Sejujurnya saya memang langsung tidak pernah melihat secara detail akan maklumat yang tertera pada tiket wayang. Cumanya, dalam hati ada berasa pelik kenapa harga tiket wayang semakin mahal. MAAF, ini tiada kaitan dengan cukai GST isu terkini. Ini tentang perasaan saya terhadap harga tiket. Kalau dulu, RM5, lepas itu RM7, lepas itu RM10 dan kini sudah menjadi belasan ringgit. Saya sendiri pun tidak sedar bila ianya naik. Cumanya saya perasan harga tiket wayang menjadi semakin mahal.
Sekarang semua kecoh tentang cukai GST yang akan di kenakan terhadap semua barangan dan juga perkhidmatan (kecuali barangan yang telah di wartakan bebas GST). Jadi ramai orang hendak tahu adalah topup kredit phone kena GST atau tidak. Dan yang paling terbaru, orang ramai hendak tahu samada tiket wayang kena cukai GST atau tidak. Dan kebetulan semalam saya pergi tengok wayang filem Fast & Furious 7. Jadi saya terfikir hendak menyimpan tiket tersebut dan melihat sendiri maklumat yang tertera pada tiket wayang tersebut.
Kadar Cukai GST Pada Tiket Wayang
Apabila saya perhatikan tiket wayang tersebut. Ada 2 bentuk cukai yang dikenakan. Iaitu GST dan juga ENT Tax. Hasil carian di internet, saya baru sahaja tahu bahawa selama ini tiket wayang memang sudah dikenakan cukai iaitu disebut sebagai Entertainment Tax (Ent Tax) sebanyak 25%. Jadi apabila tiket wayang juga dikenakan cukai GST sebanyak 6%. Jumlah keseluruhan cukai adalah sebanyak 31%. Sangat banyak bukan. Tidak sangka pula cukai untuk “bidang hiburan” ini tinggi.
Adakah dengan kenaikkan kos cukai pada tiket wayang ini akan menyebabkan orang tidak lagi pergi menonton wayang di pawagam? Secara peribadi, saya merasakan kenaikkan kos harga tiket tidak akan menyebabkan perkara itu berlaku. Ini kerana di dalam sebulan bukan semua orang akan tengok pelbagai filem. Paling banyak pun 2-3 filem sahaja sebulan. Jadi kenaikkan hasil dari cukai GST yang tidak sampai 1 RINGGIT tidak akan menyebabkan peminat yang suka menonton filem untuk tidak lagi pergi menonton filem di pawagam.
Untuk pengetahuan anda. Anda perlu ambil tahu berkenaan GST ini. Ada ramai peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengutip cukai GST terhadap perniagaan mereka sedangkan mereka tidak mendaftarkan perniagaan mereka yang membolehkan mereka mengutip cukai GST. Salah satu perkara penting pada resit bayaran, adalah nilai cukai GST yang telah di paparkan sekali maklumat NO PENDAFTARAN GST. Ini penting bagi mengesan pihak yang layak dan pihak yang menipu. Untuk melihat sendiri bagaimana bentuk rupa GST Registered No dan juga kadar cukai GST yang dikenakan, sila lihat pada gambar di atas. Selamat mengambil tahu.
9 Comments
ye sama juga baru gi tengok fast & furious 7, memang ada 2 tax
tak tengok wayang pun masih ok bro..kecuali makan..kalau skip memang sengsara jadinya
banyak cerita GST bulan ni.. den tak tgk wayang tapi byk lagi perkhidmatan kena GST ni
tiket wayang memang dah naik RM0.50. kalau dulu beli 14 sekarang naik RM14.50. nak tak nak beli je lah nak tgk wayang pun pasal. lepas ni kena jimat kena tengok movie yang betol2x best je.
ramai la yang gi mendownload macam ni nanti.
Dah lama tak tengok wayang sejak ada anak kecik ni hehe tapi dengar kata memang ticket wayang skrg mahal
haha tngok wayang pun kena gst. dah kenapa kann?
tu la, sedih
Lama tak tengok wayang..skrg dh makin mahal ..tapi kalau sebelum 12tgh harga rm8 je…harga biasa rm19 tu..skrg download je tengok 3D kat umah lg best free je…