertama kali saya berminat untuk melabur buat duit dengan emas adalah ketika saya membuka Gold Saving Passbook bersama Kuwait Finance House (KFH). Seronok tidak terkira waktu itu. Manakan tidak, saya memang dah lama mencari cari peluang melabur emas dengan cara yang mudah dan dalam masa yang sama patuh syariah (syariah compliant). Maksud patuh syariah adalah bank menjual emas yang memang WUJUD di bank tersebut dan kita boleh lihat dan pegang. Jika ada 1KG emas, maka 1KG sahajalah yang boleh dijual.
Hari hari saya melihat carta emas. Saya bukanlah membeli emas dengan banyak. Cuma sedikit. Tetapi perasaan teruja itu membuatkan saya sangat berminat untuk ketahui kenaikkan harga emas secara harian. Maklumlah budak baru belajar. Untuk maklumat anda, saya membeli emas ketika itu dengan harga RM160 sahaja. Dan beberapa bulan berikutnya pihak bank menasihatkan saya membuat pembelian tambahan emas kerana mengikut perkiraan mereka, hujung tahun harga emas akan naik dengan mendadak.
Tips Dan Teknik Ilmu Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui
Perasaan teruja. Tetapi tidak mempunyai bajet untuk membeli emas tambahan. Dan benar, apabila tiba hujung tahun, harga emas terus terusan naik sehingga mencecah harga RM190 untuk 1 gram emas. Walaupun saya tidak untung banyak dan tidak sempat membeli emas tambahan, tetapi ianya cukup memberikan saya kegembiraan tentang trend kenaikkan harga emas. Dan dari situ saya nampak, memang anda dan saya boleh membuat duit dengan menyimpan emas.
Itu kisah ringkas pengalaman saya. Soalan pertama yang anda harus faham adalah. Apakah bentuk emas yang paling dicadangkan terbaik sekiranya anda berhajat untuk menjana pendapatan dari pelaburan emas tersebut. Untuk pengetahuan anda, emas yang paling dicadangkan adalah emas dalam bentuk emas bar (gold bar) atau emas syiling (gold coin). Jika anda serius ingin menjana pendapatan dengan kenaikkan harga emas, sila elakkan membeli emas perhiasan. Ini kerana emas perhiasan lebih mahal harganya kerana termasuk upah untuk membentuk dan men-design. Harap maklum.
Tetapi ada cara lain yang boleh anda lakukan untuk menjana income dengan belian emas. Ada cara dan teknik bagaimana untuk menggandakan keuntungan simpanan emas anda. Semua ilmu ini perlu anda pelajari dari pakar. Bukan semata mata beli dan simpan sahaja. Ada kaedah yang perlu anda ketahui untuk menjana emas dengan betul dan maksimum. Kalau anda benar benar berminat, mari dapatkan panduan pelaburan emas dengan klik link di bawah ini. Selamat mendapatkan ilmu pelaburan emas.
1 Comment
Saya pun beli emas jugak.. dah dekat setahun peram.. ehehe