Rasanya nama Prudential BSN Takaful ini bukan lagi suatu yang asing bagi orang ramai. Mungkin bagi anak anak muda yang baru lepasan universiti mungkin agak janggal bagi mereka. Tidak dapat dinafikan yang ramai terutamanya melayu agak sukar untuk menerima konsep dan mengguna pakai servis perkhidmatan seperti Prudential BSN Takaful ataupun dari mana mana agen takaful. Tidak boleh menyalahkan keadaan ini kerana antara dua punca kenapa kesedaran seharusnya memiliki perlindungan insurans ini diabaikan tidak lain tidak bukan kerana komitmen kewangan dan juga kesedaran yang sangat minima tentang insuran perbadi.
Biar saya meneka. Setuju tidak kalau saya katakan kenapa orang ramai menolak mengambil insurans peribadi adalah kerana merasakan ianya membazir, tidak merasakan ianya suatu keperluan kerana perkhidmatan hospital kerajaan yang dirasakan baik dan tidak merasa sakit dan ditambah lagi dengan sikap skeptikal terhadap insurans peribadi itu sendiri. Ingin saya jelaskan disini yang saya bukanlah agen insurans, tetapi saya adalah pengguna kad perubatan (medical card) dari “Prudential BSN Takaful”. Harap anda jelas.
Kepentingan Memiliki Prudential BSN Takaful Medical Card
Sebenarnya memiliki ataupun tidak memiliki skim insuran ini tidak membawa beza yang besar bagi kebanyakkan orang awam. Tetapi kepentingan dan kelebihan didalam memiliki Prudential BSN Takaful memberikan nilai tambah kepada yang memilikinya. Sudah tentu ada kelebihan jika tidak buat apa “membazir” untuk membayar premium bulanan jika tiada kepentingannya. Untuk pengetahuan setiap skim insuran peribadi adalah berbeza akan tawaran yang diberikan, cumanya disini saya akan membuat ringkasan akan mengapa saya menggunakan tawaran pakej kad perubatan (medical card) ini dari Prudential BSN Takaful. Antara kepentingan/kelebihan adalah ;
1. Perlindungan Fizikal/Wang Pampasan – Kita tidak minta kita diberikan musibah. Kita tidak tahu samada suatu hari nanti kita sakit, kemalangan, tidak berupaya bekerja dan sebagainya, maka kita akan diberikan wang pampasan senilai dengan perjanjian kontrak yang kita tandatangani. Sekurang kurangnya ada bantuan kewangan dikala kita memerlukan.
2. Skim Simpanan – Penting dan perlu diingat. Pemahaman yang mengatakan wang yang dibayar dan dilaburkan untuk menggunakan insuran peribadi adalah membazir adalah salah. Sebenarnya wang yang anda bayar akan dijadikan simpanan. Jumlah peratusan % simpanan anda bertambah dari tahun 1 hingga akhir tahun 6 dan semasa ditahun ke-7 simpanan anda menjadi 100%. Dengan kata lain semasa ditahun ke-7 jika anda membayar RM200 sebulan maka, simpanan anda adalah RM200. Bukankah pakej ini terbaik?
3. Medical Card – Antara yang paling menarik dari skim insuran peribadi adalah adalah medical card yang diperolehi. Jika anda sakit dan dimasukkan ke wad, maka anda boleh memilih untuk pergi ke hospital kerajaan mahupun swasta. Tetapi sudah tentu pemegang kad perubatan memilih untuk mendaftar dihospital swasta. Antara kelebihan medical card adalah anda dibayar apabila anda masuk kedalam wad. Katalah pakej medical card yang anda ambil menawarkan RM200 sehari, maka apabila anda masuk wad anda akan menerima RM200 sehari. Bukankah wang yang anda dapat ini dapat menampung kekurangan ketika anda tidak boleh bekerja? Berbaloi bukan?
Apabila anda ingin mengambil polisi insuran peribadi, saya nasihatkan anda untuk mengambil pakej bayaran bulanan yang “semampu anda sahaja”. Jangan paksa diri untuk mengambil polisi bulanan yang mahal kerana mahukan perlindungan yang tinggi. Yang penting anda mempunyai polisi dan tidak berada dikeadaan tidak dapat membayar polisi insuran yang anda ambil kerana mahal. Apabila kewangan anda sudah stabil dan mampu untuk membayar polisi yang lebih mahal, maka anda boleh untuk “upgrade” polisi anda kepada yang lebih tinggi. Begitu caranya. Saya harap anda mengambil insuran peribadi untuk zaman kini dan semestinya Prudential BSN Takaful Berhad adalah yang terbaik di Malaysia.
Kepada Yang Berhajat Untuk Berbincang/Mengambil Polisi Prudential BSN Takaful. Boleh hubungi Agen Melalui Maklumat dibawah ini;
Agen Prudential BSN Takaful : Mohd Fathuddin Hakim B. Johari
No Tel Consultant : 017-3716299
Email : hakimjohari@me.com
.