Adakah anda pengguna kereta Perodua Viva? Berapa kerap kalikah anda menukar minyak enjin? Kadang kala minyak engin juga disebut sebagai minyak hitam. Berapakah kos yang selalunya anda keluarkan? Adakah kereta anda masih di dalam jaminan warranty atau sudah tamat jaminan. Jika masih ada, saya nasihatkan anda untuk terus menukar minyak enjin Perodua Viva di pusat servis Perodua yang berdekatan dengan anda. Mahal sedikit tidak mengapa asalkan anda menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka dalam tempoh jaminan.
Setelah jaminan dari Perodua sudah tamat, saya memilih untuk menservis kereta saya di bengkel kereta yang ada diluar. Ianya selalunya lebih murah. Tetapi sila pastikan anda mempunyai sedikit ilmu agar tidak mudah ditipu oleh pihak bengkel kereta untuk menservis kereta atau menukar alat ganti yang tidak atau belum sampai masanya untuk diganti. Anda boleh membaca panduan berkenaan ini diblog ini berdasarkan artikel artikel saya yang lepas. Pada kali ini saya hanya ingin berkongsi artikel ringkas berkenaan minyak enjin Perodua Viva.
Servis Minyak Enjin Perodua Viva
Sehingga setakat ini, saya memang tetap menjaga jadual servis untuk menukar minyak enjin Perodua Viva milik saya. Ini adalah perkata UTAMA yang paling penting sekali. Engin kereta adalah nyawa bagi kenderaan kita. Rosak engin maka rosaklah kereta kita. Oleh itu penjagaan yang serius tentang minyak hitam engin kereta adalah penting. Selalunya kita boleh menukar minyak hitam setiap 5000 KM atau 10000 KM. Ianya bergantung kepada kehendak anda.
Oleh kerana saya selalu berulang alik dari utara dan selatan negeri Malaysia, saya akan memilih minyak enjin Perodua Viva dari jenis 10,000KM. Dengan kata lain, minyak hitam ini akan saya tukar setelah jauh 10000 KM jarak perjalanan tiba. Kadang kala juga saya menggunakan 5000KM minyak hitam jika saya tidak berhasrat untuk berjalan jauh.
Harga Minyak Enjin Perodua Viva Jenama Castrol
Dan semalam saya singgah ke bengkel kereta dan menservis minyak enjin Perodua Viva kepada jenis 5000 KM dengan harga RM60 sahaja dari jenis jenama Castrol dengan kelikatan minyak dan ketahanan haba 10W-30. Tentang kelikatan minyak, tahap suhu dan juga jenama minyak hitam ini anda tidak perlu risau. Bagi saya kedai bengkel kereta tahu minyak dari gred manakah yang sesuai buat kereta anda. Yang anda perlu beritahu adalah anda mahukan minyak enjin Perodua Viva yang boleh digunakan sejauh 5000 KM ataupun 10000 KM. Dan selalulah menukar minyak hitam anda mengikut jadual yang ditetapkan untuk ketahanan engin kereta anda untuk jangka panjang.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Jika anda mempunyai lebih wang, saya sarankan anda untuk mendapatkan panduan ebook penjagaan kereta melalui banner di bawah ini. Selamat memandu.
11 Comments
Assalamualaikum saudara admin.
Kereta Viva saya 850M akan habis waranty dalam sebulan lagi. Saya ingin bertanya, untuk kereta Viva saudara, minyak jenis apakah yang saudara gunakan untuk servis setiap 10,000 km? Saya harap saudara dapat membantu saya.
Sekian,
Farid
Assalamm.. things to share. Basic, myk enjin (ME) mineral type biasanya guna antara jarak perjalanan sehingga 5000km. Semi sintetik, 7-8Kkm (ada yg hingga 10Kkm). Fully, biasanya 10Kkm. Ada fully synthetic boleh tarik sehingga 15Kkm. Juga ada tested sampai 20Kkm. Kena rajin baca forum2 atau blog2 dr luar negeri. Roughly, semi synthetic, 7-8Kkm dh boleh tukar. Selalu jln main highway lg bagus dr start stop perjlnan bandar. Boleh sikit lajak tukar ME terutama time xcukup masa (dan $).
