Sebenarnya sudah hampir 4 bulan tidak menjumpai kad debit maybank milik saya. Ianya sama seperti kes kad pengenalan hilang dahulu. Betul betul memang tidak tahu bagaimana boleh hilang. Tiada idea langsung akan bagaimana ianya terjadi. Kad debit maybank ini sebenarnya hanya digunakan untuk memasukkan duit ke dalam akaun simpanan untuk digunakan membayar premium insurans bsn prudential takaful. Tetapi entah mengapa 3 bulan ini pihak bsn prudential langsung tidak dapat mengambil duit dari akaun maybank. Tidak tahu masalah dari mana. Samada dari maybank atau dari prudential sendiri.
Sejak kad debit maybank hilang 4 bulan lalu. Saya sebenarnya memang tidak tahu langsung akan jumlah wang yang ada dalam akaun simpanan maybank. Tertanya tanya apakah kegagalan pihak bsn prudential takaful untuk “deduct” wang dari akaun simpanan maybank saya sebenarnya berpunca kerana wang di dalam akaun simpanan maybank telah kosong. Ianya boleh terjadi bukan. Tetapi sepanjang 3 bulan ini, di sebabkan kad maybank hilang, memang saya tiada langsung akses untuk mengeluarkan wang dalam akaun maybank.
Buat Kad Debit Maybank Baru
Hari ini saya pergi ke Maybank untuk membuat kad debit yang baru sambil melihat baki wang di dalam akaun simpanan. Setelah di check, ternyata, wang untuk membayar insuran peribadi selama 3 bulan masih ada. Dengan ini, masalah tidak dapat deduct dari maybank adalah dari pihak bsn prudential. Takut juga kalau pelan perlindungan akan tidak aktif kerana pihak bsn prudential tidak mendapat bayaran. Sedangkan sudah membuat bayaran sejak awal lagi. Ada rakan yang menghadapi masalah sama? Minta pandangan.
Harga Gantian Kad Debit Maybank Baru
Bayaran bagi menggantikan dan mendapatkan kad debit maybank yang baru adalah berharga RM15 sahaja. Satu proses yang mudah sebenarnya. Tidak memerlukan apa apa dokumen. Kecuali perlu membawakan kad pengenalan sahaja. Itupun hanya untuk tujukan verifikasi pengesahan sahaja.
Perlu diingatkan, kad debit maybank yang hilang sepatutnya anda perlu cepat cepat menghubungi pihak bank atau terus ke bank untuk proses “deactivate” bagi memastikan kad bank yang hilang tersebut tidak berfungsi untuk digunakan. Ini perlu bagi memastikan tiada yang menyalah gunakan kad ATM anda. Sebelum saya terlupa, perlu untuk anda ketahui yang kad ATM biasa tidak sama dengan kad “DEBIT”. Kelebihan kad debit adalah anda boleh menggunakan kad tersebut untuk belian secara online bagi menggantikan kad kredit. Terbaik bukan..
10 Comments
Nak tanye sikit nie,dah tukar kad baru,lepas tu kad tu rosak,kene bayar xkalau nk tukar kad lagi,
Boleh di buat di mana2 cawangan maybank?
ya boleh Omar
Kalau kad bank hilang , umur owner kad bank tu baru 17 . Memang kena bawak 18+ ?
saya x pasti Eyda
Kad debit maybank saya hilang, masa bukan akaun hari tu dkt dataran maybank kl. Boleh buat baru dkt mana2 maybank ke?
ya boleh Rizal, xda masalah
Salam . kad atm saya hilang . saya dah block kad atm yang hilang tu .. dah buat kad baru pun . tapi duit tiba2 ada orang buat keluar guna mesin atm . padahal kad atm baru sentiasa ada dengan saya .. macam mana tu?
nak tanya sikit, bayaran Rm15 untuk buat kad baru tu kena bayar cash atau potong melalui akaun ye?
Nak tanya kalau hilang kad debit perlu buat laporan polis ke atau terus prgi ke bank?