Pernah tidak anda mengalami keadaan di mana ketika anda memandu kenderaan anda terasa seperti HILANG KUASA? Ya itu terjadi kepada kereta Perodua Viva saya. Apa sebenarnya yang berlaku? Apabila saya menggunakan gear 1 dan gear 2, saya dapati seperti lain dari kebiasaan iaitu seperti tiada “kick”. Anda mungkin faham yang gear 1 dan 2 selalunya mempunyai kesan tendangan yang tinggi apabila menekan pedal minyak. Tetapi ini seperti tiada kesan itu. Saya berasa pelik akan hal ini. Sebagai pengguna kereta yang telah bertahun menggunakannya pasti akan dapat mengesan keganjilan seperti ini.
Perkara yang kedua yang saya rasakan adalah berkenaan gegaran pada badan perodua viva ini. Gegaran terasa seperti engin mahu mati dan terpaksa menekan sedikit pedal minyak bagi memastikan engin tidak bergegar. Saya pasti ini ada masalahnya dengan engin. Perkara yang ketiga adalah kereta langsung TIADA kuasa untuk memotong apabila menggunakan gear 4 dan gear 5. Kelajuan adalah tetap iaitu “constant” walaupun pedal minyak ditekan hingga ke lantai. pelik bukan?
Masalah Engine Perodua Viva
Tetapi yang menyebabkan saya pasti engin Perodua Viva ini bermasalah apabila ada indicator pada panel meter yang menunjukkan lampu engin menyala. Jika lambang engin menyala pada panel meter, itu adalah suatu yang jelas menunjukkan engin ada masalah. Ini adalah kejadian pertama kali. Untuk pengetahuan anda, semasa membawa kereta ini dalam keadaan bermasalah, saya dapat rasakan yang kemampuan engin hanya beroperasi pada tahap 60% sahaja. Senang cerita engin kehilangan kuasa. Tidak tahu apa puncanya.
Atas sebab itu saya terus membawa ke kedai servis kenderaan. Mekanik pun memeriksa. Lampu indikator engin pada panel meter memang menyala. Memang sah ada masalah pada engin perodua viva ini. Untuk pengetahuan anda, Perodua Viva dari jenis engin 3 silinder iaitu hanya mempunyai 3 piston sahaja. Mekanik langsung tidak menjumpai masalah yang berlaku dan mereka bingung.
Ada satu benda yang buat saya yakin masalah itu datangnya dari engine control unit (ECU). Ketika mekanik memeriksan “spark plug”, mekanik mendapati yang ketiga tiga plug berkenaan berfungsi dengan baik akan TETAPI hanya 2 piston sahaja yang bergerak. Spark plug yang berfungsi menunjukkan terdapatnya aliran “elektrik” dan itu menunjukkan sistem wiring masih baik. Tetapi kenapa hanya 2 piston yang bergerak dan 1 lagi diam tidak bergerak. Naluri hati mengatakan ini ada kaitan dengan masalah ELEKTRONIK iaitu dari ECU
Saya ajukan pertanyaan kepada mekanik iaitu terdapat kemungkinan yang masalah berpunca dari sistem elektronik iaitu ECU. Mekanik tidak mengendahkan pendapat saya. Sebaliknya beliau terus memeriksa dan cuba menggantikan benda lain yang bagi pendapat beliau itulah puncanya. Apa yang beliau tukar? Beliau menukar
- Ignition @ Sensor engine = RM250
- 3 Spark Plug = RMXX
- Menukar Wiring (SELURUH Wiring Perodua Viva)
Selepas menukar dan menggantikan barang yang saya sebutkan diatas. MASALAH TETAP SAMA. Iaitu engin masih tiada kuasa kerana 1 piston masih tidak bergerak. Mekanik ini buntu dengan masalah yang sama. Semua sudah tukar. Arus elektrik yang masuk ke spark plug ada. Tetapi tetap piston yang satu ini tidak bergerak. Sebelum itu sudah dipastikan yang piston tidak bergerak ini bukan berpunca dari masalah mekanikal. Ianya lebih kepada sistem elektrik perodua viva.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
AKHIR SEKALI, mekanik cuba menukar ECU Perodua Viva dengan ECU yang baru dan tiba tiba ke semua piston bergerak dan masalah selesai, Indicator engine pada meter panel pun hilang. Kereta sudah dalam keadaan baik. Saya bukan pandai dalam hal kereta. Tetapi oleh kerana sikap mekanik tersebut yang tidak mahu mendengar pendapat saya, saya telah dan terpaksa membayar hampir RM1500 untuk membayar semua barang yang diganti pakai dalam perodua viva milik saya. Sedangkan masalah sebenar hanyalah ECU sahaja. Kalau dari awal terus gantikan ECU pasti tidak sampai RM500 kos yang terpaksa saya keluarkan. Ermm
70 Comments
Ini mesti mekanik try and error. Menyelesaikan masalah berlandaskan pengalaman dan agakkan sahaja.
