Sebelum anda ingin menjual dan menjadi peniaga secara online di Facebook, adalah lebih baik untuk anda mengetahui akan asas Menjual Produk Di Facebook dahulu. Ini penting untuk diketahui kerana ramai yang cuba menjual produk tetapi gagal kerana ada beberapa faktor yang kurang diambil tahu atau tidak tahu akan sesetengah perkara itu. Kalaupun anda tidak begitu pandai di dalam bisnes online, saya mensarankan anda untuk mengetahui perkara asas yang bagi saya cukup untuk membuka mata anda. Yang mana kalau anda gagal selepas ini, anda boleh membuat rujukan kembali dan menilai mana langkah yang tidak anda lakukan sebelum ini untuk Menjual Produk Di Facebook.
Strategi Menjual Produk Di Facebook
Saya akan cuba meringkaskan akan seringkas yang mungkin agar anda yang masih baru akan mudah memahaminya walaupun pada dasar kebiasannya teori dan praktikal itu ada sedikit berbeza apabila hendak mula diterjemahkan. Untuk Menjual Produk Di Facebook ada 3 perkara utama yang perlu anda ambil tahu iaitu Produk, Kedai Jualan (Fanpage) Dan Pengiklanan (Facebook Ads). 3 benda yang wajib anda ketahui ini adalah teknik asas untuk berjaya membuat jualan di Facebook. Fahami betul betul akan 3 point yang saya berikan ini.
Produk
Adakah anda mempunyai masalah untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jual? Tidak tahu hendak jual apa. Begini, sebenarnya anda tidak perlu risau akan masalah sebegini. Ramai penjual di Facebook hanya menjual produk orang lain sahaja. Konsep perniagaan sebegini atau disebut sebagai “dropship” adalah sangat popular kini. Anda cari sahaja produk yang anda berminat dan kemudian menjualnya di Facebook. Masuk “group” group jualan di Facebook dan lihat banyak produk disana untuk anda mendapatkan idea akan produk yang sesuai untuk anda niagakan.
Facebook Fanpage
Anda sudah ada produk tetapi malang kalau anda tiada kedai. Anda memerlukan kedai online dari Facebook yang bernama “Fanpage“. Ianya ibarat kedai maya yang akan menyebabkan pelanggan singgah dikedai anda, melihat tawaran produk yang anda berikan dan seterusnya membuat pembelian jika berminat. Ini wajib di lakukan. Saya harap anda tahu bagaimana hendak membina sebuah fanpage. Kalau tidak tahu sila cari maklumat di internet. Ada banyak cara. Selepas siap fanpage, sila letakkan banner atau header yang sangat menarik untuk meningkatkan kepercayaan dan kualiti kedai online anda. Bak kata orang, pandangan pertama yang positif ini sangat memainkan peranan penting.
Kalau anda perhatikan “fanpage”. Fanpage memerlukan “LIKE” atau jumlah pengguna Facebook yang menyertai fanpage anda. Fanpage anda yang masih baru mempunyai “ZERO” like. Jadi anda memerlukan pelanggan untuk like. Ini perlu kerana apabila anda mengupload produk baru ke dalam fanpage anda, yang like fanpage anda akan tahu anda telah memuat naik produk baru dan mereka akan berminat untuk melihat produk anda. Lagi tinggi like maka lagi tinggi potensi akan ada pembeli yang akan membeli produk yang anda iklankan di fanpage anda. Jadi bagaimana untuk meningkatkan like?
Facebook Ads
Facebook Ads adalah salah atu cara TERBAIK meningkatkan like di fanpage anda. Untuk menggunakan servis ini, anda memerlukan kos atau wang untuk menggunakannya. Hanya kad debit dan credit card dibenarkan untuk transaksi ini. Saya akan jelaskan kenapa Facebook Ads ini SANGAT PENTING!
Untuk pengetahuan anda. Facebook Ads ini berfungsi begini. Anda pernah nampak iklan produk dari fanpage yang terpapar di wall anda dan juga di sidebar sebelah kanan Facebook anda? Pasti pernah bukan? Iklan sebegitu sebenarnya telah menggunakan perkhidmatan Facebook Ads untuk memaparkan fanpage dan produk mereka kepada anda.
Semasa anda menggunakan Facebooks Ads ini, anda akan di minta untuk setting negara, jantina, umur, lokasi, bangsa dan sebagainya. Jika produk anda berkenaan tudung, maka anda setting kepada Malaysia, umur 20-45, wanita, melayu dan sebagainya. Setting yang anda lakukan ini di Facebook Ads akan menyebabkan iklan anda akan terpapar kepada pengguna Facebook yang telah anda set tadi. Fanpage anda akan meningkat “LIKE” sedikit demi sedikit kerana anda mensasarkan kepada golongan yang betul dan tepat. Jelas?
Kesimpulan disini, anda sudah ada produk, mempunyai 1 Fanpage dan berjaya tingkatkan LIKE menggunakan Facebook Ads. Sekarang mungkin anda sudah ada minima 500 like. Maka setiap kali anda memuat naik produk saya pasti akan akan pembeli yang akan tertarik untuk membeli. Saya tidak katakan yang anda pasti mendapat jualan. Harap jangan salah faham. Ada pelbagai lagi faktor lain yang menyumbang kepada berjayanya anda Menjual Produk Di Facebook. Akan tetapi ini lah asas sebenar akan bagaimana untuk anda Menjual Produk Di Facebook. Harap anda dapat input disini dan selamat maju jaya.