Salam buat pembaca. Adakah anda sedang tercari cari idea akan bentuk pelaburan bukan online yang boleh anda cuba untuk membuat untung? Anda ada modal tetapi tidak tahu hendak buat apa dengan duit yang ada. Kita tidak akan bercakap tentang pelaburan bisnes. Kita akan bercakap dalam bidang pelaburan kewangan yang boleh anda salurkan. Mungkin anda tiada pengalaman dalam mana mana pelaburan. Dan cadangan dari pembacaan anda ini mungkin dapat membantu anda,
Di Malaysia sebenarnya kita bernasih baik kerana terdapat agak banyak peluang pelaburan bukan online yang boleh anda sertai. Namun kebanyakkan dari kita selalunya agak negatif terhadap medium instrument berkenaan kerana masalah “dengar dengar” dan juga “cakap cakap” dari orang lain. Boleh dikatakan masalah ketidak yakinan kita sebenarnya di sebabkan kita sendiri tidak pernah melaluinya dan mencubanya sendiri.
Idea Dan Bentuk Pelaburan Bukan Online Yang Selamat
Masalah lain diatas ketidakyakinan kita adalah disebabkan kegagalan orang terdekat kita seperti keluarga dan juga rakan. Mereka mempengaruhi keputusan kita di dalam membuat keputusan untuk melabur. Akhirnya kita lebih kepada takut, tidak yakin, tidak mahu mencuba, banyak mempertikai, asyik membantah dan sebagainya. Persoalannya anda sudah cuba atau belum? Lain orang lain pengalaman mereka. Kegagalan datang dari banyak sebab. Salah satu sebab adalah kurangnya ilmu. Adakah anda mahu percaya cakap orang yang anda sendiri tahu beliau kurang ilmu?
Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pelaburan bukan online yang boleh anda fikirkan
- Pelaburan dalam hartanah (beli rumah, beli lot pejabat) – Pelaburan paling menguntungkan
- Pelaburan rumah lelong – Bagaimana beli rumah lelong dengan betul dan menjana keuntungan melalui penyewaan
- Pelaburan emas – Pembelajaran teknik melabur dalam emas fizikal
- Pelaburan dalam saham – Saya sudah buka akaun CDS Cimb Bank
- Pelaburan dalam unit trust – Kisah saya melabur dalam unit trust
- Pelaburan dalam amanah saham seperti ASB – Saya sudah berhenti kerana berasa seperti kurang bersih akan kehalalannya
- Pelaburan dalam tabung haji – Pelaburan yang baik sambil boleh menunggu giliran pergi haji
- Pelaburan dalam koperasi – Pelaburan yang bagus dan mempunyai pulangan tinggi
Perkongsian saya ini hanyalah ringkasan sahaja. Anda boleh mencari maklumat lanjut berkenaan jumlah keuntungan yang diberikan setiap tahun dari mana mana jenis pelaburan bukan online yang anda cuba. Dan nasihat saya, anda perlu belajar, dapatkan buku, dapatkan ebook atau hadirkan diri ke seminar untuk mendapatkan ilmu dengan betul sebelum membuat keputusan melabur. Pelaburan yang paling baik dan selamat sudah tentu pelaburan dalam ILMU.
12 Comments
pilih yang berkenan dan tak menyusahkan diri dan hidup orang lain.
itu aje nasihat aku. hoho
padat dan ringkas
Konsep pelaburan, kita bagi duit suh orang lain urus. Kemudian, kita dapat sebahagian daripada keuntungan dalam bentuk percent.
kalau pelaburan, tapi kena cari orang ho ho tu dah lain tu
setakat ni unit trust memang ok
Pelaburan hartanah memang menguntungkan..kalau masa gawat sekarang ni pelaburan rumah lelong banyak dapat demand kot…
kalau ada duit, memang boleh buat duit skrg nih
banyak lagi cara sebenarnya..
main simpan matawang luar negara pun boleh masyuk jugak kalau kena dengan gaya..
ehehe
wahh, ni pakar currency nih
pilih pelaburan yang membawa keuntungan dalam jangka masa yang panjang….
tetapi x ramai yang mahu labur utk jangka panjang
nak try koperasi ngan saham.. tu tak penah try walaupun berminat
koperasi tentera 15% kalau mahu try… 🙂