Pernah tidak anda mengalami situasi Kad Pengenalan Hilang? Adakah disebabkan kecuaian anda sendiri? Apakah mykad anda hilang kerana kecurian. Yang pasti untuk keselamatan apabila kehilangan kad identiti haruslah membuat laporan polis segera yang mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku dikemudian hari. Dengan adanya laporan polis, apa apa kejadian yang berlaku selepas itu seperti kes salah guna kad pengenalan akan dapat dielakkan dari didakwa jika berlaku kes jenayah. Harap maklum. Tidak wajib tetapi digalakkan.
Sebelum ini saya pernah menghadapi kes Kad Pengenalan Hilang. Puas cari merata rata tempat. Bayangkan kad pengenalan mykad tidak pernah hilang sejak bertahun tetapi boleh hilang tanpa kita sedari. Mungkin kerana kecuaian kita sendiri yang kita tidak sedar. Buat pembaca, proses untuk memohon dan membuat kad pengenalan bagi menggantikan Kad Pengenalan Hilang akan dikenakan denda.
Denda Kad Pengenalan Hilang
Mengikut pengalaman saya, Kad Pengenalan Hilang bagi kali pertama akan dikenakan denda sebanyak RM100. Bagi kesalahan berulang yang sama pada kali kedua adalah RM200 dan begitulah seterusnya. Saya berasakan denda RM100 bagi menggantikan mykad yang hilang adalah tinggi. RM100 bukan satu jumlah yang kecil. Tetapi penjelasan dari badan Jabatan Pendaftaran Negara JPN, mengatakan jumlah denda yang dikenakan itu adalah untuk mengingatkan kesalahan seperti kecuaian apabila Kad Pengenalan Hilang adalah suatu hal yang besar.
Ini kerana menurut rekod, setiap tahun Malaysia melalui JPN terpaksa membuat kad pengenalan baru (IC) sebanyak 500 ribu untuk kes kehilangan kad pengenalan. Dengan angka 500 ribu mykad hilang dilaporkan setahun, sudah tentu kes Kad Pengenalan Hilang ini sangat serius. Oleh itu denda RM100 dirasakan wajar. Saya sendiri setuju dengan nilai denda yang dikenakan ini kerana fakta yang diberikan sangat membimbangkan.
Berita dari Utusan Malaysia mengatakan yang kemungkinan Denda mykad Kad Pengenalan Hilang akan dinaikkan dari RM100 kepada RM500 .
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, denda tersebut yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi akan dikenakan terhadap individu yang kehilangan MyKad akibat kecuaian. Beliau berkata, tindakan tegas termasuk menaikkan kadar denda itu perlu kerana sehingga kini hampir setengah juta MyKad hilang setiap tahun di negara ini dan perkara itu amat membimbangkan. “Bagi kehilangan MyKad kali pertama yang disertakan laporan polis, ini kita kecualikan daripada sebarang bayaran atau jika berlaku kebakaran atau bencana alam juga kita kecualikan. “Namun bagi yang hilang akibat kecuaian, jika hilang kali pertama kita akan kenakan bayaran RM100 tetapi bagi kehilangan kali kedua kadar yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap individu tersebut hingga ke kadar RM500,” katanya dalam sidang akhbar – Sumber Utusan MalaysiaJika kerajaan selepas ini meluluskan usul untuk meningkatkan denda dari kes Kad Pengenalan Hilang kepada maksimum RM500, maka memang selayaknya kita dan orang ramai berhati hati dengan kad pengenalan kita. Mungkin ada yang mengatakan denda ini mahal dan tidak munasabah. Tetapi dengan rekod kehilangan kad pengenalan sebanyak 1/2 juta setiap tahun memang selayaknya kerajaan mengambil tindakkan tegas terhadap mana mana individu yang cuai. Harap maklum. Jagalah IC anda… 🙂
1 Comment
Kalau kene curi. Kad bank hilang pn rm10. Setakat angka memang xmunasabah langsung. Kalau org tu xde duit? Huhuhuhu (baru kene curik semalam) kali ke 4 kene curik.