betul tuh bro
Saya dh bwa viva 9tahun…dri mula² sya ambil kreta…gear tu rasa macam auto..dia tarik dlu baru lajak…slepas abis loan (8+tahun)sya tukar lianing clutch..tengok dlm keadaan boleh pakai lagi..sya pasang lining clutch baru..harap² prkara tu akn selasai…tapi keadaan masih sama..masih macam auto..tarik n bunyi kuat dulu baru naik meter lajak..jadi apa kh yg harus saya repair lagi..
Ni no pon saya…012 2516 1972..
Tolong bantu saya..
Rasa tak puas hati benda jadiacam ni.
Saya beli kreta baru.
Quality tak memuaskan hati.
salam admin
apa masalah pada sensor meter kelajuan dan adakah ia perlu diagantikan dgn ecu yang baru?
sebab meter kelajuan saya tdk berfungsi serta mileage digital saya jua turut sama melainkan hanya rpm meter saja yg bertindak sempurna setiap kali saya memandu…
sama jugak lampu sensor indicator pun kekadangnya menyala dan pandai kembali normal…..
lampu indikator kalau menyala lebih baik pergi kedai tgk kerana ianya ada kaitan dengan engin. meter x jalan takut ada masalah pada wiring atau wayar meter itu. nasihat saya, segera ke bengkel kereta
Salam..admin..nak tanya..says pun ada masalah yg sama dgn kereta viva sy ni,dh 3 kedai sy pegi repair keta ni..still lampu check enjin menyala..pomen cakap sensor..dh tukar sensor still menyala..dh repair bermacam2 still menyala..pomen tu ckp lg kemungkinan wiring masalah..tp dia tk pasti..jadi saya kurang yakin la..tk kn sy perlu bayar wiring lg..andai masalah utama tk sattle..sy dh binggung jadinya..dgn masalah “check enjin” menyala..apakah sebabkn utamanya..ada kah sama jg dgn admin?? Keta saya viva 850 thn 2012. Harap admin blh membantu..tq
viva kamu baru atau second hand.
1. engin hilang kuasa x? kalau xda, maka baguslah
2. kos wiring memang mahal
3. sensor memang digunakan untuk kesan masalah engin, kalau selepas tukar dan masih menyala, YA memang ada masalah berkaitan engin dan kawasan yang terlibat.
Kalau ada bajet, saya lebih suka suggest pergi perodua minta diorang diagnos masalah tersebut
Nk tanya, masa memandu kereta ok, tp masa berhenti ditrafic light je misti enjin mati, tp 2 masa buka acon la,, skg x bukak acon pn enjin kereta viva 1000 (a) mati jugak, dah naik pening ni, mcm2 tempat g pn sama jugak’
masalah tetap sawa jugak.
Viva 850 sy dr 2012. Masalahnya skrg, klu kereta sy sdg stop, di trafik light contohnya, enjin kreta sy pndai mati. Tp, itu pun kalau aircond sdg berpasang. Klu aircond bertutup, x masalah. Kadang sy kena tekan minyak sikit supaya enjin x mati. Rasa2 admin la, apa prob kereta sy ya? Buat pengetahuan, indicator enjin mcm yg admin paparkan di atas tu akan menyala kdg2 shj…tq
Saya baru kena macam ni,, rupanya gasket head leaking sampai meleleh minyak enjin,.
da buat top overhaul tapi masih tak boleh start, tukar sensor pulak..
Masalah bro kemungkinan besar dtg dari motor blower yg trlah short coil atau kommutator nya… satu di dlm condenser aircon… satu ialah motor radiator… hantar masuk SC mereka tak tau masalah apa… hantar mekanik di luar pon mereka tak tau punca nya….last2 motor blower mati sendri… lepas tukar motor baru … masalah hilang terus.
mekanik selalu terabai masalah punca gitu…. saya settle masalah ni cara diy
Salam Admin,
Nak tanya, apa masalah viva saya mati engine semasa dalam perjalanan. Tapi indicator lambang engine tak menyala.
Harap Admin boleh bagi pencerahan.
