Adakah anda pernah melihat Trafik Dari Google secara langsung? Adakah anda pengguna perkhidmatan dari Google Analytics? Jika ya apa kelebihan yang anda dapat sejak menggunakannya. Sejak setahun ini, Analytics dari Google telah berlaku perubahan demi perubahan untuk meningkatkan lagi kelebihan dan “mesra” menggunakan servis yang ditawarkan. Saya sendiri adalah pengguna produk dari Google seperti Gmail, Webmaster, YouTube, Adsense, Google Plus, URL Shortener dan juga yang lain lain yang banyak lagi. Kenapa begitu banyak menggunakan servis dari Google? Jawapan tidak lain tidak bukan kerana Google membenarkan kita hanya menggunakan satu akaun sahaja untuk “login” kesemua akaun. Jadi ianya memudahkan.
Keutamaan umum memasang Google Analytics untuk blog adalah untuk melihat jumlah Trafik Dari Google yang masuk kedalam blog secara harian. Seronok dapat melihat statistik trafik dengan data setiap bulan yang ditunjukkan langsung. Dan dengan itu kita dapat melihat prestasi trafik blog dari masa ke semasa samada menjunam ataupun meningkat naik. Dan dari data itulah barulah tindakkan diambil. Keutamaan yang kedua pula adalah untuk melihat “artikel” manakah yang menyumbang kepada trafik tinggi. Disitu kita akan dapat mengexploitasi supaya artikel itu akan terus kekal releven dengan kaedah tips SEO yang baik.
Fungsi Real TIme Trafik Dari Google
Tetapi dari semua kebaikkan yang ada pada Google Analytics, ada satu fungsi yang memang menarik minat saya untuk melihat dan mencuba iaitu fungsi “Real Time”. Fungsi “Real Time” Trafik Dari Google ini memaparkan secara langsung bilangan “visitor” pelawat yang sedang (sekarang) melawat blog kita. Cuba anda lihat gambar diatas. Gambar diatas menunjukkan bilangan visitor blog dari blog ini yang sedang masuk membaca artikel. Dari data diatas jelas ianya menunjukkan bilangan trafik “semasa” adalah 8 orang. Malah kita dapat melihat artikel manakah yang sedang dibaca oleh pelawat kita. Kekerapan artikel yang sama dibaca oleh pengunjung menunjukkan artikel itu berada diengin carian Google dengan baik. Bukankah seronok dapat melihat langsung pelawat yang hadir ke blog kita dan dapat ketahui artikel manakah yang sedang dibaca.
Sebenarnya artikel ini adalah untuk memberi tahu anda sedikit sebanyak tentang teknik atau kaedah yang boleh anda tahu untuk melihat dan meningkatkan Trafik Dari Google dari data yang anda dapatkan. Kaedah melihat real time trafik adalah salah satu cara untuk ketahui secara langsung akan pelawat yang hadir kedalam blog anda. Walaupun begitu ini adalah teknik kecil sahaja. Mungkin anda ada idea yang lain untuk tips Trafik Dari Google kepada blog anda? Jika anda jom kongsikan melalui ruangan komen dibawah. Bukankah blog itu juga bermaksud berkongsi ilmu? Bye
16 Comments
T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini.. 🙂
sama sama khir… 🙂
Selalu guna check visitor jaa.. he he
hhehee
boleh kata google real time trafik ni buka setiap kali on pc
wow, pengguna tegar ni Kak jie
Thanks bro…very informative and useful sharing. Aku duk pakai juga, tapi macam blurr sometimes. Pakai tapi tak fully use it up to max potential.
tu la kan
selalu juga puteri akan check google analytics..banyak info yang berguna tentang blog yang kita boleh kaji disitu 🙂
betul tuh
real traffic hanya sesuai untuk blog yang trafik dia lebih dari 3k sehari…
kalau tak memang putus asa laaaaaa….
eh! salam kenal..
betul juga tuh, hehhe
sgt penting real time GA utk melihat apa yg mereka suka secara live disamping memberi idea baru utk kita mencari bahan baru yg berkaitan dengan minat pelawat…
betul sangat tuh bro
pengetahuan masih cetek lagi dalam bab ini..
xpa slow slow