Saya orang melayu. Memang sangat jarang dapat makan makanan dari kaum dan bangsa lain seperti cina dan juga india kerana faktor halal. Tetapi selalu juga dengar yang antara menu makanan orang cina yang sedap adalah berasaskan “MEE”. Bila sebut mee memang orang cina paling hebat. Kalau dalam budaya orang melayu, mee kita hanyalah mee kuning sahaja. Dalam budaya orang cina pula, mee mereka ada sangat banyak jenis. Dan antara mee yang paling sedap adalah mee yang diuli, dibuat dan ditarik sendiri menggunakan tangan. Mee akan terasa kenyal dan sebagainya. Atas sebab itulah saya mencuba mee tarik chinese muslim. Anda pernah?
Begini ceritanya. Sejak setahun lepas saya telah mencuba makan mee tarik dari chinese muslim di Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Saya tidak pasti samada pemilik cina muslim itu samada cina dari Malaysia atau cina dari tanah besar China. Tetapi yang pasti, dengan dibukanya restoran mee tarik ini memberikan peluang kepada orang melayu dan muslim di Malaysia untuk menikmati mee dan juga resepi masakan orang cina yang popular. Saya juga tidak pasti samada resepi mee tarik ini memang ada di Malaysia atau tidak dalam kalangan orang cina yang bukan muslim di Malaysia.
Mee Tarik Chinese Muslim Di Pulau Pinang
Menu makanan mee tarik yang mana saya cuba? Jangan terkejut jika saya katakan setiap kali saya ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli, saya hanya memesan menu Wet Mee With Braised Chicken sahaja setiap kali ke sana. Isteri saya pula selalu dan kerap bertukar tukar menu pesanan bagi mencuba menu lain yang mungkin boleh menarik minat dan citarasa beliau. Gambar di atas ini adalah menu mee tarik chinese muslim yang saya paling suka dan gambar di bawah ini adalah menu yang isteri saya pesan baru baru ini.
Kepada anda yang tinggal di Pulau Pinang. Jika anda berminat hendak mencuba rasa, makan dan menikmati mee tarik chinese muslim yang sedap ini di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, anda boleh singgah di pasaraya MyDin jalan baru di permatang pauh. Harganya berapa? Satu mangkuk menu Wet Mee With Braised Chicken kalau tidak silap saya ianya berharga RM13.80. Maaf kalau saya tersilap. Hanya ingat ingat lupa. Tapi lebih kurang begitulah. Bagi saya ianya tidaklah mahal. Anda sendiri akan terkejut dengan saiz (portion) yang diberikan. Seorang makan pasti kenyang sangat sangat. Kalau berminat, datanglah ke sini dan mencuba masakan hidangan mee tarik chinese muslim yang sedap ini. Bye.