Terima Kasih.
kepala battery longgar kot. cuba bwk gi bengkel suruh pomen ketatkan kepala battery.
salam admin,
saya nk tanya ,lampu enjin viva sya menyala bila bawa dalam 10 minit ke 15minit …lepas tutup enjin strat balik hilang..bawa dalam 10 minit ke atas baru nyala balik..wiring ,sensor , dah tukar,soket pun dah tukar.
adakah ECU saye problem..keta viva sye 1.0 tahun 2008
salam alin,
saya pn mengalami masalah sama. dah repair ke? apa masalahnya ye?
baru2 ni aku pon kena kes mcm tu..time bawa dlm 10minit.lambang enjin menyala..bawa kete slow pandai mati pulak..reverse lagi la..bwa bengkel habis benda kena tukar still juga benda sama terjadi..last2 wayar dkt soket plug enjin je da putus..kalau la aku perasan awal2..kos solotape je aku bayar..hampehh
Salam..boleh saya tahu dkt mana nak daptkn “soket plug enjin” kereta sy lampu enjin menyala hntr bangkel abam pomen bgthu kena tukar satu set dia..boleh call saya 012-9188545.tq
cuba check dlm fb ada 1 company nama TRIMAS klu x silap,juai soket elektronik kenderaan.
Salam admin. Sy pngguna viva 660, sblum kreta sy x brfungsi spnuhnya, trdpt tanda2 yg jlas smasa memandu iaitu “jerking”, setelah sy x endahkn prk trsbt, kreta sy lansung x hidup. Abg mekanik kata gasket dah putus, jd mrk suggest utk top overhaul n sama skli x putus, setelah d pasang semula, n mrk cuba utk hidupkn njin kreta sy, namun x hidup hny cranking sahaja. Cek minyak dr injctr ada, firing dr coil n plug pun ada, marking timing pun dah carikan balik. Ada kah ini berpunca drp ecu kreta sy yg tlah block? Mohon pencerah pliss :'(
Kereta sy pun alami yg sama, sebelum x boleh hidup langsung, bila cabut kepala bateri, biar reset semua, baru boleh hidup, tapi x lama, dallam 3min check engine menyala semula dah engine mati.. kereta tuan dah dapat punca x?
salam..nak tanya mengenai meter baru myvi keluar simbol spanar..kenapa ye
Kereta myvi saya pun keluar simbol yang sama. Kenapa ye?
Salam bro…saya ada masalah yang sama macam cerita dalam blog ni. Viva 850 saya baru 4 tahun guna, start sengut2. Masalah saya 2 piston tak bergerak. Sekarang dah 2 minggu hantart bengkel pomen xbuat apa2 lagi dia suruh saya try ECU yang sama dgn viva yang sama model. Masalah nya agak sukar nk menahan kereta orang dah mcam nak merompak. Kalau nk beli ECU pulak takut belum tentu problem dia. Tapi cerita dia sebijik cm cerita Encik….. Minta pandangan sikit…….
ni saya bagi pandangan saya yer. Saya habis nak deka RM1500 untuk betulkan masalah itu. Tukar cable la, tukar sensor lah. LAst last masalah sebenar adalah ECU. Kamu hantar kedai mana. Kalau boleh beri nasihat, sila tukar ECU. Kalau boleh bawa ke PERODUA terus. Mereka ada ECU. Mereka boleh cuba test ECU dulu. Kalau mereka test ECU dan masalah selesai, maka ECU lah puncanya dan kena tukar
salam..viva850 saya punya ni problm nya x bolh nk masuk gear mcam klac x cngkam flywhl.trpksalah turunkn gear box.check2 klac apa sume ok.gear x msuk.tp tme enjin mati suma gear dpt msuk.pd pndpt bro mybe ecu ke?benda ni jd selepas tukar radiator
bab yg ni saya agak konfius sikit Md Yoe, kena pi hantar bengkel lah.. 🙂
Salam tuan,
Boleh saya tahu, dimana lokasi ecu dipasang pada bahagian kereta? dalam engine bay atau dimana?
bro nk tnye sket.. sy pkai viva 660 ni, agak2 bleh sampai x jln johor ke kelantan? stakat ni enjin ok lg.. first kalu dh jln jauh ni agak2 bhagian ape yg sy kne perhatikan tentang enjin smasa jln jauh. almaklum la bru gne kreta ni nk balik kg. nk prepare siap2 pe yg perlu je.. tq admin
jaga air. sepanjang pengalaman guna viva, mmg viva terbaik. yg penting jaga servis.
