Sebenarnya ramai juga blog berbahasa melayu yang telah mempunyai akaun Google Adsense yang saya lihat. Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapatkan akaun tersebut kerana sepertinya mereka dari kalangan blogger baru. Tidak mengapa, pada kali ini untuk PART 1 ataupun untuk bahagian yang pertama saya mahu berkongsi secara ringkas tentang cara tingkatkan Earning Google Adsense pada kefahaman umum rata rata blogger di Malaysia ini. Saya rasa mungkin semua sudah tahu akan apa yang saya mahu sampaikan tetapi seperti yang saya ingin tegaskan adalah untuk bahagian PART 1 ini saya ingin menerangkan tips meningkatkan Earning Google Adsense yang ringkas dahulu. Harap maklum.
Umumnya, kebanyakkan dari kita yang mempunyai akaun Google Adsense akan memantau perkembangan pendapatan revenue Adsense dibahagian halaman dashboard Google Adsense bukan? Dan dibahagian “Home” akan dipaparkan maklumat seperti Estimated Earnings for Today, Yesterday, This Month dan juga Last Month. Keempat empat maklumat ini memberi gambaran akan statistik prestasi Adsense revenue yang boleh kita lihat. Saya tidak mahu menceritakan tentang cara meletakkan iklan Adsense di blog tetapi lebih kepada tips untuk tingkatkan Earning Google Adsense yang biasanya diketahui oleh ramai blogger untuk part 1 ini.
Cara Biasa Tingkatkan Earning Google Adsense
Lihat gambar diatas. Gambar diatas adalah Performance Reports Earning Google Adsense yang boleh dilihat. Bagaimanakah kiraan Earning Google Adsense dilakukan? Pendapatan Adsense selalunya dirujuk dengan kiraan seperti ini iaitu (Clicks X CPC). Katalah hari ini anda mendapat “Clicks” sebanyak 10 klik dan nilai Cost Per Click (CPC) pula bernilai USD0.05 untuk satu klik. Jadi nilai pendapatan anda (Estimated Earnings) yang anda dapat untuk hari ini adalah (Clicks x CPC) = (10 x USD0.05) = USD0.5.
Inilah nilai dan cara kiraan akan bagaimana anda mendapat earning adsense untuk hari ini. Dan cara kiraan seperti ini adalah umum dan rasanya ramai yang sudah mengetahuinya bukan? Jadi asas untuk meningkatkan Earning Google Adsense disini adalah dengan cara meningkatkan trafik blog anda, seterusnya secara tidak langsung bakal meningkatkan jumlah “Clicks” yang anda terima dan sudah tentulah pendapatan harian pun bertambah. Inilah asasnya.
Seperti yang saya TEGASKAN pada permulaan artikel iaitu untuk PART 1 ini saya hanya ingin menyampaikan atau berkongsi akan maklumat tentang cara meningkatkan Earning Google Adsense yang sudah biasa diketahui ramai sebelum saya berkongsi dengan anda dibahagian kedua iaitu PART 2 nanti yang mungkin bakal membuat anda tertarik dan bersemangat untuk meningkatkan Earning Google Adsense dibahagian kedua nanti. Nantikan? Anda suka artikel ini?… 🙂
13 Comments
terima kasih kerana berkongsikan maklumat ini..terbaik bro!
sama sama mrhanafi
Terima kasih atas perkongsian, saya merupakan blogger baru berjinak dengan adsense amat perlukan panduan sebegini. Tak sabar tunggu part 2. 🙂
sebentar lagi akan saya postkan.. 🙂
tak cukup umur lagi, lagi dua tahun in shaa Allah boleh daftar nanti, macam seronok je orang update ttg Google Adsense, apa-apa pun, satu perkongsian yang berguna, bro 😀
owh dah pandai ni masih kecil sudah ada blog, good
Menambah ilmu saya tentang adsense, terimakasih admin. teruskan perkongsian.
sama sama Jamal
terima kasih atas perkongsian yg sentiasa sy cari, tak banyak tips dlm bahasa melayu, kebanyakkannya cakap org putih, susah nak faham
terima kasih kerana sudi hadir dan baca, dah baca yang part 2?
Pernah sebelum ni saya punya earning adsense dari site b.melayu saya lebih dari earning dari site b.inggeris.Yang penting kena dapatkan no 1 enjin carian google.Site saya hanyalah forum.Content saya tak payah fikir sebab org yg akan buat posting untuk bertanya soalan atau menjawab soalan yg ditanya ahli forum.
wow, forum apa tuh bro, masih ada lagi x