Beberapa hari lepas komputer saya mempunyai masalah sambungan internet. Komputer saya menggunakan sambungan internet menerusi cable LAN. Entah kenapa, lampu dsl dan lampu data internet di modem D-Link saya tidak menyala. Saya tidak pasti samada ianya di sebabkan sambungan internet streamyx di luar mempunyai masalah atau modem saya rosak, saya tidak pasti. Sudah membuat laporan di TM melalui panggilan 100 dan terpaksa menunggu TM technician datang ke rumah. Dan oleh kerana cuti raya cuti umum. Saya terpaksa menunggu beberapa hari sebelum pihak TM datang ke rumah untuk menyelesaikannya.
Sebagai blogger, menggunakan komputer untuk kemaskini blog akan terhenti. Saya tidak mempunyai sambungan internet di rumah. Hanya bermain smartphone sahaja. Saya memang kurang gemar melayari internet menggunakan smartphone. Saya lebih suka melayari blog menggunakan komputer kerana terasa lebih puas menggunakannya dan mudah pula untuk saya menaip artikel. Dan ianya membuatkan saya terfikir. Tidakkah smartphone boleh dijadikan sebagai modem untuk membuatkan komputer saya mempunyai sambungan internet?
Cara Sambung Internet Di Komputer Menggunakan Mobile Data Dari Smartphone
Saya mula terfikir. Komputer saya bukannya mempunyai alat sambungan wifi. Apakah dengan menggunakan smartphone sebagai modem, saya boleh mempunyai sambungan internet. Dan internet yang saya gunakan nanti datangnya dari “mobile data” dan menggunakan kuota data pakej internet yang saya langgan. Hasil carian saya di internet mendapati, rupa rupanya smartphone android memang boleh dijadikan sebagai modem. Dan ianya hanya memerlukan sambungan usb sahaja. Saya sudah cuba. Dan ianya memang boleh. Teruja saya.
Di bawah ini saya tunjukkan langkah langkah panduan membuat sambungan internet di komputer menggunakan data internet dari smartphone android anda menggunakan usb kabel sahaja.
- Sila pastikan data internet anda mencukupi
- Sila sambungkan usb cable dari smartphone anda ke komputer
- Sila “on” kan “mobile data”
- Sila “on” kan “usb tethering”
Anda hanya perlu melakukan setting seperti di atas sahaja. Dan komputer secara automatik terus mengesan sambungan internet tersebut. Kalau boleh pastikan cable LAN anda di cabut dahulu supaya tiada konflik antara 2 sambungan. Sebenarnya teknik sebegini lebih kurang sama sahaja dengan anda menggunakan modem broadband yang anda beli diluar. Anda juga membuat sambungan menggunakan usb cable betul? Cumanya di smartphone, anda perlu “ON” kan beberapa setting untuk ianya berfungsi. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sambungan internet di komputer, anda boleh mengunakan kaedah ini untuk anda bermain internet di komputer anda. Sekian.