Maklumat Lengkap Cara Pendaftaran Aktif Sim Kad Tone Excel

Maklumat Lengkap Cara Pendaftaran Aktif Sim Kad Tone Excel

Berapa hari yang lepas saya telah memesan untuk membeli Kad Prepaid Tone Excel. Telah lama sebenarnya saya nampak program ini diperkenalkan tetapi awal tahun ini baru saya benar benar untuk mengambil tahu untuk mengetahui akan apakah sebenarnya program Sim Kad Tone Excel ini. Setelah memahaminya dan tertarik, saya membuat keputusan untuk segera terlibat didalam sistem ini kerana merasakan yang ianya satu peluang buat duit yang baik dibidang telekomunikasi ini dan tidak mahu terlewat untuk mencubanya sendiri. Saya berterima kasih kepada Saudara Razif (Otai Internet Marketer IM) yang mengajak saya untuk berada dibawah prospek beliau.

Baiklah, sedikit penerangan ringkas dari saya sebelum saya menerangkan kepada anda tentang hal yang lain lain. Tune Talk telah melancarkan Sim Kad Tone Excel kepada penguna telekomunikasi yang lama mahupun yang baru. Sim Kad Tone Excel adalah sama seperti sim kad (kad prepaid) dari telekomunikasi yang lain seperti Maxis, Celcom dan juga Digi. Tetapi Sim Kad Tone Excel adalah program yang memestikan anda untuk mencari pelanggan atau pengguna baru Sim Kad Tone Excel untuk didaftar dan letakkan dibawah anda. Ianya ibarat sebagai sistem (multi level marketing MLM). Yang menarik dari program ini adalah seberapa ramai yang menggunakan Sim Kad Tone Excel dibawah anda, setiap kali mereka melakukan tambah nilai (topup) setiap kali itulah anda mendapatkan komisen selama lamanya selagi pengguna memakai kad prepaid Tone Excel. Menarik? Anda Jelas? Saya sendiri teruja.

Buku Cara Pendaftaran Aktif Sim Kad Tone Excel

Buku Cara Pendaftaran Aktif Sim Kad Tone Excel

Cara Pembelian Sim Kad Tone Excel Secara Online

Pembelian Sim Kad Tone Excel adalah lebih mudah dibeli secara online. Saya sendiri membeli secara online. Harga Sim Kad Tone Excel adalah RM100. RM80 adalah bayaran kepada Sim Kad Tone Excel yang mempunyai kredit sebanyak RM30 didalamnya, RM10 untuk buku panduan pendaftaran dan juga RM10 lagi untuk tujuan pengeposan. Jadi jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar adalah RM100. Harap jelas disini. Anda boleh daftar maklumat anda melalui link dibawah ini dan kemudian saya sendiri akan menghubungi anda melalui maklumat yang anda beri kepada saya untuk memberikan anda maklumat cara membuat bayaran.

1. Daftar di Sini ->>>> Daftar Pembelian Tone Excel Online <<<<

Cara Pengaktifan Sim Kad Tone Excel

Selepas pembayaran dan pembelian dilakukan. Ianya mengambil masa 2-3 hari untuk pakej Sim Kad Tone Excel anda untuk sampai kerumah anda. Apa yang bakal anda dapat adalah Fyler Tone Excel, Buku Pendaftaran Tone Excel dan juga Sim Kad Tone Excel. Sila baca buku panduan pendaftaran Tone Excel pada muka surat 14-16. Ianya ada diterangkan tentang cara untuk mendaftar dan juga mengaktifkan Sim Kad Tone Excel untuk anda ikuti. Walaupun begitu saya juga akan terangkannya disini untuk memudahkan anda.

Selepas mendapat Sim Kad Tone Excel. Ianya masih TIDAK AKTIF. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menggunakan sim kad semasa anda untuk menghantar mesej kepada “sekian dan sekian” untuk mengaktifkan sim kad anda. Ada dua jenis pengaktifan sim kad yang akan dilakukan iaitu kepada yang mahu menggunakan no tel baru dan juga kepada yang mahu mengekalkan no tel lama dan dibawa (transfer) kepada sim kad baru. Anda yang mana? Sila lihat cara cara dibawah untuk mengaktifkan sim kad anda.

