Dua tiga hari lepas saya dan kawan keluar makan malam bersama. Sebelum itu kawan ada menyatakan yang beliau kurang sihat tetapi masih boleh keluar makan. Badan tetiba rasa tidak sedap sebelum hendak tiba waktu malam. Beliau sempat ke-klinik untuk mengambil ubat demam dan sebagainya sebagai langkah awal jika demam atau kesakitan semakin melarat. Saya pun keluar makan malam dengan beliau. Kelihatan dari luaran ok tetapi seperti agak lemah sedikit. Beliau berkata badan mula hendak rasa “demam” beberapa jam sebelum itu sedangkan pada waktu siang seharian sangat sangat cergas.
Selepas makan malam saya pun menghantar beliau pulang. Selepas itu dua hari kemudian dapat berita beliau dimasukkan kehospital KPJ Penang Specialist Hospital Healthcare di Bandar Perda Penang dan disyaki terkena jangkitan demam denggi. Selepas beberapa ketika beliau membalas mesej dan mengatakan yang beliau telah disahkan terkena jangkitan deman berpunca dari Influenza B. Serius saya tidak faham sangat akan nama nama penyakit ni. Sebab setahu saya Influenza ni ada bermacam macam jenis seperti Influenza A, B dan sebagainya. Bila buat carian diinternet nasib baik Influenza A dan B berbeza. Ini kerana Demam Virus Influenza A adalah (H1N1) sedangkan Influenza B bukan H1N1 dan tidak berjangkit.
Apa Itu Influenza dan Jenisnya (Types of Flu)
* Influenza Type A (Influenza A H1N1) is the most common and also the scariest of the three influenzas, causing the most serious epidemics in history.
* Influenza Type B flu outbreaks also can cause epidemics, but the disease it produces generally is milder than that caused by type A.
* Influenza Type C flu viruses, on the other hand, have never been connected with a large epidemic, usually just causing mild respiratory infections similar to the common cold.
Di bawah ini saya sediakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di KPJ Penang Specialist Hospital (KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR)
Berada di KPJ Penang Specialist Hospital
Pendapat peribadi saya tentang hospital ini secara kasar adalah baik terutamanya dari kaca mata seorang pelawat. Dengan suasana yang bersih, teratur dan juga profesionalisma memang saya beri pujian. Memandangkan ini hospital (swasta) adalah lebih baik di nasihatkan untuk pesakit mempunyai kad insuran peribadi seperti Prudential BSN Takaful untuk perlindungan yang lebih baik lagi lagi jika menerima apa apa musibah yang tidak dijangka. Ini dapat menyenangkan segala urusan proses pembayaran bil bil hospital.
Kemudahan di KPJ Health Care
Seperti gambar diatas, kemudahan yang disediakan adalah terbaik. Setiap bilik pesakit mempunyai bilik air tersendiri. Tidak perlu berjalan jauh untuk ke bilik air. Katil katil pesakit pula disusun agar menepati piawai hak hak privasi dan juga mempunyai TV LCD bagi menghilangkan rasa bosan oleh pesakit. Dari apa yang dapat dilihat, 3 katil pesakit diberikan 2 TV LCD yang diletakkan di dinding.
KPJ Healthcare Visiting Hours for Visitor (Inpatient):
- 11.30 am to 2.30 pm
- 5.00 pm to 9.30 pm
Kpj Penang Specialist Hospital Information:
- Address: 570 Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Penang
- Phone:04-548 6688
Harap kawan segera sembuh dan diharap sedikit sebanyak maklumat di dalam entry ini dapat memberikan sedikit maklumat tambahan kepada pelawat luar mahupun pesakit yang bakal kesana dengan info yang berguna. Sebelum itu hendak bertanya kepada kawan kawan. Adakah kad insuran (medical card) perlu bagi prospek masa kini dan apakah pro dan kontra antara hospital swasta dan juga kerajaan? Berikan pendapat anda. Ada sesiapa di sini pernah mengalami simptom simton influenza atau ada pengalaman masuk KPJ Penang Specialist Hospital?