Assalamualaikum, dr pengalaman yg sy ada, kebanyakan masalah enjin viva adalah drpd wire negatif yg terdapat disebelah kiri bateri yg bersambung dengan braket pada bahagian tengah enjin… Kat situ ada 4 wire negatif yg mana semua menyambungkan sensor2 utama enjin seperti trothle sensor n etc… Kebiasaan bila lampu “chek engine” menyala, salah satu wire negatif tersebut terputus, klu lihat dengan mata kasar memang x nampak putus, tp bila digoyang2 pada wire tersebut, akan ada wire yg lembut, seperti tembaga kat dlm wire tu patah… So penyelesaian nya, buka wire yg rosak kemudian sambung balik pada braket pengikat skru saiz 10 yg dibuka td, semasa buat kerja2 penyambungan, lebih elok buka kepala bateri terminal negatif bg tujuan keselamatan dan me ” reset” kan ECU… Selepas siap, balut guna wire tape n start enjin, insyaALLAH selesai masalah tu… Sy sendiri dah 4 hingga 5 kali kena masalah ni… Alhamdulillah semua selesai dengan DIY je…
wayarnya dekat mana ya.
wayar dalam kawasan engin kereta
hi,assalam..viva sy masalah mcm ni box yg dekat wire battery negatif tu pnh berasap mase sy try msk battery s60..da lmpu kt miter semua tak on..lps tu msk semula battry asal s40 bru ok..tpi tak hidup jgk..apa msalah nya.
Slm bro sya guna viva 860 ..chek injin menyala dan jarum meter menunjukn sampai nobor 3…apa masalah
Dah selesai ke mslhnya
Assalamualaikum. . Harini sy baru ingin mengambil sbuah viva 850 mnual. . Takut pulak bila dengar masalah2 y d hdpi. . Sy beli second car je. . Masih student. . Berbaloi x. . Sbb sblum ni pkai saga lmst bole tahan lah minyak nya
Maafkan sy.. cuma nak tegur sikit je.. mmg 3 piston .. tp bile pomen ckp enjin jln 2 piston bukan bermaksud 2 piston jln dan 1 lg x gerak.. sebenarnye piston semua bergerak sbb diikat pd crankshaft.. cume sistem pd piston ke 3 tu ade masalah .. mungkin minyak xde.. api xde.. ring out.. plug problem.. cable problem.. piston tetap gerak turun naik tapi xde pembakaran yg berlaku .. sbb tu pomen akan cek mcm2.. tp kete sekarang ni banyak pakai elektronik yg dicontrol oleh ecu.. so kalau check engine light menyala, carilah kedai yg ade alat utk scan ecu tu… Baru la senang jumpa masalah… Mcm doktor jugak… Ade alat mcm3 utk cek penyakit.. lau g kat doktor yg xde alat , dia pon susah nak comfirmkan awak sakit ape kan… Maaflah.. sekadar menegur..
Baru ni kereta viva sy adalah masalah lampu engin menyala dan pergi ke kedai yg ada servis ecu..check saja rm50. Mmg bila diagnosis alat tu kata ada masalah kat engin dan cuba tukar alat tu..
tapi tukar baru pun tak sampai drive 20 minit lampu engin tu timbul semula.
Last last dia suruh pergi check kat Perodua.. nasib baik dia refund balik harga barang yg ditukar tu.
Nak cerita ada kedai yg ada alat diagnosis ecu pun kena tgok juga..byk yg main agak agak je.. try an error.
Day 5 then check engine nyala to see paper pon masalah smpai skarang..dah try tukar sensor tp kejap je ilang pastu nyala balik.haha Pomen pon serender xtau nak buat mcm mana..tp smpai skarang keta masih OK
salam nak tanya..saya baru tukar timing belt viva 1.0, kemudian aku gunakan viva tu ke satu destinasi jauh..bila cek ada leaking kawasan timing belt, balik rumah tbuka cek,.buka cover balik..masalah nya saya tak jumpa kesan leaking tersebut..walahal leaking memang ada, cuma tak dapat kesan dari arah mana, oil seal pun steady , apa masalah ya
pasal leaking ni takut kaitan dengan engin bro, bab leaking ni jgn ambil mudah lagi lagi berkaitan dan dekat dengan engin, pergi bengkel cepat bro
Viva saya fius yg dalam dashboard putus. Ada tulis Fius enjin. Dan enjin boleh start tapi tak boleh hidup. Apabila tukar fius enjin tu. Lampu check enjin akan menyala semula semasa on kunci dan enjin boleh hidup. tetapi jalan dalam 1 km fius tadi putus semula dan enjin mati. Apa maksud fius enjin tu.
