The Best Keyword Research Tools – Sebagai blogger yang serius di dalam dunia blogging dan sangat menitik beratkan kepentingan dan peranan SEO, saya pasti anda paling tidak pasti akan menggunakan Keyword Research Tools dari Google iaitu Google Keyword Planner bukan. Saya sendiri sejak dulu lagi menggunakan servis dari Google ini apabila berkenginan untuk mengkaji kata kunci keyword tertentu. Dari data yang diberikan, kita akan mampu membuat perbandingan dan analisa samada kata kunci keyword tersebut berbaloi untuk digunakan untuk tujuan tertentu.
Kenapa ada sebahagian blogger memang mahu menggunakan Keyword Research Tools ini? Ianya sebenarnya sangat bergantung kepada tujuan ianya digunakan. Bukan selalu Google Keyword Planner ini digunakan. Ianya sering digunakan untuk tujuan membina Niche Website, Optimize artikel, CPC Adsense, tingkatkan trafik blog, kaji keyword dan sebagainya. Dan buat masa ini, Keyword Research Tools yang terbaik dan percuma memang adalah dari Google sendiri iaitu Google Keyword Planner.
Keyword Research Tools Review Untuk Long Tail Platinum
TAPI, tahukah anda, diluar sana ada menyediakan Keyword Research Tools yang berbayar dan menjalankan fungsi kajian keyword yang lebih baik dan terperinci. Mesti ada yang akan bertanya, kalau sudah ada yang percuma kenapa perlu dapatkan yang berbayar bukan? Saya setuju dengan anda, akan tetapi ianya berbalik semula kepada tujuan anda itu sendiri. Dan sudah pasti yang berbayar selalunya pasti menawarkan sesuatu “Yang Lebih” berbanding yang percuma bukan. Saya ingin berkongsi dengan anda akan tools kaji kata kunci yang terbaik pada pandangan saya.
Jika anda berkemampuan dan mempunyai bajet yang lebih, buat anda yang suka melakukan keyword research, adalah baik jika anda boleh mendapatkan software keyword research standalone dari Long Tail Pro. Saya sendiri sudah menggunakannya. Saya bercakap dari pengalaman sendiri mengunakannya. Walaupun saya jarang mengunakan Long Tail Pro ini, tetapi ianya sangat berguna disaat saya mahu menggunakannya untuk keyword research.
Fungsi Keyword Research Tools dari Long Tail Pro adalah sama dengan apa yang ada didalam Google Keyword Planner. Ini kerana data yang terpapar di Long Tail Pro memang diambil dari Google Keyword Planner.
>>> Long Tail Pro = Google Keyword Planner + MOZ <<<
Kelebihan Long Tail Pro adalah data yang dihasilkan diambil dari dua sumber iaitu dari Google Keyword Planner dan juga dari MOZ. Kalau anda tahu akan “MOZ” ini, anda akan setuju dengan saya yang MOZ memang hebat kerana MOZ memang sebuah website yang mengumpul data, membuat kajian tentang trend keyword ini. Data dari MOZ sendiri adalah terpercaya dan tepat hinggakan dijadikan rujukan yang mempunyai kredibiliti yang terbaik.
Long Tail Pro didatangkan dengan dua versi iaitu “Pro” dan juga “Platinum”. Saya menyarankan anda untuk mendapatkan versi “Platinum”. Long Tail Platinum membawakan satu fungsi yang sangat menarik dan TERBAIK iaitu yang dinamakan dengan “Keyword Competiton (KC)”.
Video Long Tail Platinum Membuat Kajian Keyword Tentang “Tudung”
Katalah anda sedang buat carian kata kunci tentang “Tudung” (lihat video diatas). Dan hasil menunjukkan Keyword Competition atau KC bernilai (0-100) ### lagi rendah KC adalah lagi baik
1. Antara senarai keyword yang dipaparkan adalah – Tudung, tudung syria, tudung online, malay tudung, inner tudung, tudung pearl, tudung shawl, butik tudung dan sebagainya termasuk nilai “Avg KC”
Di nasihatkan anda untuk menggunakan keyword yang memberikan nilai Keyword Competition (KC) yang bernilai 30 dan kebawah. Nilai KC yang rendah dari 30 menunjukkan keyword tersebut boleh anda gunakan dan mudah pula untuk anda “ranking” akan keyword tersebut kerana kurangnya persaingan. Jadi disinilah letaknya kenapa Long Tail Platinum ini sangat hebat dan boleh membantu bagi anda yang memang rajin mambuat kajian keyword yang boleh anda ranking dengan baik dan seterusnya membantu anda meningkatkan trafik yang masuk ke dalam blog anda.
Website Untuk Membeli Keyword Research Tool
- NicheGenetics – keyword research tool jenis web base yang terbaik
- LongTailPro – keyword research tool jenis aplikasi yang terbaik
Jadi, kesimpulannya disini adalah, jika anda sedang mencari alternatif bagi Google Keyword Planner yang menawarkan fungsi yang tiada didalam Keyword Planner, maka saya menyarankan anda untuk mendapatkan Long Tail Platinum untuk membantu anda buat kajian keyword yang lebih tepat dan memudahkan kerja anda. Jom dapatkan Keyword Research Tools dari Long Tail Pro sekarang juga. Selamat berblogging.
5 Comments
Nampak menarik sekali,bookmark la dulu yer,mana tahu teringin guna pada masa akan datang
boleh boleh
wow! boleh tahan harganya tu. Tapi berbaloi-baloi kerana kajian keyword memang penting. Cuma rajin ngan tak cukup rajin je nak gunakan keyword planner ni untuk buat entri.
saya ni jenis kurang rajin, hehe
Berbaloi-baloi klo dapat guna software ni lagi2 kalo bergelumang dengan dunia seo