Adakah anda pernah mendengar tentang Foxit PDF Reader ? Kepada anda yang pengguna tegar file didalam format PDF atau didalam bahasa lebih mudah, anda seorang yang suka membaca “eBook” pasti kebanyakkan akan menggunakan software dari Adobe Reader. Kalau bertanya “Adobe Reader” pasti ramai yang tahu sebab Adobe adalah sebuah syarikat perisian komputer yang besar dan hebat. Walaupun menggunakannya, saya ingin membawakan alternatif kepada Adobe ini untuk masalah yang berkaitan dengan format PDF ini.
Dari zaman belajar lagi saya telah pun menggunakan Foxit PDF Reader ini. Jadi anda dapat mengagak yang software PDF reader dari Foxit ini juga telah lama di pasaran. Sekarang saya sudah bekerja hampir 8 tahun. Saya gunakan sejak zaman belajar. Jadi sudah tentu PDF Reader dari Foxit ini lebih lama. Apa yang saya ingin perkenalkan kepada anda bukanlah satu software yang baru tetapi juga yang telah lama membina nama. Cumanya bagi yang memang tidak mencuba pelbagai software yang ada didunia maya internet, pasti akan mengenali Adobe Reader sahaja. Tidak mengapa.
Foxit PDF Reader Memang Kecil, Ringan Dan Pantas
Sejarah saya dengan Foxit PDF Reader bermula waktu dulu. Ketika menggunakan Adobe Reader, saya mengalami satu masalah walaupun hingga kini. Kenapa? Saya tidak pasti samada anda juga merasakan benda yang sama iaitu masalah “Berat” dan “Lambat” untuk anda scrolling atas dan kebawah apabila sedang membaca file PDF seperti eBook. Akibat dari masalah itu, saya membuat carian diinternet dengan kata kunci PDF kecil, ringan dan pantas. Saya bertemu dengan laman “Foxit” dan berjumpa dengan software yang dipanggil dengan nama Foxit PDF Reader.
Setelah menginstall (memasang) Foxit PDF Reader pada komputer dan mencubanya buat pertama kali, serius saya sangat teruja. Manakan tidak file PDF yang saya baca dan mengalami masalah “berat” apabila untuk membaca dan melihat atas bawah sepertinya selesai. Saya boleh scroll up/scroll down dengan mudah. Jika terasa berat pun, masalah itu seperti telah 50-80% selesai dengan Foxit PDF Reader . Pengalaman tersebut membuat saya menggunakan Foxit Reader sehingga kini.
Untuk tahun ini (2014). Saya mencuba membuka file PDF dengan Adobe Reader dan juga Foxit Reader untuk mengakses fail yang sama. Nampaknya Foxit PDF Reader tetap juga mengungguli, menang dan berjaya mengalahkan Adobe Reader untuk memberikan perkhidmatan membaca file PDF dengan lancar dan terasa ringan.
Seperti tajuk yang saya tuliskan diatas iaitu Kecil, Ringan dan Pantas memang sesuai dengan trademark jenama Foxit untuk produk seperti Foxit PDF Reader. Untuk pengetahuan anda, saya melakukan ini dengan adil. Komputer saya dari CPU jenis Core 2 Duo 2.4Ghz dengan RAM sebanyak 4GB. Jangan kata komputer saya perlahan pula. Ada banyak sebenarnya PDF reader diluar sana. Dan untuk saya dari pengalaman sendiri, saya akan tetap bersama dengan Foxit PDF Reader dan lagi pula ianya adalah percuma (FREE). Kepada yang berminat boleh muat turun dan mencubanya sendiri. Tapi sebelum itu pastikan anda mempunyai Adobe Reader untuk membuat perbandingan secara jujur. Selamat mencuba..
3 Comments
Pernah guna suatu ketika dahulu.
bro patah balik dengan Adobe ke. atau gunakan yang lain pulak