Sebenarnya untuk tahun 2015 saya memang mengidamkan blog MyRujukan.com menjadi salah satu Malaysia best blog 2015. Akan tetapi oleh kerana saya telahpun mempunyai 2 blog baru yang telah mencuri masa saya dengan begitu banyak sekali. Satu blog berumur 3 bulan dan satu blog lagi berumur tidak sampai sebulan. Ini menyebabkan ranking blog ini (myrujukan) telah jatuh teruk. Tidak tahu samada ianya disebabkan Google atau blog ini sendiri, trafik dalam sebulan ini menunjukkan penurunan yang sedikit ketara. Adakah disebabkan kurangnya masa menyebabkan blog ini merudum?
Saya telah bangunkan blog ini untuk jangka panjang. Oleh itu tumpuan saya pastilah agar blog ini mampu terus mendapatkan trafik yang stabil. Malah saya telah mengabaikan blog ini selama 1 bulan lebih, pada awal tahun ini. Ternyata apa yang saya programkan agak berjaya. Trafik masih lagi baik walau sedikit rendah. Tidak sia sia saya melaburkan dan menghasilkan artikel yang berkualiti dan bukan tangkap muat (copy paste) yang menjadi nadi utama kepada pembentukkan trafik yang mapan. Adakah blog yang mempunyai trafik yang stabil itu layak diiktiraf sebagai Malaysia best blog 2015 ini?
Ciri Blog Pemenang Malaysia Best Blog 2015
Saya tidak pasti apakah ciri ciri yang perlu ada bagi merangkul pingat sebagai juara Malaysia best blog 2015. Namun dari pandangan peribadi saya sendiri. Sesebuah blog boleh dikatakan sebagai The Best Blog haruslah mempunyai beberapa ciri yang positif. Dan ciri ciri tersebut boleh menjadi inspirasi kepada penulis blog lain untuk diambil ilmunya yang berguna buat semua blogger. Saya berikan 5 ciri perlu ada untuk blog anda layak digelar Malaysia best blog 2015. Ciri ciri tersebut adalah.
Trafik – Sebuah blog dikira layak untuk di sebut sebagai salah satu pilihan Malaysia best blog 2015 jika blog tersebut mempunyai jumlah trafik unique view sebanyak minima 1000 UV. Penanda ini adalah sebagai kayu ukur yang menunjukkan yang blog tersebut menerima pembaca harian minima 1000 pelawat sehari. Nilai 1000 nampak lebih releven dan gah berbanding nilai 100.
Cerna Idea Sendiri – Sebuah blog boleh dikatakan pilihan bagi mendudukki senarai Malaysia best blog 2015 jika setiap artikel yang dihasilkan itu bermutu, berkualiti dan mempunyai nilai nilai karya asli. Tidak main-lah kalau kalau artikel yang dihasilkan itu copy paste cedok hasil penulisan orang lain. Seorang blogger yang menulis dari hati, berkongsi pendapat sendiri akan sesuatu isu adalah lebih bagus dari penulis yang berkongsi pendapat orang lain.
Kurang Iklan – Semua blogger kalau boleh mahu blog mereka dapat memberikan pendapatan kepada mereka. Ianya bukanlah suatu kesalahan pun. Blog yang mempunyai kurang iklan adalah blog yang layak menerima anugerah Malaysia best blog 2015. Kalau lansung tiada iklan lebih baik. Ini menunjukkan yang blogger tersebut berblogging hanya kerana minat menulis dan menulis itu adalah suatu kepuasan peribadi yang mungkin sukar difahami oleh seseorang yang bukan berjiwa menulis.
Kekerapan Menulis – Kita suka kalau blogger dapat menghasilkan penulisan baru setiap hari. Ianya nampak “fresh” dan mampu menyajikan apa yang pembaca mahukan. Namun begitu, kekerapan yang keterlaluan kadang kala membawa kepada sifat ekstrem dan fanatik. Lebih bagus jika blogger dapat hasilkan artikel secara santai dan pembaca tahu pada masa bilakah mereka boleh kembali melawat blog untuk membaca artikel terbaru. Sederhana lebih baik
Interaksi – Saya cukup tidak suka dengan blog yang tiada interaksi. Seperti cakap dengan dinding. Kalau saya komen blog anda, saya mahukan anda untuk menjawab komen saya yang berbentuk soalan. Kalau anda sudah mula abaikan komen pertanyaan pembaca anda, maka ianya akan jadi satu tabiat yang anda akan selalu tidak hirau dengan pertanyaan pembaca anda. Jika begini keadaanya, kenapa pula blog anda harus dipilih sebagai salah satu Malaysia best blog 2015 betul tidak?
Banyak blog sebenarnya yang mempunyai kriteria yang disebutkan di atas. Sebagai tambahan bagi memenuhi syarat sebagai Malaysia best blog 2015, saya juga suka sekiranya blog tersebut paling tidak sudah berumur 1 tahun dalam arena blogging di tanah air Malaysia ini. Paling tidak orang pernah mendengar akan nama blog tersebut. Sungguh janggal jika memenuhi semua ciri di atas dan diangkat menjadi pilihan utama sebagai Malaysia best blog tahun 2015 tetapi hampir semua blogger tidak kenal akan blog tersebut. Jadi rajin rajinlah berblogwalking ya kawan kawan. Anda kenal saya tak?
11 Comments
blog saya hanya dapat trafik dari blogwalking saja belum banyak dari google memang baru berumur 4 bulan sih
jujur bro dulu saya pernah tanya tips dari bro, dan sekarang alhamdulilah penyumbang utama trafik adalah google
Ummi doakan adik berjaya dapat yang dididamkan tu. Amin
menarik idea pemilihan best blog ni. MJ pun setuju..kriteria yang sangat bertepatan..
saya amat setuju dengan kriteria di atas..kalau banyak sangat iklan memang agak ‘berserabut’ sikit la…
Nasib baik ada avatar juan aka wanwidget..klo x…mesti chii x knal…
Xdpt jd best blog pun xpe..as long ramai kenalan blogger tau akn kewujudan kita dlm arena blog kn 🙂
tips yg kurg iklan tu CJ setuju… sebab kalau masuk blog yg kiri kanan atas bawah penuh iklan jawabnya terus close.. hehehe…
btw,
tips yg lain sgt berguna.. tqsm
terima kasih
smoga mendapat jd blogger terbaik.!!
aminnnn
sangat setuju.. blog yg banyak iklan ni memang menyampah sedikit. heheheh