Pendapatan Bulanan Blog – Selamat datang pembaca! Selepas ini saya akan mulakan laporan Pendapatan Bulanan Blog secara berkala untuk dikongsi dengan pembaca blog ini. Tujuan bukanlah hendak menunjuk nunjuk tetapi untuk memberikan semangat kepada blogger blogger baru dan blogger lama untuk mendapat idea akan bagaimana anda juga boleh mendapat duit secara online. Orang lain boleh, kenapa anda tidak bukan. Kepada yang baru sahaja membaca blog ini, saya sarankan anda membaca artikel tentang “Pat Flynn” dahulu untuk mendapat idea kenapa saya kongsikan akan kisah ini. Check it out it first my friend!.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tujuan saya membuat blog (blog ke-2) ini adalah untuk mendapatkan hasil pendapatan dari blog terutanya untuk pasaran market Malaysia. Dan yang kedua pula saya berminat untuk berkongsi idea, pendapat dan juga ilmu blogging dengan kawan kawan lain disambil minat yang mendalam didalam dunia blogging. Sedar tidak sedar sudah 3 tahun lebih saya didalam dunia blogging tetapi blog ini baru hanya berusia setahun jagung iaitu pada bulan 3 lepas.
Laporan Pendapatan Bulanan Blog April 2014
Hendak mendapat Pendapatan Bulanan Blog bukannya susah. Yang susah adalah bagaimana untuk saya dan anda untuk benar benar berjaya mendapat hasil duit dari berblogging. Saya pasti anda sebagai blogger yang sudah mencuba pelbagai cara untuk buat duit tetapi hasilnya tidak seberapa. Namun begitu TAHNIAH buat anda kerana tetap berjaya mendapat RINGGIT yang pertama buat anda. Ini maknanya anda bukan tidak berjaya tetapi tidak tahu akan bagaimana boleh anda meningkatkan lagi hasil dari program buat duit online yang anda sertai.
Untuk bulan april ini, walaupun belum penghujung bulan, dan komisen yang belum dibayar juga saya kira sekali sebagai maksud yang hasilnya adalah dari bulan April ini. Saya akan kongsikan dengan anda berapakah Pendapatan Bulanan Blog dibulan ini (April). Cukup kalau saya kategorikan yang hasil pendapatan blog saya adalah dari dua sumber iaitu Program Pengiklanan dan Program Affiliate. Berikut adalah pecahan pendapatan dari blog ini. Lihat dibawah
1. Program Pengiklanan – Saya telah berhasil mendapat pendapatan dengan blog melalui program pengiklanan sebanyak USD193 yang bersamaan dengan RM617
2. Program Affiliate – Seperti yang saya katakan tadi, saya bina blog ini bertujuan untuk buat duit online dari blog dan affiliate memainkan peranan yang besar didalam menyumbang Pendapatan Bulanan Blog ini. Secara kasar, jumlah kesemua komisen yang diterima dari affiliate untuk bulan ini adalah RM280
3. Program Affilate – Saya telah menerima komisen dari program Affiliate yang satu ini. Tetapi saya hanya mendapat tahu apabila bayaran dibuat secara online transfer melalui CIMB akaun. Masalah saya pada komisen produk ini adalah saya tidak tahu dari program affiliate manakah yang saya dapat. Kalau ada siapa yang tahu berdasarkan nama dibawah, boleh beritahu saya. Walaupun begitu, komisen affiliate (tanpa dapat dikesan produk) ini menyumbang pendapatan sebanyak RM260.
Inilah dua saluran Pendapatan Bulanan Blog yang saya terima didalam bulan April 2014 ini. Anda mungkin boleh membaca artikel artikel didalam blog ini akan bagaimana saya membuat duit dengan blog yang saya kongsikan. Memang tidak dapat dinafikan yang pengiklanan dan affiliate dua sumber yang memang boleh buat duit melalui blog. Dan untuk pengetahuan anda, saya baru sahaja dua hari lepas melancarkan blog baru yang berkonsepkan niche website yang bertujuan untuk trafik luar negara dan mendapatkan hasil dari blog dengan niche yang khusus. Doakan saya berjaya dengan program saya yang terbaru itu (pertama kali terlibat. Jom kita kira berapakah jumlah pendapatan yang saya terima untuk bulan April ini.
Pendapatan Bulanan Blog April 2014 = RM617 + RM280 + RM260 = RM1157
16 Comments
Perghhh.. RM1k kot bulan ni.. dah boleh tido lena.. hehe
Tahniah.. 🙂
hehe, terima kasih, tp saya nak target sampai RM3K sebulan baru best. Ada banyak lagi nak kena buat. Jom berblogging.. 🙂
kencang gak tu adsense sebulan..wohoo
Terbaiklah bro. Alhamdulillah. Maintain dan moga smpai target bro. Ambe pun ade impian camni bro..mohon tunjuk ajar dr bro…
Yg iklan tu adsense ke bro?
boleh, kita sama sama share ilmu
Tanniahlah dapat 1k. Bukan mudah untuk capai.
terima kasih akubiomed
Wow! Terbaik ah. Mohon habis bulan ni update balik artikel ni, baru best dapat tengok full month punya. Ianya sangat memberi inspirasi kepada mereka yang menceburi bidang ini.
Harap buat setiap bulan dan buat perbandingan sama ada naik atau turun. Jarang blogger Malaysia yang buat macam ni. Kebiasaanya orang luar yang buat macam ni.
Tahniah!
terima kasih sama sama, saya akan cuba buat secara berkala
pehh..rajinnya hang wat gini ehh.. 🙂
hang lagi rajin titan, sebulan berapa banyak kali update. hehhe.. 🙂
wah…hebat ni… 🙂
bro lagi hebat.. 🙂