NoSimKad8Terakhir Dari Sim Kad Tone Excel

NoSimKad8Terakhir Dari Sim Kad Tone Excel

Pengguna No Baru – Sila Mesej Begini – ad NamaPenuh NoSimKad8Terakhir NoIC Alamat Poskod NoPilihan1 NoPilihan2 Nopilihan3 Bank NoAccount idpIDpenaja

Contoh - ad mamat bin mahmud 80101234 670412015593 no.3 jln pinang sebatang 81600 6002 5593 1967 cimb 12700006951578 idp284089

Pengguna Kekal No Lama – Sila Mesej Begini - ad NamaPenuh NoSimKad8Terakhir NoIC Alamat Poskod LineLama NoLama Bank NoAccount idpIDpenaja

Contoh - ad mamat bin mahmud 80101234 670412015593 no.3 jln pinang sebatang 81600 maxis 0162854332 cimb 12700006951578 idp284089

### Hantarkan mesej anda kepada 014-7057769 (Data Entry Center (DEC))

Antara Pertanyaan Dari anda:

a. Kenapa Kena Taip Ad = ianya adalah kod arahan aktif (wajib)

b. Apa itu NoSimKad8Terakhir = Ambil kad tone Excel anda, lihat dibelakang. Ada tertulis (contoh) S/N:0080338222. Hanya gunakan 8 digit terakhir iaitu 80338222 (contoh). Untuk lebih jelas sila tengok gambar diatas.

c. Alamat = Hanya alamat rumah sahaja (poskod, bandar, negeri adalah tidak perlu)

d. Poskod = poskod perlu diisi. Cumanya dibahagian alamat tidak perlu poskod, bandar negeri

e. NoPilihan1 = No Tel Tone Excel anda akan menjadi seperti ini iaitu 010-xxx xxx. Jadi NoPilihan adalah 4 no  digit terakhir yang anda mahukan dari cadangan anda. Boleh berikan sehingga 3 contoh

ID Penaja Tone Excel

f. idpIDpenaja = ianya adalah id Penaja anda. Telah diterangkan diatas tadi yang program ini seperti MLM, maka anda perlu “penaja” untuk berada dibawah yang lain. Jika anda berminat sertai saya, maka gunakan id saya iaitu idp455986

Jika anda melakukan dengan betul dan tanpa kesalahan, anda akan menerima reply SMS didalam masa 1 jam. Jika anda tidak menerima apa apa reply sms didalam masa 1 jam. Ada kemungkinan anda telah membuat kesalahan step semasa menghantar SMS pengaktifan. Kesalahan mungkin terletak kepada maklumat yang tidak lengkap atau salah. Pihak tunetalk tidak akan menelefon anda untuk memaklumkan kesalahan anda. jadi yang perlu anda buat adalah memeriksa kembali SMS anda tadi, membetulkan dan hantar semula atau anda perlu menelefon Data Entry Center (DEC) iaitu ditalian 03-77709183 untuk mengetahui status pendaftaran anda.

Jika anda melakukan step yang betul dan menerima reply sms, anda akan menerima sms mesej pengesahan yang Sim Kad Tone Excel telah aktif dan boleh menggunakan dengan diberikan maklumat No Tel Sim Kad Tone Excel baru anda dan juga Member ID. Tahniah anda telah berjaya mendaftar dan mengaktifkan Sim Kad Tone Excel anda. Kad sim anda telah boleh mula di pakai. Tahniah

### Sedikit info – Sila buat atau hantar satu sms menggunakan Sim Kad Tone Excel kemana mana no tel sebagai permulaan. Ini penting untuk mengetahui keadaan Sim Kad Tone Excel anda. Tamat…

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *