MasterChef Malaysia All Stars 2013

MasterChef Malaysia All Stars 2013

Teruja apabila mendapat tahu yang MasterChef Malaysia akan kembali lagi sebelum tahun 2013 menutup tirai. Nampaknya MasterChef Malaysia kali ini membawakan segmen yang menarik dengan title tajuk yang baru yang diberi nama MasterChef Malaysia All Stars. Mendengarkan nama “All Stars” sahaja sudah boleh agak akan peserta yang “mungkin” bakal terlibat didalam MasterChef Malaysia musim terbaru ini.

Gabungan tiga juri daripada musim yang terdahulu turut dikekalkan untuk MasterChef Malaysia ALL STARS dan ianya terdiri daripada Chef Johari Edrus (Papa Joe), Chef Zubir Md. Zain dan Chef Adu Amran. Rasanya semua orang tiada masalah dengan Chef bertiga ini. Saya sendiri sudah selesa dengan cara mereka berperanan didalam rancangan memasak MasterChef ini dan saya akui sangat teruja bila mendapat tahu yang MasterChef Malaysia akan kembali bersiaran.

Gambar Senarai peserta MasterChef Malaysia ALL STARS

Gambar Senarai peserta MasterChef Malaysia ALL STARS – image credit to https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

Senarai peserta MasterChef Malaysia ALL STARS 2013

Mesti ramai yang nak tahu siapakah peserta yang bakal mewarnai MasterChef Malaysia ALL STARS 2013 ini. Antara barisan peserta yang diberitahu adalah terdiri daripada Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. Ya, saya boleh katakan peserta yang dipilih ini mempunyai daya tarik tersendiri yang sememangnya mempunyai aura “All Stars” dan bakal meriuhkan suasana didalam dapur MasterChef Malaysia nanti.

Konsep Program Masterchef Malaysia ALL STARS 2013

Konsep Masterchef Malaysia ALL STARS 2013 ini berkonsepkan “HIDANGAN PEMBALASAN”. Tidak pasti apakah makna dan erti yang ingin disampaikan dengan tema “Hidangan Pembalasan” ini. Adakah ianya bermaksud para peserta yang masuk pada kali ini (peserta lepas dan berpengalaman) berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka yang sebenar pada kali ini kerana diberikan peluang sekali lagi dan tentulah ianya juga bermaksud dengan nama Hidangan Pembalasan juga boleh jadi.

Seperti biasa, bagi para peminat rancangan masakkan dari MasterChef pasti tidak akan ketinggalan mengikuti siri ini pada setiap waktu yang ditetapkan. Persaingan pada kali ini pasti akan lebih hebat dan sengit. Mana tidak, 20 perserta yang dipilih ini adalah dari 10 kalangan perserta MasterChef Malaysia biasa dengan 10 MasterChef Selebriti Malaysia. Dengan gabungan dari tahap kelas yang berbeza ini pasti membawakan suatu yang lebih menarik. Apa apa pun jom kita nantikan perkembangan MasterChef Malaysia All Stars ini pada update yang seterusnya. Cheer…

Ikuti Perkembangan MasterChef Malaysia All Stars di Facebook : https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

Comments

  1. says

    rancangan ni memang patut ada kat malaysia at least kita boleh tahu tips2x dalam pemakanan sambil melihat karya mereka dalam menghasilkan makanan yang terbaik.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *