Dulu dulu saya selalu merasakan mereka yang menggunakan simkad postpaid adalah dari kalangan yang mempunyai duit dan mampu. Rasanya pendapat saya itu adalah benar dalam konteks “ketika itu”. Kenapa? Bagi saya, buat apa perlu bayar lebih dengan komitment yang terikat hanya semata mata mahu memastikan yang anda boleh membuat panggilan call bila bila masa tanpa perlu bimbang kehabisan kredit. Itu pandangan sayalah. Tetapi dalam konteks keadaan zaman sekarang ini, saya merasakan yang pelan dan pakej yang ditawakan oleh postpaid adalah jauh lebih baik dari prepaid itu sendiri. Atas sebab itu saya ingin berkongsi pandangan peribadi tentang kelebihan simkad postpaid ini.
Adik saya seorang peniaga online yang melakukan bisnes secara dropship. Beliau sendiri katakan kepada saya bahawa beliau kebiasaannya menghabiskan wang sebanyak RM400 sebulan untuk membeli topup kredit simkad prepaid. Beliau juga sebenarnya sama seperti saya. Tidak suka TERIKAT dengan komitment bulanan. Namun dari satu sudut, saya juga merasakan wang sebanyak RM400 semata mata untuk topup adalah keterlaluan. Kalau sebelum ini, syarikat telekomunikasi buat duit kerana panggilan telefon dan juga sms yang dibuat oleh pengguna, tetapi sekarang adalah berbeza.

Harga pelan internet prepaid dan postpaid Maxis
Perbandingan Kelebihan Simkad Postpaid Dan Prepaid Dari Segi Harga Kuota Data Internet
Perkembangan dunia telekomunikasi sekarang sudah berbeza. Pelanggan lebih mahukan pelan data internet berbanding panggilan call dan sms. Mereka mahukan lebih banyak kuota data internet. Dengan data internet, mereka juga boleh membuat panggilan dan penghantaran mesej secara percuma sambil boleh melayari internet dan menonton video. Oleh itu, pakej pelan internet untuk simkad postpaid sekarang lebih menjurus kearah penawaran berbentuk pakej internet. Jadi apakah kelebihan simkad postpaid berbanding prepaid dalam penawaran internet?

Pakej harga internet prepaid dan postpaid Celcom
Kalau anda masih pakai simkad prepaid, dan anda masih mahu menggunakan internet. Anda akan dapati pakej belian kuota data internet tidak terlalu murah. Pakejnya pula terbahagi kepada harian, mingguan dan juga bulanan. Hendak pakai internet, anda kena topup kredit anda dan beli pakej data. Tanpa anda sedari, anda kadang kala memang telah melakukan tambah nilai melebihi dari apa yang anda targetkan setiap bulan. Anda buat panggilan call, anda kena bayar. Hendak main internet, kena beli data. Selalunya anda tidak jimat banyak mana pun.
Berbeza dengan pakej internet untuk pengguna simkad postpaid. Anda bayar satu harga yang tetap setiap bulan. Anda akan dapat tawaran panggilan percuma. Kalau tidak percuma pun, rate kadar panggilan yang dikenakan sangat murah berbanding pelan prepaid. Dan tawaran kuota data untuk simkad postpaid lebih tinggi. Kadang kala anda boleh dapat pakej internet tanpa had (unlimited). Kalau anda fikir baik baik, sebenarnya anda boleh berjimat banyak dengan pelan postpaid berbanding prepaid.

Perbezaan harga antara prepaid dan postpoid di UMobile
Senarai Simkad Postpaid Di Malaysia
- Maxis – pakej postpaid Maxis lebih baik dari prepaid Maxis
- Celcom – pakej postpaid Celcom lebih baik dari prepaid Celcom
- Digi – pakej postpaid Digi tidak terlalu berbeza dengan prepaid Digi
- UMobile – pakej postpaid UMobile tidak terlalu berbeza dengan prepaid UMobile
- Unifi – ada pakej internet rumah dan juga mobile broadband yang terbaik
Dari pandangan kasar saya. Kalau kita bandingkan antara pakej prepaid, nampaknya prepaid Maxis kurang berbaloi kerana tawaran kuota data yang sedikit. Kalau kita bandingkan simkad postpaid pula, saya peribadi merasakan pakej internet dari Webe lebih berbaloi kerana ianya unlimited kuota data. Jadi anda tidak perlu pening pening dengan masalah kehabisan data lagi.
Kebanyakkan pakej postpaid pun sudah tiada kontrak kalau anda memang tidak sukakan komitment terikat. Kalau sebab hendak jimat, pakej postpaid pun banyak pakej yang murah murah. Untuk penggunaan kredit yang sama setiap bulan, postpaid lebih bernilai berbanding prepaid. Tidak percaya lihat gambar di atas. Saya harap perbandingan ringkas antara kelebihan simkad postpaid dengan prepaid ini menarik minat anda untuk bertukar kepada simkad postpaid. Bye.
Leave a Reply