Teringat saya akan fakta ini iaitu “JANGAN SIMPAN DUIT DALAM BANK JIKA TUJUAN ANDA UNTUK SIMPANAN MASA DEPAN!”. Perbincangan demi perbincangan kami sembang. Fakta tersebut buat saya terfikir dan saya mahu kongsikan dengan anda. Pada kali ini kita akan berbincang ringkas mengenai peluang pelaburan dalam unit trust yang boleh anda gunakan untuk tujuan simpan hari tua atau lebih tepat lagi untuk anda gunakan ketika anda sudah pencen dan tidak lagi boleh bekerja.
Sebenarnya semua orang tahu akan perkara ini iaitu simpanan anda di KWSP tidak cukup untuk menampung anda di hari tua. Ini adalah fakta yang pihak kwsp sendiri yang kongsikan. Katakan pada hari tua anda anda perlu berbelanja RM2000 sebulan untuk sara hidup anda. Anda bukan ada pencen. RM2000 x 12 bulan x 5 tahun = RM120,000. Majoriti rakyat Malaysia dijangka selepas bersara nanti tidak mempunyai simpanan asas RM100K pun.
Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Wang Simpanan
Kiraan yang saya buat adalah untuk tempoh 5 tahun sara hidup. Kalau anda bersara nanti, anda tiada 100K, bolehkah anda makan pakai selepas 5 tahun? Pernah anda terfikir akan perkara ini? Sebab itulah penasihat pelaburan mengatakan kalau anda hendak simpan duit, jangan simpan dalam bank. Kembangkan wang simpanan anda agar anda boleh hidup sama seperti apa yang anda nikmati sekarang atau lebih baik. Kenapa?
Sekarang mungkin anda perlu berbelanja RM100 untuk mendapatkan air mineral 100 botol. Apabila kita berbicara tentang bersara, kita sedang membincangkan bagaimanakah keadaan anda ketika sudah tidak bekerja dalam masa 25 – 35 tahun akan datang. Adakah makanan dan minuman harganya masih sama seperti sekarang. Berapakah wang yang perlu anda bayar untuk mendapatkan 100 botol air mineral? Mungkin pada waktu itu air mineral minima dijual RM2 untuk botol kecil. Dengan kata lain kos sara hidup sudah menjadi 2 kali ganda.
Kalau anda hanya simpan di bank dan wang simpanan anda mungkin menjadi 100K. Apakah nilai RM100k ini ketika 25-35 tahun akan datang? Nilainya mungkin bawah RM50K jika diukur pada zaman kini. Cukupkah RM50K anda gunakan untuk sara diri anda jika anda bersara sekarang? Tahukah anda, jika anda belajar kembangkan wang simpanan anda, ada kemungkinan jangkaan simpanan biasa anda RM100K ini tadi bakal menjadi minima RM300K dengan mudah. Salah satu yang boleh anda cuba adalah dengan melabur dalam unit amanah unit trust. Mari kita fikir sama sama..
Salah satu tempat untuk melabur unit trust adalah di Public Mutual. Kalau anda orang Pulau Pinang, bolehlah berjumpa agen public mutual dengan maklumat di bawah ini.
Nama Agen Public Mutual (Kawasan Penang) – Siva Neson
No Tel – 0125976467
4 Comments
Mungkin sebab ni lah, mereka yang cuma harapkan kwsp memang tak akan boleh betul-betul bersara. Duit tu memang tak akan cukup
itulah realitinya Sabree
kalau ada ajar basic skit dah ok kat nieh
jumpa saja agen, nanti dia terangkan.. 🙂