Saya telah perasan ada yang membuat carian berkenaan cara untuk menyekat iklan popup di PC mereka. Apa yang saya faham, PC atau komputer kita tidak pernah ada iklan popup. Dan saya berpendapat mereka bermaksud tentang cara block popup iklan yang terpapar di blog/website ketika mereka melayari internet di pc/komputer mereka. Sebenarnya ada satu cara yang paling cepat dan mudah bagi menangani kes kes sebengini.
Ada sesetengah blog/website memang memberikan kandungan yang kita mahukan. Tetapi kandungan tersebut perlu kita bayar dengan berlambaknya jenis iklan. Ada iklan yang tetap, jenis popup, jenis yang mengganggu video dan sebagainya. Dan selalunya kita akan klik tanda pangkah pada iklan tersebut. Bagaimana jika anda kerap terpaksa tutup ke semua iklan tersebut. Pasti anda berasa menyampah bukan?
Cara Block Popup Iklan Di Website Yang Banyak Iklan
Saya juga seperti anda. Kerap menggunakan internet. Selalu juga menonton video streaming dan sebagainya. Dan memang kerap dan terpaksa menutup iklan popup satu persatu. Tetapi saya telah menggunakan satu plugin ringkas yang berjaya untuk block popup iklan dengan jayanya. Kalau anda menggunakan browser Chrome, anda boleh menggunakan plugin Adblock Plus, yang mana plugin ini akan dipasangkan pada chrome anda untuk berfungsi dan menjalankan tugasan block popup iklan.
Selepas itu, tiada lagi iklan iklan yang terpapar pada video atau mana mana pada laman yang anda selalu kunjungi. Tugasan adblock adalah mengesan mana mana skrip iklan dan menyekat dari terpapar. Setakat ini. plugin adblock boleh dikatakan antara plugin yang terbaik yang sangat berguna kepada pengguna internet bagi membantu menangani masalah iklan popup yang keterlaluan dan mengganggu pembacaan kita pada sesetengah blog/website.
Tonton Video Di Bawah. Sebelum Adblock Plus Di aktifkan dan selepas diaktifkan
Sebelum ini saya pernah berkongsi artikel yang lebih kurang sama tetapi dengan tujuan sedikit berbeza. Anda boleh baca artikel tersebut di bawah ini:
- Sekat Popup Like Facebook – http://myrujukan.com/cara-mengelak-facebook-like-popup-terpapar-di-blog/
- Sekat Popup Laman Web – http://myrujukan.com/cara-block-url-website-tertentu-di-chrome-browser/
Sebenarnya iklan iklan yang terpapar pada laman web sebegini adalah bertujuan untuk buat duit iaitu menjana pendapatan melalui iklan. Tiada salahnya dalam hal ini. Namun, teknik tersebut boleh di anggap salah kerana memasang iklan yang keterlaluan banyaknya sehingga menjejaskan blog sendiri. Lebih teruk ianya membuatkan pembaca menjadi tidak suka. Cukup hanya 1 atau 2 iklan terpapar. Kalau banyak sangat, terpaksalah kita block popup iklan tersebut menggunakan adblock. Harap pemilik blog sebegini faham. Sekian.
6 Comments
bagus2.. sangat berguna… tambah2 kalau guna window…. kalau guna apple ok sikit..
pasal apple saya x tahu puan
annoy klu yang jenis popup atau auto click tu. klu iklan2 biasa xde hal
yep, betul tuh, kalau biasa tu ok, tp yang jenis popup memang tension la
Saya pun guna ABP jugak untuk blok iklan di Google Chrome komputer dan laptop. Cumanya, yang tak best di handphone ni masih tak boleh blok lagi. Banyak juga website yang mobile version yang saya nak baca, tapi kandungan dilitupi iklan. Sudahnya, tak boleh baca apa-apa. Pangkah X terus. Ada cara nak blok iklan di handphone tak?
pasal block iklan di handphone saya x cuba lagi puan Siti sebab saya x suka guna phone utk tgk website, x puas, hehhe