Saya takut ada “short” jer bro. Saya takut nanti ada kaitan dengan plug yg hitam, baik bawa bengkel cepat
ada duit syiling dalam radio, shock radio boleh juger jadi macam tu
salam boss, sy guna viva manual 850, ade masalah enjin tiba2 terhenti,bila jalan jauh skit mesti mati dengan sendiri. sebelum ni pernah terjadi raya lepas.pomen cakap fuel pump.than da tukar fuel pump tu.kos rm4**. smalam pulak terjadi semula masalah tu.setelah 3bulan tukar fuelpam.takkan la nk tukar fuelpump lg.mohon admin atau sesape buleh rekemen nk buat ape?
Salam admin nak minta pendapat sikit tentang masalah kereta viva 1.0 manual. Masalah sama seperti cerita admin. Tatapi sya punya lagi teruk. Lepas pedal minyak, engine bergegar dan terus mati.RPM pun turun naik turun lepastu bergegar terus mati engine. Nak Tanya Admin apa sebenarnya masalah yang seperti ini.
Rasanya macam ada kaitan injection minyak atau throttle body, kena bawak check ke bengkel bro, kang rosak benda lain lagi banyak kos
lampu chck enjin menyala bagi viva aku ,,dah scan rupa nya camshaft sensor error,,so kena tukar,,kembali normal dah skrg
yep, dia ada kaitan dengan sensor, nak cakap mana rosak susah, cumanya kena bawak bengkel, bila ada check engin menyala, mereka akan tahu di kawasan mana nak tgk
Masala viva saya baru beli2nd .engine begegar pada gear free..
Dan idling dalam 1100
Mcm mana nak settlekan si viva ni?
Saya hairan macam mana 2 piston bergerak dan 1 lagi diam tidak bergerak. Ini tak mungkin sebab ketiga-tiga piston tersebut berpaut pada aci engkol (crankshaft). Selagi enjin hidup, aci engkol akan terus bergerak serta menggerakkan ketiga-tiga piston tersebut mengikut timbang masa masing-masing. Kecualilah kalau connecting rod piston patah atau con rod bearing terlepas, tapi ini membawa kesan yang amat serius. Biasanya kaki piston yang terlepas dari aci engkol boleh menghentak ke dinding blok. Hentakan ini boleh memecahkan dinding blok.
Kalau penyalaan pada satu sparkplug tidak berfungsi itu boleh jadi. Campuran minyak dan udara tidak terbakar dalam silinder berkenaan. Kereta tiada pickup sebab kereta bergerak hanya dengan dua silinder. Kenapa sparkplug tidak berfungsi adalah disebabkan sparkplug itu rosak atau ignition rosak dan akhir sekali chips pada ecu bermasalah.
Pembetulan, semua info di atas adalah benar KECUALI akan isu piston x bergerak. Saya tersalah faham. Piston kesemua bergerak cumanya tiada api pembakaran di salah satu piston menyebabkan kehilangan kuasa dari satu piston
Alkisahnya lampu enjin menyala… Tak sempat hntr bengkel kereta terus x boleh start. Lastly towing pergi perodua. Agak2 berapa kos repair ye?
Selamat tengahari,
Saya pengguna perodua viva 1.0. Selepas menukar clutc dan drive shaft,enjin telah dipasang semula pada kenderaan. Konektor semua dah di sambung,dan try nak hidupkan enjin..tapi enjin tak hidup. Petrol penuh. Dah puas cari punca tapi tak jumpa juga.
Mohon bantuan info,apakah puncanya viva 1.0 saya tu tak nak hidup.
