Kadar Pinjaman Perumahan terkini sebenarnya boleh dilihat dan dicapai hanya melalui online. Para pembeli rumah pertama mahupun kedua sebenarnya tidak perlu membuang masa dengan pergi melawat setiap bank hanya untuk mengetahui jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank dan juga “interest” yang dikenakan oleh pihak bank. Kini ada sebuah website yang membantu para pembeli rumah untuk melihat secara lansung jenis pinjaman bank, jenis bank dan juga interets yang dikenakan terhadap pinjaman loan rumah.
Ada 2-3 servis perbandingan pinjaman rumah secara online yang ada di Malaysia ini. Cumanya kali ini saya mahu membawa anda untuk menggunakan perkhidmatan servis perbandingan pinjaman rumah dengan menggunakan website iMoney. Sebenarnya website iMoney ini berkemampuan membandingkan pelbagai pinjaman yang terdapat di Malaysia iaitu pinjaman rumah, kredit kad, personal loan (pinjaman peribadi), pinjaman koperasi dan juga insurans kereta. Akan tetapi saya hanya ingin fokuskan kepada kadar pinjaman rumah terendah melalui perbandingan pinjaman rumah antara bank di Malaysia.
Kadar Pinjaman Perumahan Terendah Antara Bank Malaysia
Ingin tahu bagaimana mahu melihat “bayaran bulanan (monthly repayment)” dan juga “interest rate (% per year)” antara bank sangat mudah dengan menggunakan servis perkhidmatan dari iMoney. Begini, masuk ke website iMoney melalui link yang saya berikan diatas tadi dan tekan link > Home Loan. Anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah ini.
Dihalaman tadi, anda akan melihat “Compare All Housing Loans” seperti gambar diatas. Saya buat contoh yang saya ingin membuat pinjaman sebanyak “RM150,000” dan saya juga isi tempoh pinjaman selama 35 tahun ditempat yang disediakan seperti gambar diatas. Setelah anda mengisi amaun pinjaman dan jumlah pinjaman mengikut kehendak anda, sistem iMoney akan secara automatik akan memberikan paparan jawapan berapakah “bayaran bulanan” dan “interest” yang dikenakan kepada anda sebagai bakal peminjam pinjaman perumahan. Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.
Lihat gambar diatas, anda lihat sendiri akan hasil keputusan yang dipaparkan. iMoney telah membantu anda memberikan jawapan jenis bank yang menawarkan loan rumah, interest yang dikenakan oleh setiap bank, bayaran bulanan anda mengikut jumlah loan pinjaman anda dan juga jumlah interest yang bakal bank ambil mengikut jumlah tahun pinjaman rumah anda. Bukankah sistem Kadar Pinjaman Perumahan secara online ini mudah. Anda suka? Selesai masalah anda dan anda boleh membuat keputusan segera.
Satu lagi kelebihan iMoney adalah, selepas hasil carian dipaparkan dan anda ingin memilih pinjaman bank yang anda mahukan, anda boleh terus menekan butang “Apply Now” yang berwarna hijau dan isi maklumat yang diminta dan tekan butang “Apply Now” yang berwarna biru untuk selesaikan. Tunggu 1-2 hari, pihak bank ataupun pihak konsultan yang berkaitan akan menelefon anda untuk berbincang lebih lanjut akan pinjaman bank rumah yang anda pohon untuk tindakkan lanjut. Adakah anda suka akan servis perbandingan Kadar Pinjaman Perumahan yang ditawarkan iMoney? Sila berikan komen dibawah untuk berkongsikan pengalaman anda. Terima Kasih.
5 Comments
belum terdaya lagi nak beli rumah ni..maybe dlm 3 tahun lagi kot
xpa, slow slow dulu bro