Ramai yang nak kurus. Ramai yang inginkan badan yang sihat. Ada juga yang bila kita lihat badan nampak ok sahaja tetapi jika mengikut kiraan doktor, berat seperti itu sudah termasuk obesiti. Ada obesiti kecil, obesiti besar dan terlalu obesiti. Selalunya kiraan samada seseorang itu mempunyai berat berlebihan adalah dengan membuat kiraan BMI index. Corak pemakanan Malaysia yang bersifat minyak, gula, lemak, kurang sayuran dan juga kurangnya amalan aktiviti senaman menjadikan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetis dan sebagainya adalah suatu yang biasa di Malaysia. Anda pernah dengar akan Formula Diet Atkins?
Jika sebelum ini saya ada berkongsikan sedikit tips tentang cara untuk menurunkan berat badan menggunakan kaedah biasa yang dilakukan seperti menggabungkan amalan mengawal makanan dan teknik bersenam untuk membakar lemak secara pantas. Teknik tersebut sangat berkesan akan tetapi hanya orang yang betul betul cekal sahaja yang akan mampu mengikuti dan mengamalkannya. Saya pernah katakan dahulu yang amalan untuk kurangkan berat badan dengan cara tidak makan adalah salah. Anda mahu kurus tetapi kehidupan anda menjadi tidak normal seperti orang biasa. Itu tidak bagus untuk corak kehidupan anda untuk jangka panjang.
Diet Atkins Menu Malaysia
Sebenarnya kalau diikutkan, anda sebenarnya boleh makan apa sahaja. Makanan berminyak, makanan berlemak, makanan bergula dan segala galanya yang bakal menambahkan berat badan anda tetapi ambillah secara sederhana dan selepas itu lakukan aktiviti sihat. Insyaallah selalunya masalah berat badan tidak berlaku. Saya pernah dengar akan kisah penduduk disatu kawasan. Kebiasaan mereka adalah makan roti canai dengan susu. Banyak betul susu yang dituang diatas roti canai. Sudahlah gunakan susu untuk makan roti canai, lepas itu siap ditabur gula pula diatas susu tadi untuk menikmati hidangan roti canai. Kalau difikirkan corak tabiat begitu akan mudah menghidap kencing manis iaitu diabetis tetapi pelik sangat kurang penduduk disitu kena kencing manis. Bila dikaji rupanya majoriti penduduk tersebut bekerja berat dikebun dan ladang mereka. Anda faham maksud saya?
Untuk penjelasan diatas biarlah saya memudahkan ianya begini. Makanan seperti minyak, gula, lemak dan sebagainya membekalkan tenaga yang banyak untuk badan. Katalah badan anda seharusnya memerlukan kalori 2000Kcal sehari. Tetapi corak pemakanan anda seharian adalah kalori 2500Kcal sehari. Lebihan 500Kcal yang tidak digunakan akan disimpan didalam badan dan dijadikan lemak. Oleh sebab itu berat badan bertambah. TETAPI JIKA ANDA BEKERJA, dan melakukan aktiviti, anda sebenarnya sedang membakar lemak. Lemak berlebihan tadi dibakar dan DIGUNAKAN untuk aktiviti berat anda. Dengan itu berat badan terjaga dan tiada lemak tidak baik tersimpan dibadan anda dan penyakit pun tidak hinggap. Mudah sahaja.
MAAF JIKA SAYA BERCERITA PANJANG LEBAR. Sebenarnya saya ingin memperkenalkan satu teknik atau tips baru untuk anda yang ingin kurangkan berat badan. Teknik tersebut kita panggil sebagai Formula Diet Atkins. Formula Diet Atkins ini telah lama dan mula diamalkan dibarat. Secara amnya program Diet Atkins ini akan membuat anda mengambil makanan banyak protein dan kurangkan karbohidrat. Dengan kata lain anda kurangkan pengambilan karbohidrat yang menyebabkan pertambahan berat badan dan lebihkan protein untuk mengurangkan rasa lapar anda. Dengan begini anda akan makan macam biasa tetapi jenis makanan berkabohidrat akan kurang dan berat pun tidak bertambah.
Saya cadangkan anda melawat link atau banner dibawah untuk mendapat maklumat lanjut tentang Diet Atkins menu Malaysia yang boleh anda ikuti. Dapatkan panduan menurunkan berat badan dengan Diet Atkins tersebut untuk anda amal dan praktikan. Saya rasa di Malaysia masih tidak ramai yang tahu kaedah ini. Mungkin saya silap. Apa apa pun jika anda berminat bolehlah mencuba formula Diet Atkins ini. Tidak perlu berlapar untuk kurus. Nasihat saya, walaupun anda amalkan menu Diet Atkins ini, pastikan anda juga perlu pandai menyeimbangkan pemakanan anda. Lebihkan sayur sayuran dan banyakkan buah buahan. Bersederhana lebih baik. Selamat Berjaya.
4 Comments
atkins ni..orang yang benar-benar tegar aje mampu buat. hoho..
aku rasa mereka boleh punya, sebab diet jenis ni bukan x makan, tapi tukar jenis makanan… 🙂
Diet jenis ni bagus. Sesuai untuk semua pperingkat umur
ada kawan kita yang berjaya kan