Sekarang ini ramai yang suka membeli rumah tetapi masih tidak berkesempatan untuk menduduki rumah tersebut lantaran faktor sudah ada rumah, tidak berhajat untuk berpindah ke rumah baru buat masa kini, faktor kerja, faktor anak anak sekolah dan juga mencari masa yang sesuai untuk pindah. Oleh kerana itulah idea untuk disewakan rumah atau ingin membuat “homestay” menjadi pilihan utama sebelum menduduki rumah baru atau juga rumah sudah begitu lama tidak diduduki lebih baik dibuat homestay dari rugi tidak duduk.
Permintaan untuk mendapatkan rumah tumpangan homestay juga meningkat kini. Dengan faktor perlancongan, kerja yang memaksa bergerak kesana sini, event event dan juga faktor lainnya juga menyebabkan memilih homestay lebih baik. Bagi kumpulan yang besar atau berkeluarga memilih homestay adalah jauh lebih baik berbanding hotel/motel untuk penginapan beberapa hari. Kalau hotel kebiasaannya mengenakan charge bagi kegunaan bilik tetapi homestay pula lebih berbaloi kerana ianya bersifat menyewa “sebuah rumah” dan ditambah pula dengan kemudahan kemudahan yang dimiliki yang menarik.
Homestay di Taman Pelangi Jaya di Kluang Johor
Bagi warga melayu yang tercari cari rumah penginapan/rumah tumpangan/homestay untuk di guna sewa beberapa hari di Kluang Johor, kini ada satu rumah di Taman Pelangi Jaya di Kluang yang menyediakan perkhidmatan homestay. Kalau anda berhajat untuk mendapatkan Homestay Melayu Kluang Johor, maka ini adalah pilihan yang tepat. Rumah sudah siap dengan “full furniture” iaitu siap semua segala kelengkapan asas yang perlu ada bagi sebuah rumah. Nak tidur, nak masak, nak mandi, nak tonton tv dan nak parking kereta depan mata semua boleh, hehe.
Gambar Homestay Kluang (Homestay di Taman Pelangi Jaya)
(Sila Klik Image Untuk Besarkan Gambar)
Kepada sesiapa yang ada event/aktiviti yang dianjurkan dikluang dan ingin mencari tempat menginap sementara samada sehari atau lebih, saya menyarankan anda untuk menginap di Homestay Teratak Pelangi, Taman Pelangi Jaya, Kluang Johor ini kerana ianya menawarkan keperluan yang lebih baik berbanding jika menginap dihotel hotel lagi lagi jika kumpulan atau anda bersama dengan satu keluarga. Jika ada pilihan yang baik dan besar kenapa perlu memilih hotel yang kecil dan mahal harganya, betul tak.
Berikut adalah spesifikasi rumah buat pembaca atau individu yang ingin membuat survey samada Homestay di Taman Pelangi Jaya ini sesuai ataupun tidak dengan keperluan anda. Lokasi homestay adalah hanya 5 minit dari Kluang Mall, jalan ke Nyior dan berhampiran dengan Bandar Kluang.
Antara Kemudahan yang disediakan:-
Tempat letak kereta boleh untuk 2 biji kereta.
Ruang Tamu.
Ruang Dapur.
2 Bilik.(Katil King n Queen)
2 Bilik air.
Siaran TV (Njoi)
Pakej yang ditawarkan:-
(1) Pakej Homestay untuk kenduri-kendara @ majlis keramaian.
(Extra: 2 helai Toto besar, selimut 2 helai, bantal 6bj)
(2) Pakej Keluarga.(Untuk sebuah keluarga shj)
Dan kalau anda berminat, anda boleh ke alamat dibawah ini dan membuat panggilan dahulu sebelum singgah dikluang untuk memastikan homestay masih “available” untuk anda.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Maklumat Homestay di Taman Pelangi Jaya Kluang Johor
Address : No.39 Jalan Pelangi Jaya 1, Taman Pelangi Jaya, 86000 Kluang Johor
No Tel : 0197412999
Facebook : https://www.facebook.com/ija.cakesandchocolate
2 Comments
nampak cantik dan kemas homestay ni. kemudahannya pun tak kurang lengkap juga, ada mesin basuh dan peti ais…
benda asas semua ada dan juga terasa seperti dirumah, lebih baik homestay berbanding hotel jika bayaran harian lebih kurang sama, tak gitu, heheh