Salam,saya menggunakan kereta viva 1000cc.kereta saya dah masuk 10 tahun.so minyak yang mana sesuai sekali saya guna.tapi kadang – kadang je jalan jauh.tq
bos,kalau enjin kereta bunyinya kurang halus ataupun macam bergegar,adakah itu pengaruh dr minyak hitam?
as salam ,saya pengguna viva 850,kereta saya baru saja top ovahull dan head pn telah di bawa ke enginering..minta pendapat minyak apa yg sesuai guna kan 10w40 atau 10w30?kereta saya guna baru 5 tahun ..
Salam bos, pasal minyak hitam saya kurang tahu, maaf ya
Bro, kalau tak silap. Minyak hitam dikategorikan kpd 3 shaja, mineral, semi synthetic dan fully synthetic. Kelikatan berbagai. Tak pernah lagi dengar minyak hitam dikategorikan ikut mileage 5000/10000km.
ya ka bro, kalau saya salah, betulkan saya, saya ok sahaja.
cumanya dari pengalaman saya pergi kedai, dia akan tanya mahu pakai minyak hitam yang mana
mineral, semi synthetic dan fully synthetic dan yang berapa KM punya, dia tanya sekali
saya selalu sangat dapat soalan ni, mau yang 5000KM atau yang 10000KM, memang ada
Untuk viva ni sebenarnya boleh lajak minyak ke 10,000km sebelum ditukar. Disebabkan kereta Viva 850M saya dah habis warranty pada penghujung tahun 2016 dulu, saya dah tak servis di perodua lagi. Untuk menjimatkan kos, saya cuma servis di bengkel di kawasan perumahan saya.
Jadi dari 60,000 km sampai sekatrang 130,000 km, saya cuma menggunakan minyak Hi-Rev 10W-30 Semi Synthetic API-SN. Tukar setiap 10,000km aje. Hasilnya… ok. Enjin masih tip-top, laju & petrol pun normal aje. Jadi tak salah lah maklumat pada pelekat yang dtampal pada bawah bonet kereta
Engine oil: 5W-30 or 10W-30 API-SJ or higher
Change every 10,000km [5,000km] – [severe condition]
Jadi minyak anjin yang saya gunakan sekarang
Hi-Rev 10W-30 [comply]
API-SN [comply]
Change: 10,000km [comply] – saya guna kereta secara normal, bukan untuk racing atau angka barang berat.
Jadi Perodua pun memang betul, sebeb dalam buku servis cuma ada jadual servis untuk
1,000 km – minyak Perodua 5W-30 API-SL
5,000 km – minyak Perodua 5W-30 API-SL
10,000 km – Start guna minyak Perodua 5W-30 API-SM (memang boleh guna untuk 10,000km)
20,000 km —- seterusnya setaip 10,000 km sehingga akhir jadual 100,000 km.
Enjin Perodua ni saya kira special terutamanya untuk kereta model lama seperti Viva, boleh guna minyak enjin semi-sintetik tapi boleh pergi ke 10,000km sebelum penukaran minyak enjin seterusnya.
Jadi kesimpulannya, untuk pengguna Viva, boleh guna minyak semi synthetic samada 5W-30 atau 10W-30, API-SN, untuk 10,000km.
p/s: kalau tanya kedai, confirm dia kata minyak semi synthetic cuma boleh guna untuk 7,000 – 8,000km je. Tapi lajak je ke 10,000km, boleh je. Cuma pastikan guna minya jenama terkenal.
Enjin perodua Viva memang, jimat, kuat & lasak.
Salam…bos sy dah tersalah beli minyak enjin,nak beli utk viva 1000cc tapi ter sebut alza,..jadi myk yg sy msuk dlm viva 2 myk 5W-30….sy risau jgk…ada kesan buruk x pada enjin viva sy…mtk tlong sgt2…sy dh runsing nie…ada yg kata viva 3 slinder guna 10W-30….adehhhh….
Maaf bos, saya x dapat bantu sebab saya bukan pakar dalam hal ini. Cuma nasihat saya, bawa ke bengkel dan minta nasihat mereka.Kalau boleh pakai, teruskan, kalau x boleh, terpaksa tukarlah