Beberapa hari lepas adik ada mengajak untuk pergi menjamu selera makan malam di dataran ikan bakar Permatang Pauh Pulau Pinang. Sebenarnya sudah lama tidak ke sana. Mungkin hampir 1 tahun lamanya. Di sebabkan teringin untuk merasai menu ikan 3 rasa yang sudah lama tidak “pekena”, kami membuat keputusan untuk ke sana bagi mengisi perut. Ada 1 perkara yang saya sedikit kecewa iaitu saya masih belum lagi pernah merasai sendiri akan masakan IKAN BAKAR mereka.
Nama tempat ini adalah dataran ikan bakar. Tetapi saya hanya memesan menu makanan ikan 3 rasa. Jadi macam tidak kena pula kalau tidak merasai sendiri akan sajian utama wajib restoran ini. Tidak mengapa, lain kali insyaallah saya akan mencuba menu ikan bakar mereka kalau di izinkan lagi. Pada kali ini, saya ingin review ringkas berkenaan restoran ini. Kritik dan saran yang akan saya berikan adalah berdasarkan pendapat sendiri.
Review Ringkas Pengalaman Di Dataran Ikan Bakar
Apabila kita bercakap tentang menu pakej ikan 3 rasa. Yang selalu akan di pesan sebagai satu set lengkap adalah nasi, ikan 3 rasa, sayur kailan ikan masin, sup tomyam, telur goreng dan juga set tambahan seperti udang atau sotong goreng tepung (masak sambal dan sebagainya). Termasuk air. Dan kos yang dikenakan bagi 2 orang makan sebanyak RM65 bagi saya sendiri adalah dikira berpatutan di restoran dataran ikan bakar.
Di bawah ini adalah sedikit kritikan saya berkenaan menu ikan 3 rasa yang saya nikmati pada hari berkenaan.
- Ikan 3 Rasa – Apabila kita bercakap tentang “3 rasa”, yang saya rasa lebih manis. Manis datang dari kuah yang di siram pada ikan siakap tersebut. Tiada masalah dengan ikan siakap. Rasa ikan memang segar dan SEDAP. Tetapi rasa terlebih manis seakan sedikit memotong selera. Namun ianya mungkin masakkan tersebut lain rasanya pada hari hari lain.
- Sotong Masak Sambal/merah – Dan saya ada memesan sotong masak sambal/merah. Dan sekali lagi rasa “manis” terlalu mengatasi rasa pedas yang ada. Rasa manis ini seperti terlebih gula. Saya yakin, lain harinya mungkin lain rasanya dan pada hari yang saya datang, tukang masak memasak dengan sedikit terlebih gula. Namun sotong yang digunakan adalah bagus.
Dan saranan saya adalah
- Bagi lidah saya, apabila memakan nasi, lauk yang dimakan samada ikan atau sotong dan terasa manis seperti tidak kena. Namun saya pasti lain orang lain rasanya. Mungkin ada yang suka. Jika tanya saya, saya minta tukang masak kurangkan kemanisan dalam masakkan mereka.
- Restoran dataran ikan bakar memang ramai yang datang. Tetapi dengan berlalunya masa, selalunya perkara remeh temeh akan memberikan kesan kepada perniagaan. Luaskan jalan masuk, hidupkan/betulkan kembali lampu tulisan “Dataran Ikan Bakar”, memperbanyakkan lagi LCD TV untuk tontonan keluarga, cantikkan tandas dan sediakan ruang solat.
Harga ok dan servis agak cepat. Secara kasarnya saya berpuas hati dengan kedai makan restoran dataran ikan bakar di Permatang Pauh Penang ini. Adakah saya akan datang lagi. Jawapannya YA. Kurangkan manis dalam masakkan dan tingkatkan manisan dalam senyuman. Selamat menjamu selera.
4 Comments
Kadang kala masakan sesuatu tempat menerima pengaruh daripada masakan bangsa / negeri lain…macam di Perlis ni selalu juga terjumpa masakan terlebih manis kerana tukang masaknya terdiri dari prang Pattani dari Thailand… tapi bukanlah semuanya begiti
mungkin juga, saya setuju, tp sebelum ni saya pernah pergi dan x manis macam tu, mungkin lain hari lain tukang masaknya
Apasal up gambar sedap sangat ni??? abes diet :p
Jom pekena ikan bakau Melaka pulak 🙂
hehe, jom jom