Adakah anda seperti saya? Berpengalaman memakai dan menggunakan pelbagai simkad? Saya pernah gunakan Maxis, Celcom, Tone Excel, BestMobile, FrenzMobile dan akhir sekali Tronexus. Kalau anda melihat proses pemindahan dari telco besar MNO kepada telco MNVO adalah kerana saya mula berminat untuk mengambil peluang buat duit dengan simkad. Namun saya kecewa dengan prestasi syarikat tersebut dan kini saya membuat keputusan untuk menggunakan buat pertama kali dari simkad prepaid kepada simkad postpaid. Dan saya kini memilih simkad Postpaid RedOne dan mahu berhenti dari memikirkan projek buat duit dengan simkad. Kenapa?
Saya tidak katakan yang program jana pendapatan dengan simkad tidak bagus. Ianya sangat bagus dan saya sendiri menggalakkan. Akan tetapi sila pilih program jana income dengan simkad dari syarikat telco yang bagus dan terbukti tidak mempunyai masalah untuk memberikan pakej terbaik dan membayar komisen kepada pesertanya seperti OneXoX dan juga RedOne. Akan tetapi saya tidaklah menggunakan Postpaid RedOne kerana mahu buat duit dengannya. Saya memakai simkad RedOne ini kerana mahu beralih dari prepaid kepada postpaid dan mahu stop 100% dengan program buat duit dengan simkad.

Saya beli dan langgan simkad postpaid RedOne
Postpaid RedOne Adalah Simkad PascaBayar Paling Murah
Saya kini telah memberikan perhatian penuh kepada program buat duit yang lain terutamanya online. Maka ianya memerlukan saya fokus untuk beberapa perkara sahaja dan yang terlebih penting, saya memerlukan sebuah simkad yang dapat memberikan kuota data yang baik dan fungsi panggilan yang tidak terhad. Mudah kata, saya mahu pakej simkad yang mempunyai data internet yang agak tinggi dan boleh membuat panggilan (call) bila bila masa sahaja. Dan sudah tentulah pakej postpaid mempunyai banyak kelebihan berbanding pakej prepaid betul?

Pakej Simkad Postpaid RedOne
Pakej Postpaid RedOne RM28
- 5GB data untuk 3G + 4G
- 5GB data untuk basic internet
- Free call sesama simkad postpaid RedOne
- 15 sen/minit untuk panggilan selain RedOne
- 5 sen/sms untuk sesama postpaid RedOne
- 10 sen/sms untuk selain RedOne
- Menggunakan rangkaian Celcom
Itulah sebab kepada saya berhijrah dari prepaid kepada postpaid. Namun pertukaran ini juga memaksa saya meletakkan satu aras iaitu saya tidak mahu menghabiskan kos melebihi RM50 sebulan untuk sesebuah simkad. Hasil dari survey semakan saya terhadap pakej postpaid Maxis, Celcom, Digi, UMobile termasuk RedOne, hanya RedOne sahaja yang memberikan spesifikasi yang saya mahukan. Postpaid RedOne dapat memberikan lebih nilai dengan kos langganan di bawah RM50 sebulan. Buat masa ini untuk tempoh percubaan, saya memilih pakej RM28/month dan kalau ok saya akan upgrade ke pakej RM48/month pula. Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan pakej Postpaid RedOne RM28 yang saya langgan ini. Kalau anda berminat dengan simkad RedOne ini, sila Whatsapp nombor di bawah ini untuk bercakap dengan agen RedOne. Bye
[…] Mudah cerita beliau pakai simkad dari telco Arab Saudi. Sedangkan saya pula menggunakan line dari postpaid Redone. Dan ketika saya menghubungi rakan saya menggunakan FB video messenger, ianya boleh di sambung […]