Masalah resolving host – Pernah tidak anda menghadapi keadaan di mana anda melihat komputer atau laptop anda mempunyai sambungan internet dan tertulis “connected”. Tetapi apabila hendak buat carian di Google tidak boleh connect dan terpapar masalah DNS error dan sebagainya. Dan saya salah seorang penguna komputer yang menhadapi masalah ini. Dan masalah ini berlaku apabila saya membuat naik taraf (upgrade) dari Windows 7 kepada Windows 10 secara online. Sejak berjaya menaik taraf windows kepada versi yang baharu. Masalah internet tidak berjaya disambung mula berlaku. Apa yang berlaku?
Pada mulanya saya ingatkan ianya adalah masalah router atau modem. Tetapi saya perasan setiap kali saya membuat carian di Google menggunakan browser Google Chrome, di bawahnya selalu terpapar “Resolving Host”. Apa yang saya buat? Saya restart pc. Dan masalah selesai setelah saya restart pc komputer saya lebih dari 3 kali. Kadang kala sampai 5 kali. Masalah resolving host ini terus berlaku hari hari sampailah semalam. Saya restart pc hampir 10 kali tetapi tetap tidak boleh menggunakan Google Chrome untuk membuat carian. Pelik, sambungan internet semua ok.
Cara Selesaikan Masalah Resolving Host Dengan Google DNS
Kemudian saya menggunakan smartphone dan membuat carian di internet berkenaan masalah resolving host ini. Apabila saya baca, barulah saya faham ianya ada kaitan dengan dns. Sebenarnya banyak sebab kenapa terjadinya masalah resolving host dan internet tidak dapat connect walaupun sambungannya betul. Dan salah satu masalah adalah berkenaan DNS pada ipv4 dan juga ipv6. Saya perlu menukar nombor nombor dns server address kepada yang lain. Cadangannya, saya boleh menggunakan dns server address milik Google. Saya pun cuba.
Apa yang berlaku setelah saya menggunakan dns server address dari Google? Masalah resolving host telah tiada. Tiada lagi masalah perlu restart pc berkali kali. Buka pc, terus boleh gunakan Google Chrome tanpa masalah. Di bawah ini saya kongsikan step langkah langkah cara menggunakan Google DNS. Step ini untuk pengguna Windows 10 sahaja.
Langkah Menggunakan Google DNS Pada IPv4 Dan IPv6
- Klik pada simbol gambar internet pada komputer anda. Sebelah kanan paling bawah.
- Klik pada network setting
- Klik pada “Change Adapter Option”
- Klik pada local area network dan right click dan klik “properties”
- Klik pada IPv4 dan klik properties. Masukkan preferred DNS Server 8.8.8.8 dan Alternate DNS Server 8.8.4.8. Klik ok
- Klik pada IPv6 dan klik properties. Masukkan preferred DNS Server 2001.4860.4860.8888 dan Alternate DNS Server 2001.4860.4860.8844. Klik ok
- Selesai
INGAT!!! Masalah resolving host ada banyak sebab. Tetapi masalah yang saya hadapi berpunca dari dns server address. Jadi penyelesaiannya saya perlu gunakan dns server yang lain. Dan masalah sambungan internet ada tetapi tidak boleh buka internet selesai. Untuk lebih faham anda lihat gambar sahaja. Saya harap kepada anda di luar sana yang mempunyai masalah yang hampir serupa mungkin boleh mencuba kaedah yang saya gunakan ini. Selamat mencuba.
1 Comment
Lately aku selalu kena jugak. Internet ada, tapi tak boleh akses mana-mana website. Aku tak restart pc tapi aku restart moderm