Pernah saya tuliskan pada artikel yang lepas lepas tentang bagaimana seseorang itu mampu membuat jualan dari 3 kaedah iaitu samada dari pengiklanan Google, pengiklanan Facebook dan juga melalui mailing list (email marketing). Dan kaedah yang biasa bagi blogger pula adalah dari blog dengan menggunakan teknik SEO semata mata. Ketiga tiga kaedah yang saya nyatakan memang sangat berkesan bagi membuat jualan produk secara online. Ini melalui pemerhatian saya didalam terlibat program jualan produk affiliate untuk tempoh tertentu.
Tentunya anda pernah melihat akan testimoni ada di antara mereka yang menunjukkan mereka berjaya mendapat jualan tinggi dengan melabur kos yang sederhana untuk iklan dari Google mahupun Facebook. Anda percaya ataupun tidak? Jawapannya itu ada sebuah kes yang BENAR. Tetapi untuk membuktikan ianya benar atau tipu semata mata ada baiknya saya menerangkan serba sedikit bagaimana iklan dari Google seperti peranan Google Adwords memainkan peranan penting untuk meningkatkan hasil jualan. Saya mahu anda buka mata.
Panduan Bagaimana Google Adwords Berfungsi
Gambar diatas adalah laman Google Adwords. Google Adwords ini adalah salah satu tempat untuk para pengiklan (advertiser) mengiklankan produk mereka. Disini mereka akan masukkan maklumat produk mereka dan melaburkan sejumlah wang yang diperlukan untuk iklan mereka untuk tempoh tertentu. Saya tidak akan menerangkan bagaimana cara untuk menggunakan sistem Google Adwords dengan betul. Saya menyarankan anda untuk mengikuti langsung Seminar Adwords ini secara langsung dengan pakar. Saya disini hanya ingin berkongi dengan anda akan bagaimana adwords ini membantu meningkatkan jualan. Harap anda faham.
Saya ingin membuat kajian dengan keyword “Baju Kurung“. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya begitu ramai sekali yang berniaga baju kurung di internet. Cuba lihat gambar dibawah. Hasil carian baju kurung menunjukkan hasil carian sebanyak 5,240,000 keputusan iaitu secara langsung menunjukkan kepada kita yang keyword ini sangat banyak digunakan dan ditaip di search engin Google. Oleh kerana ramai yang mencari, maka persaingan untuk menjual produk baju kurung sangat tinggi. Oleh itu salah satu cara untuk menyingkirkan pesaing adalah dengan cara menggunakan sistem pengiklanan dari Google Adwords.
Tahukah anda, selepas para pengiklan (advertiser) menggunakan Google Adwords untuk mengiklankan produk mereka. Sistem Google Adwords akan menyiarkan iklan tersebut di salah satu tempat iaitu di halaman hasil carian Google berdasarkan keyword yang digunakan yang sama dengan pihak pengiklan. Lihat contoh pada gambar dibawah ini. Pihak pengiklan mengiklankan produk mereka iaitu baju kurung terbaru keluaran mereka di Google Adwords. Pengguna internet menaip perkataan “baju kurung” di Google. Oleh kerana keyword apa yang di cari pengguna sama dengan keyword pengiklan, maka Google telah menyiarkan iklan baju kurung dihalaman Google. Sila lihat gambar dibawah iaitu disebelah kanan. Anda akan nampak iklan dari Zalora, Lazada, Giigeezapparel, aliexpress, ask.com dan sebagainya. Itu semua adalah laman para pengiklan.
Dengan begini pengguna internet yang mencari baju kurung akan tertarik dengan iklan disebelah kanan. Majoriti pengguna tidak tahu bahawa itu adalah iklan. Mereka akan tekan dan klik pada halaman tersebut kerana tertarik dengan tajuk yang ada kena mengena dengan mereka. Para pengguna internet pun masuk kehalaman para pengiklan dan melihat produk disana. Mungkin sehari ada 1000 para pengguna internet yang masuk ke halaman para pengiklan. Dan dari 1000 yang masuk pula kita andaikan 10% dari pengguna intenet membuat belian secara online. Ini bermakna 100 orang yang membuat belian pada hari itu. Sehari ada 100 orang membeli produk anda, apakah anda tidak mendapat UNTUNG? Sudah tentu anda menjana untung bukan. Adakah anda kini sudah nampak bagaimana iklan Google Adwords dapat membantu anda membuat jualan?
Anda rasa dengan hasil carian di Google sebanyak 5,240,000 carian, apakah rugi pihak pengiklan mengiklankan produk melalui teknik Google Adwords sebegini? Rata rata mampu membuat jualan TETAPI BUKAN SEMUA. Kerana apa? Kerana anda melihat semua proses yang saya ceritakan tadi nampak menarik. Tetapi adakah anda mempunyai ilmu bagaimana menggunakan dan cara memasang Google Adwords? Ramai yang rugi apabila melabur sejumlah wang dan habis begitu sahaja apabila tidak tahu cara menggunakan dengan betul. Oleh itu dari membuat silap, ada baiknya anda berguru dan menghadiri kursus seminar Google Adwords dari pakar. Saya akan menyarankan kepada anda pakar yang memang terbukti pakar didalam hal hal Google Adwords.
5 Comments
Wan mus pernah bagi ceramah kat UMT..
best ooo… share pengalaman beliau..:)
Dan dia ada jugak ajar cara nak tingkatkan diri dalam Google..
Dah apply dan memang menjadi..
wahhhh, meh la share pengalaman kamu disini, meh meh