Langkawi ada salah satu tempat perlancongan menarik yang ada di Malaysia. Ianya adalah sebuah salah satu zon bebas cukai yang terdapat di Malaysia. Termasuk didalam lingkungan negeri Kedah, kedatangan para pelancong ke Langkawi telah membawa pendapatan kepada warga setempat. Langkawi secara khusus adalah sebuah pulau dan atas sebab itulah namanya diberi sebagai Pulau langkawi. Untuk memasuki Langkawi hanya ada dua laluan samada laluan udara melalui kapal terbang dan juga laluan laut dengan menaiki feri.
Ferry Ticket Penang To Langkawi Malaysia
Untuk menaiki feri ada tiga laluan utama iaitu dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan juga Penang Port/Penang Jetty. Saya sendiri melancong ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Pulau Pinang. Boleh sahaja menaiki kapal terbang tetapi ianya terlalu sekejap oleh kerana jarak dari Penang ke Langkawi tidak terlalu jauh. Tetapi jika menaiki feri kita dapat menikmati permandangan sekitar semasa belayar dengan Feri itupun kalau ada yang tidak mabuk laut dan sanggup untuk bertahan selama 2 jan 45 minit.
Dibawah ini adalah maklumat ringkas tentang tambang/tiket/fare yang dikenakan jika menaiki feri dari Jeti Penang ke Langkawi. Kalau boleh sila membuat tempahan tiket pergi dan balik sekaligus dengan awal. Kebiasaannya penuh dan takut tiket balik habis maka kita terpaksa membelanja lebih dari sepatutnya untuk menempah hotel untuk bermalam keesokkan harinya hanya kerana tidak membuat perancangan dengan baik.
From Penang
Duration: Approximately 2 hours 45 minutes
Price: | |||
Type | Adult | Child (3-11 yrs) | Infant (Below 2yrs) |
One way | RM 60 | RM 45 | RM 25 |
Return | RM 115 | RM 85 | RM 50 |
Persediaan kebiasaan yang perlu semasa bercuti ke Langkawi Malaysia adalah tiket feri, kos sewa kereta (wajib) kerana adalah tidak logik untuk anda melawat ke semua tempat di Langkawi dengan berjalan kaki. Perlu diingat yang Langkawi adalah sebuah “PULAU”. Ini bermakna untuk melawat tempat tempat bersejarah dan menarik di “Pulau”, maka persediaan kos untuk menyewa kereta adalah perlu. Selepas itu salah satu benda wajib adalah menempah bilik penginapan hotel/Motel/Resort untuk beberapa hari.
Budget Hotel – AB Motel Cenang Beach Langkawi
AB Motel adalah salah satu hotel bajet yang baik. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Keadaan motel yang luas, bersih, cantik dan mengadap pantai cenang adalah salah satu pilihan yang baik. Secara jujurnya ianya salah satu budget hotel yang baik dan boleh diberikan saranan.
AB MOTEL LANGKAWI
Pantai Cenang, 07000 Langkawi
Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel: 604 955 1300/+6013 3209798
Fax: 604 955 1466/+604 9552300
Email: abmotel@hotmail.com
Rooms and rates:
Family Room RM 120 (2 Double beds, Ensuite toilets)
Triple: RM 100 (1 Double bed and 1 Single bed, Ensuite toilets)
Twin Sharing: RM 60 (2 Single beds, Ensuite toilets)
Langkawi Malaysia Travel Map
You can click on the picture below to see the bigger image
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini