Setuju atau tidak untuk saya katakan yang pendidikkan Islam di Malaysia sudah semakin matang? Kalau zaman dulu (sangat dulu dulu la) ramai jer artis yang pakai pakaian seksi, tetapi sekarang sudah ramai rasanya yang bertudung. Kalau dulu ramai fahaman agama Islam agak sempit dan boleh dikatakan ektrem tetapi sekarang sudah ramai yang terbuka dan sederhana. Maksud terbuka dan sederhana di sini adalah masih dilandasan Islam dan boleh menerima kepelbagaian perbezaan pendapat dan meraikannya.
Orang melayu kalau dulu, bila terdengar sahaja orang non muslim masuk Islam, pasti mahu mengetahui akan apakah nama Islam yang dipilih oleh mualaf tersebut. Tiba tiba terjadi suatu kes iaitu non muslim yang masuk Islam tidak mahu menukar nama. Yang pelik mereka mahu kekalkan nama asal mereka. Orang melayu jadi pelik. Saya sendiri berasa pelik. Lebih pelik mereka mendakwa dalam Islam tidak pernah menyuruh orang yang masuk Islam menukar nama asal mereka melainkan ianya membawa makna tidak baik. Sedangkan nama orang melayu pun bukannya nama Islam. Saya tersentak. Cuba memahami akan kes ini.
Apabila Lim Jooi Soon Bagi Kuliah Maghrib
Yang terjadi pada diri ini sebagai melayu dan juga umum melayu yang lain adalah kerana tidak faham dan ke tidak bukaan minda orang Islam di Malaysia untuk menerima pendapat yang lain. Bukan tidak mahu menerima perbezaan pendapat. Tetapi TIDAK BIASA. Apabila Islam mula berkembang, diskusi semakin banyak, para penceramah Ustaz semakin ramai yang membawakan dimensi Islam yang lebih baru. Maka lebih ramai orang Islam terutamanya ORANG MUDA mula menerima dan memahami Islam dari pelbagai sumber dan konteks.
Dan sejak itu, rasanya kes non muslim mahu kekal gunakan nama asal bukanlah suatu isu. Tetapi suatu fakta yang tidak boleh disangkal bahawa ramai orang Islam zaman nabi memang menggunakan nama asal mereka dan jangan pelik majoriti bukannya nama arab. Tidak ada kewajiban untuk menukar nama kepada nama arab atau Islam melainkan ianya bermaksud buruk. Kalau mahu menukar kepada nama arab atau lebih Islam maka ianya DIGALAKKAN. Itu sahaja yang perlu kita fahami.
Di dalam konteks Malaysia kini. Sudah ramai non muslim khususnya kaum cina mengekalkan nama asal mereka seperti Ustaz Lim Jooi Soon. Saya telah lama kenal beliau melalui medium internet ini. Beliau aktif memberikan kefahaman agama Islam kepada non muslim yang belum dan yang sudah masuk Islam.
Apabila beliau iaitu brother Lim Jooi Soon mahu memberikan ceramah dengan diletakkan banner “KULIAH MAGHRIB PERDANA”. Apakah reaksi orang Islam terutamanya MELAYU? Bagi saya yang kenal dengan beliau, ini adalah satu fenomena yang UNIK dan SANGAT BAIK bagi Malaysia. Tetapi bagi yang tidak mengenali beliau akan terus mengeluarkan cemuhan yang tidak baik kerana mengangka orang non muslim akan menyampaikan tazkirah agama. Ini salah.
Nasihat saya kepada rakan Islam saya iaitu MELAYU supaya anda tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman. Apakah anda berasa pelik jika ada ustaz dari kalangan orang cina? Anda pelik ada ustaz dengan nama Lim Jooi Soon? Sedarlah anda yang nama melayu anda itu juga majoriti bukan nama arab atau Islam. Itu nama melayu. Jadi jika Lim Jooi Soon menggunakan nama asal beliau untuk sampaikan Islam sedangkan beliau adalah Islam dan perbuatan beliau itu salah. Maka ustaz melayu kita pun salah sebab kebanyakkan nama mereka nama melayu dan bukan nama arab Islam. Anda sedar? Sudah faham?
Secara peribadi saya sokong non muslim untuk menggunakan nama asal mereka walaupun telah masuk Islam. Ini akan mengubah persepsi yang masuk Islam bukan masuk menjadi Melayu. Mereka non melayu boleh terus makan makanan mereka, boleh terus pakai pakaian mereka asalkan halal dan ikut garis panduan Islam. Kita melayu kena ingat, baju melayu kita itu bukan baju arab Islam. Sudah jelas. Saya harapkan kita orang Islam akan semakin terbuka dengan agama kita. Islam agama sederhana. Lebih banyak kita belajar tentang Islam akan lebih luas ilmu kita tentang Islam dan lebih banyak menyelesaikan kesalahfahama kita sendiri tentang Islam. Untuk pengetahuan anda, Lim Jooi Soon adalah seorang Islam. Beliau salah seorang cina yang masuk Islam dan mengekalkan nama asal beliau. Harap maklum. Assalamulaikum… 🙂
Lawat Facebook Lim Jooi Soon di Sini – https://www.facebook.com/lim.jooisoon
Baca Artikel Malaysia Reverted Muslim Center di Sini
.
4 Comments
Tujuan meletakkan nama yang menggambarkan Islam supaya orang tahu dia ini Islam. Tidak wajib pun, hanya untuk mengelakkan fitnah. Tidak perlu buang nama lama. Ahmad Lim Jooi Soon pun cukup cantik….Tidaklah nanti berlaku kes, keluarga mahu tanam di jirat kemudian dating jabatan agama beritahu orang ini sudah Islam. Ini kes sebab tak tukar namalah…..
betul juga tuh, tp mungkin sebab nak tgk dari dimensi yang lain juga bro sebab ramai yang non muslim ingat masuk Islam ni masuk melayu, dari segi ini mungkin guna nama asal lebih baik untuk tujuan ini
orang melayu yang macam dalam screenshot tu memang bersepah-sepah.
betul tuh, susah nak tegur yg perangai macam ni