Salam kepada pembaca. Sekarang sudah masuk bulan Julai dan saya berminat hendak berkongsikan dengan anda akan perkembangan terkini hasil komisen yang saya terima pada bulan lepas iaitu bulan Jun dalam sebuah program affiliate yang bernama InvolveAsia. Dan saya ringkaskan ianya sebagai “komisen Involve Asia Jun 2017”. Bagaimanakah prestasi income yang saya terima pada bulan lepas. Apakah semakin naik atau semakin menurun. Sebenarnya saya ada target yang saya mahukan iaitu berjaya menjana komisen bulanan minima RM1000 sebulan dengan program affiliate dari InvolveAsia sebelum hujung tahun ini. Saya ada 6 bulan lagi untuk sasaran tersebut. Doakan saya.
Alhamdulillah saya setakat ini berjaya berkongsikan dengan anda akan perkembangan iaitu update komisen Involve Asia di blog ini setiap bulan. Tujuan bukan untuk menunjuk nunjuk. Tetapi memberikan gambaran perkembangan dan motivasi kepada anda yang baru hendak berjinak jinak dengan program affiliate InvolveAsia ini. Semua orang ada cara mereka sendiri bagaimana untuk membuat pendapatan sampingan (side income) tersendiri. Cara saya pula, setakat ini lebih selesa untuk buat duit online menggunakan blog melalui program affiliate. Dan InvolveAsia adalah salah satu platform yang saya suka ketika ini.

Komisen Involve Asia Jun 2017
Sebenarnya pada bulan lepas iaitu Jun saya agak sibuk. Tidak banyak artikel untuk promosi produk, alat dan barangan di dalam blog yang boleh saya tulis. Saya buat yang mana saya mampu sahaja. Maklumlah hendak raya. Kena beli itu dan ini untuk persediaan hari raya. Kena balik kampung jauh dan sebagainya. Jadi memang banyak masa tidak dapat saya luangkan untuk berblogging. Dan insyallah pada bulan ini, saya cuba konsisten kembali. Doakan saya. Jadi bagaimana dengan perkembangan pendapatan komisen Involve Asia Jun 2017 ini. Masih baguskah?
Senarai Komisen Involve Asia Saya Setiap Bulan 2017
- Jan 2017 = RM56
- Feb 2017 = RM80
- Mac 2017 = RM215
- April 2017 = RM265
- Mei 2017 = RM148 – [ Komisen InvolveAsia Mei 2017 ]
- Jun 2017 – RM284
Jika anda lihat statistik di atas, apa yang anda nampak? Komisen Involve Asia Jun 2017 yang saya terima pada bulan Jun 2017 adalah sebanyak RM284. Ianya adalah yang paling tinggi setakat ini. Sebenarnya pada awal bulan Mei 2017, berlaku kejatuhan trafik yang sangat ketara kepada semua blog saya. Kejatuhan trafik lebih dari 50% telah membuatkan pelawat pembaca berkurangan, jumlah klik menjadi sangat rendah dan mengurangkan potensi income yang dijangka. Tetapi tidak mengapa, jangan mengeluh, terus konsisten mempromosikan produk affiliate. Saya pasti boleh berjaya suatu hari nanti. Bagaimana dengan anda? Sudah mula buat duit internet dengan affiliate?
11 Comments
Tahniah!! Saya dah setahun lebih daftar tapi tan pernah promote dan tiadalah komisen, boleh share mcmana tuan buat untuk dapatkan komisen tu?
senang ja ajumohit, dalam tu kan ada mcm mcm website, pilih ja website mana mana dan buat review website tu ada jual produk apa dan letakkan link affiliate
Tahniah beb.
Maintain dapat aje.
harap harap berterusan lah bro
Fuh konsisten dapat income dari Involve Asia! Terbaik la
thanks Sabree, hang pun boleh
alhamdulillah
Wah bestnya, saya pun tak dapat komisen lagi dari involve asia ni. Nak ken a cuba jaya lah
boleh cuba dan mulakan dari sekarang
Wahhh tahniah! Saya pun minat la nak buat ni… Nak kena belajar..
jom Wan Syahida