Maaf, nampaknya saya agak terlewat pada kali ini untuk berkongsikan dengan anda akan status update perkembangan terkini berapakah jumlah komisen InvolveAsia yang saya berjaya jana dan dapat pada bulan Augus 2017 lalu. Kepada rakan rakan yang mengikuti blog ini mungkin perasan yang saya agak kurang aktif menulis sejak bulan lepas. Ini kerana saya telah menjumpai hobi buat duit baru yang memerlukan komitment yang lebih dari saya. Tetapi, blog ini tetap adalah blog utama dan menjadi penyumbang utama income online kepada saya yang saya akan terus usahakan. Jangan risau. Jadi bagaimana dengan komisen involve asia august 2017? Naik atau turun?
Macam yang saya tuliskan di awal tadi. Saya kurang ada masa. Jadi sudah tentu tidak ada perkembangan yang besar tentang perubahan income pendapatan yang saya perolehi dari program affiliate InvolveAsia. Namun, hasil dari usaha usaha sebelum ini telah menyebabkan saya berjaya mendapat hasil income yang agak konsisten. Iaitu setiap bulan tetap ada hasil walaupun saya tidak melakukan apa apa promosi terbaru. Inilah dia kelebihan buat duit dengan program affiliate di blog. Pendapatan yang terhasil adalah berbentuk pendapatan pasif.
Perkembangan Terkini Komisen Involve Asia August 2017
Ada orang tanya, macam mana kita boleh buat duit melalui blog dengan hanya promosi barang? Mereka tidak faham. Mereka cakap, kalau ada orang hendak beli barang, orang akan terus pergi ke website yang jual barang. Ada ker orang yang mahu beli barang tapi masuk blog kita dahulu? Itu cakap orang lah. Mereka tidak faham. Jadi mari saya jelaskan. Pembeli ada 2 jenis. Jenis pertama akan beli barang terus ke website yang dituju. Selalunya mereka sudah tahu hendak beli barang apa dan hendak cari di mana.
Tetapi bagaimana dengan pembeli jenis kedua? Mereka adalah dari pembeli yang ragu ragu hendak buat keputusan. Masih tidak tahu hendak pilih model, jenama, harga atau peralatan yang bagaimana. Mereka ini akan membuat carian di internet dan hendak baca mana mana review yang ada di blog yang menceritakan produk yang mereka ingin beli itu. Mereka akan masuk blog website dan baca. Jika review tersebut menarik, mereka akan setuju dan ikuti cadangan tersebut. Mereka akan klik “link affiliate” kita, lawat website tersebut dan beli barang tersebut. Anda pun dapat income. Begitulah ringkasan prosesnya.
Senarai Komisen Involve Asia Saya Setiap Bulan 2017
- Jan 2017 = RM56
- Feb 2017 = RM80
- Mac 2017 = RM215
- April 2017 = RM265
- Mei 2017 = RM148 – [ Komisen InvolveAsia Mei 2017 ]
- Jun 2017 – RM284 – [ Komisen InvolveAsia Jun 2017 ]
- July 2017 – RM127 – [ Komisen InvolveAsia July 2017 ]
- Sept 2017 – RM177
Jadi bagaimana saya dan anda boleh buat duit di internet dengan program affiliate InvolveAsia ini? Bagaimana saya berjaya dapat komisen? Macam cerita di atas tadilah. Saya buat macam itu sahaja. Tulis review produk. Mudah bukan. Berapa yang saya dapat bulan lepas? Lihat carta di atas. Komisen involve asia august 2017 yang saya berjaya dapat adalah sebanyak RM177.77 sahaja. Ada naik sedikit berbanding bulan sebelumnya. Alhamdulillah. Kalau anda mahu jana income pendapatan pasif sebegini, sila daftar sekarang melalui link di bawah ini. Selamat mencuba.
6 Comments
Yeah ada peningkatan! Tahniah 🙂
sama sama bro
tahniah bro..
saya tumpang gembira.
saya hampir melupuskan blog …2 domain tak renew..
saya ada kerja offline yang lumayan punya income tetapi belum terbuat lagi..
passion masih pada blog
teruskan berblogging la hanafi
Terbaik tuan.. makin meningkat komisen tu.. Semoga meningkat lagi pada bulan2 seterusnya 😉
aminnnn