Maaf steve, saya tidak tahu berkenaan ini
Saya pengguna viva 850cc tahun 2008.. masuk tahun 2017 ni jadi 9 tahun umur kereta viva tu.. kereta ni sebenarnya milik isteri saya.. saya baru pakai dalam 6 bulan, awal tahun 2017 haritu kereta meragam lampu enjin menyala.. minyak hitam cepat habis.. asap putih berkepul kepul.. jadi hantar la ke bengkel untuk repair.. mekanik cakap kena overhaul, jadi overhaul la.. selepas sebulan, masalah yang sama jadi lagi lampu enjin menyala.. pergi bengkel semula, mekanik yang sama tukar piston pulak.. lepas sebulan jadi lagi, lampu enjin menyala, akibat fedap dengan mekanik, saya berpindah bengkel.. dan repair dan tidak lagi meragam lampu enjin menyala.. selepas seminggu lagi, lampu enjin pun menyala lagi.. mana tak stressnya, banyak kali jadi.. jadi saya bawa ke mekanik lain pulak.. apa yang dibuatnya, mekanik tu godek-godek ecu, cabut wire negative battery dan tunggu 15minit, lepas 15 minit, mekanik tu sambung balik.. alhamdulillah elok terus.. lepas tu malam tadi jadi lagi, lampu enjin menyala.. jadi sesampainya dirumah, saya pun cuba la nak godek godek ecu.. tapi tak pandai bukak kotak ecu, so saya just cabut wire negative battery, tunggu 15 minit, dan sambung semula.. alhamdulillah lampu enjin tak menyala lagi… jadi dari pemerhatian dan pemanduan saya sendiri dengan kereta viva isteri saya ni.. kereta viva ni manja sedikit, kena bawak hati hati, tak nak bergoyang teruk macam 4×4 hehe.. akibat dari kesalahan saya jugak sebab bawak kereta secara kasar.. moral of the story, kena perbaiki pemanduan kereta, dan kerap service kenderaan anda.. mungkin ecu viva ni longgar ke? Sapa-sapa boleh explain pasal ecu viva ni? Die memang sensitif ka…
saya dulu memang kena pasal ECU ni, masa saya suruh mereka buat pun mereka abaikan ecu ni pada awalnya, last sekali bila tukar ecu setel masalah
salam sy nak tanya, sy guna viva 1.0 auto, selepas tukar timing belt, tuning kereta jd tak betul, bila start engin mengaum, dan tuning jd tak betul, bila tgh drive, sy lepas paddle pun rpm masih tggi, ada kaitan dgn throttle body ke, atau wiring, lampu check engine tak menyala pulak,
pergi ja kedai tu balik tuan, maybe ada kaitan dengan tuning
salam.,sy nak tnya,kenapa ye bila sy on aircond tiba2 simbol paip kuning tu keluar,bila sy mtikan aircond lmbng tu hilang..agak2 kenapa ye?
salam..masalah kita sama…dah tahu ke apa masalah nya..boleh kongsikan
saya mahu tanya admin, manakah lebih baik antara overhall atau tukar head lain?sebab kereta saya mengalami kebocoran minyak enjin melalui head. kmudian coil plug jadi mati..ini kali ke tiga coil plug saya tukar.skrg ni kerreta saya rosak,enjin jadi 2 silinder dan keluar asap biru melalui ekzoz..mintak pendapat admin..
Asslam
Viva saya 1.0cc… auto… dah berusia 10 tahun. Baru2 ni wiper motor rosak. Bila ganti wiper motot jalan 2..3 hari.. fius wiper putus… bila cabut cable pada wiper motor, letak fius baru.. on kunci je fius putus lagi. mgkin ada litar pintas.. agak3 dimana yg terjadi litar pintas>?
Salam semua. saya pkai viva auto 1.0.. masalah skg, enjin kdg2 mati.. tapi boleh start balik.. kebiasaan nya terjadi bila mahu reverse (R). . enjin tiba2 mati.. apa punca nya nye? throttle body n plug sudah service. alternator baru tukar… Dan lg 1, simbol check engine timbul.. tq admin..
saya pun viva auto 1.0,,baru terkena macam ni, tapi saya bawa jugak, last2 dalam seminggu kereta tak boleh start langsung,. bawak g bengkel tgk gear head bocor dan minyak enjin dah keluar meleleh… repair tapi masih tak boleh start .. skrg pomen cuba tukar sensor..
Salam boss kereta viva auto saya pun mengalami masalah sama.. Boss dah finding kew masalah sebenar
punca fius ecu putus apa mslah?
Boleh tumpang bertanya, berapa harga baru wiring baru tu?
asalammualaikum..saya pakai produa viva..saya nak tanya sebab apa bila kita pandu masa kita tngah drive masa nak tukar gear atau berhenti..saya dah tak tekan minyak tapi rpm saya tinggi lambat turun…masa drive je..kalau masa parking tekan minyak ok je..xda masalah..cuma masa tngah drive tu…dah lepas minyak tpi rpm masih tinggi lambat turun..apa masalah dia..
Apa masalah kereta viva 850 kalau on lampu waktu malam sekali dengan buka aicond, rpm terus turun naik, enjin tak stabil, airkone tak sejuk dan jalan tersentak2?