Ramai yang salah sebut tentang BRIM ini. Sebutan sebenar bukanlah BRIM seperti ejaan ini tetapi ianya adalah B+R+1+M iaitu BR1M. Dengan kata lain ianya disebut juga sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Sudahkah anda mengemaskini BR1M anda? Untuk pengetahuan anda, anda haruslah MENDAFTAR dan MENGEMASKINI akan maklumat anda supaya anda layak menerima bantuan rakyat ini. Jika anda sudah membuat semua yang disarakan, anda boleh membuat Semak Status BR1M untuk melihat (check) samada permohonan anda diterima atau tidak.
Kenapa perlu daftar dan kemaskini untuk menerima bantuan rakyat 1 Malaysia ini? Memang seharusnya kita mendaftar. Rakyat Malaysia ada 30 juta. Manalah pihak kerajaan tahu apakah kerjaya anda, tempat tinggal terkini anda, jumlah tanggungan anda, no akaun bank, jumlah gaji dan sebagainya. Semua ini diperlukan untuk menilai kelayakkan anda menerima skim BR1M dan memudahkan pula proses menyampaikan bantuan BR1M ini. Berapa jumlah BRIM yang anda layak terima? Baca artikel ini iaitu BR1M 4.0 bagi tahun 2015.
Cara Semak Status BR1M 2015 Secara Online
Bagaimana untuk kemaskini status BR1M anda? Hanya ada 2 cara sahaja iaitu anda boleh membuatnya melalui kaunter di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara online di sini iaitu – [ https://bsh.hasil.gov.my/ ] dengan klik pada “Kemaskini Permohonan”. Mudah sahaja. Anda hanya perlu update apa yang perlu sahaja kerana sebelum ini anda sudahpun mendaftar. BR1M adalah yang paling tinggi setakat ini iaitu untuk tahun 2015. Diberitakan bahawa, mangsa banjir yang akan diberikan perhatian untuk menerima dahulu kerana keperluan mereka memerlukan wang kini.
Untuk membuat Semak Status BR1M juga sama. Hanya perlu melawat laman LHDN yang saya berikan tadi yang klik pada “Semakan Status”. Masukkan NO IC iaitu no kad pengenalan anda. Dan selepas itu ia akan meminta maklumat anda seperti alamat email dan juga no telefon bagi tujuan pengesahan. Jika berjaya barulah maklumat berkenaan status permohonan Br1m 2015 akan di paparkan. Lihat gambar diatas. Jika berjaya ianya akan memaparkan status sebagai “PERMOHONAN DITERIMA”.
Untuk tahun 2015 ini, BR1M hanya akan mula diberikan pada 15 Januari 2015 ini. Ingat, bukan semuanya akan menerima pada 15 Januari ini. Tetapi ianya hanya akan mula pada tarikh itu (bukannya serentak) dan semua orang akan menerima dalam sepanjang bulan januari. Anda hanya perlu tunggu sahaja. Adakah anda telah membuat Semak Status BR1M anda? Apakah status anda? Ini perlu anda ketahui jika ada masalah lewat penerimaan BR1M oleh kerana kegagalan anda sendiri yang tidak anda sedari. Sila Semak Status BR1M anda sekarang.
14 Comments
mcm mana nk tau kalau permohonan kita layak atau tidak. sekarang status permohonan adalah “permohonan diterima”.adakah ini bermaksud saya layak dpt?ataupun itu hanya bermaksud permohonan saya diterima tetapi belum tentu layak atau tidak?
Ika. ya pendapat anda itu betul iaitu ianya bermaksud permohonan anda diterima iaitu sampai kepada pihak atas. Samada dapat layak atau tidak itu cerita lain. Saya harap ika dapat tunggu ya
Same question here. “PERMOHONAN DITERIMA”. My other friend already got their BR1M.
Kayrowl. Proses pembahagian BR1M adalah berperingkat. Dengan kata lain ianya bukannya diberi dalam sehari dan semua orang dapat. Mungkin mengambil masa 1 minggu atau lebih sehingga semua orang dapat
nak tahu trma atau tdak br1m saya macam mana.?
proses br1m saya ialah dalam proses. maksud dalam proses tu ape? lulus ke tak?
status permohonan br1m saya masih status dalam proses adakah permohonan saya berjaya atau gagal..?
hehe, saya dah lama perasan, tapi dengar banyak kali najib sendiri pun sebut BRIM
Sy tidak membuat kemaskini tetapi bila sy semak status permohonan adalah permohonan diterima.soalan sy adakah sy akan menerima BR1M 2015 kerana sy ada terdegar sesiapa yg tidak mengemaskini permohonan tidak layak menerima BR1M..TQ
skrang dah hb 22/01… status sy masih dalam proses. bila confirm br1m masuk ye ? kwn2 aku semua dah terima….
Salam boss.. semakan mengatakan permohonan lulus.. tapi duit x masuk akaun lg.. kenapa ya ?
permohonan diterime… suda 30 januari nie…
saya dah buat kemaskini smua dah…borang kemaskini pn saya dah hntr 28.12.2014 tp xdpt apa pn..no akaun smua dah bg…
aduhhh..
tak dapat plak nak apply..