Salam kepada pembaca. Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Sudah hampir 3 bulan saya tidak menulis di sini. Semuanya kerana gara gara minat baru saya dalam dunia buat duit dengan blog melalui program affiliate untuk membina pendapatan pasif. Dan pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang kemaskini projek buat duit internet ini iaitu tentang “komisen Involve Asia April 2017”. Dan juga perkembangan terkini bagaimana projek buat duit dengan Involve Asia ini sebagai sebuah platform yang perlu anda ambil tahu sekiranya serius dengan buat duit melalui blog.
Tahukah anda, yang orang luar negara sudah biasa buat duit dengan blog melalui Amazon. Saya pasti anda sudah biasa mendengar tentang website online shopping popular iaitu Amazon. Dan ramai internet marketer dan juga blogger dari luar negara yang membina pendapatan pasif mereka bersama Amazon. Caranya adalah dengan mendaftar program affiliate Amazon. Tetapi kita di Malaysia tiada Amazon. Kita di Malaysia ada Lazada Malaysia. Jadi inilah dia peluang terbesar anda untuk membina pendapatan pasif jangka panjang.
Update Terkini Komisen Involve Asia April 2017
Ya kita tidak tahu sampai bila Lazada akan terus hidup. Persaingan akan membuatkan sesebuah perniagaan terus meningkat maju atau tutup kedai. Namun, dari pengamatan saya, Lazada Malaysia akan kekal menjadi sebuah website online shopping terbesar dan terbaik. Lazada Malaysia ini ibarat Amazon Malaysia. Kukuh, stabil, popular dan terus meningkat naik. Kalau orang luar negara ada peluang buat duit dengan Amazon, kita orang Malaysia ada peluang buat duit dengan Lazada. Caranya dengan mendaftar program affiliate Lazada.
Tetapi saya tidak sarankan anda terus daftar di Lazada semata mata. Bukan tidak boleh tetapi anda hanya akan fokus Lazada sahaja. Saya menjemput anda untuk mendaftar program affiliate Malaysia melalui Involve.Asia. Di website ini anda akan ada akses dan boleh promosi terus pelbagai website merchant Malaysia yang popular seperti Lazada, Zalora, Reebonz, Shoppu, Cameralah, Ezbuy dan pelbagai lagi website online shopping. Jadi anda akan ada peluang promosi pelbagai produk sekaligus dan boleh dapat komisen Involve Asia April 2017 macam saya.
Senarai Komisen Involve Asia Saya Setiap Bulan 2017
- Jan 2017 = RM56
- Feb 2017 = RM80
- Mac 2017 = RM215
- April 2017 = RM265
Untuk pengetahuan anda. Saya telah pun dengan serius memulakan projek buat duit dengan Lazada melalui Involve.Asia ini pada bulan Jan 2017. Di atas ini saya senaraikan komisen Involve Asia saya yang saya terima setiap bulan termasuk hasil komisen Involve Asia April 2017. Apa yang anda nampak? Saya sedang berusaha memastikan pendapatan bulanan saya dari bulan ke bulan akan terus meningkat naik. Saya tidak tetapkan berapa komisen Involve Asia yang saya mahukan. Bagi saya cukuplah kalau komisen Involve Asia yang saya terima melebihi apa yang saya terima berbanding dari bulan lepas. Ada peningkatan, ada kemajuan. Menarik bukan? Saya pasti anda pun berminat.
13 Comments
untungnya, masyuk rm ni
bestkan, jom join
Bro semakin hebat buat duit dari blog..
Sekarang saya tengah fokus buat duit guna affiliate FISH..
saya buat slow slow ja Hanafi. bro pun affiliate juga kan
HEBAT ,,,bukan usaha yang mudah sebenarnya… tapi semakin hari semakin banyak.. sudah tentunya ada penambahan faktor wow yang menguatkan sales..
saya cuba buat yang terbaik.
Macam mana dengan payment dia bro? Cepat tak masuk dalam akaun bank 😀
wah…menariknya..pasif income ni…tahniah..moga makin bertambah2..
terima kasih, sama sama
Ohhh boleh buat juga ni.. peningkatan tu ada bro.. teruskan meningkat dari bulan ke bulan.. Terbaiklahh.. Hehe
harap harap begitulah bro
Memang terbaik saya ada join affiliate nie…masih dlm 3 angka…
hehe, join cepat bro