Menjalankan bisnes kereta sewa adalah trend masa kini. Sudah ada beberapa rakan saya yang menjalan perniagaan menyewa kereta ini. Kalau anda tanya saya samada ianya membawa pulangan keuntungan ataupun tidak. Jawapannya adalah YA. Anda boleh menjalankan bisnes penyewaan kereta ini secara syarikat ataupun individu. Kedua duanya mempunyai potensi keuntungan wang yang menarik. Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda akan panduan menjalankan bisnes kereta sewa yang menguntungkan buat anda.
Kisah 1 – Teringat saya kisah hampir 6 tahun lalu. Saya ada seorang rakan yang menjalankan perniagaan bisnes kereta sewa secara sendiri. Beliau bernasib baik datang dari golongan yang agak berada. Oleh itu selepas tamat pendidikkan diploma, keluarga beliau anda memberikan beliau wang yang agak banyak dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membuka kedai sewa kereta. Nasib beliau baik, beliau ketika itu mampu untuk mempunyai sebanyak 10 jenis kereta yang pelbagai. Dan keuntungan bersih bulanan dari kata beliau adalah sebanyak RM5000.
Panduan Membuka Bisnes Kereta Sewa
Kisah 2 – Seorang rakan saya telah membeli kereta perodua Viva. Kemudian beliau berasa tidak puas dengan kereta tersebut lalu membeli kereta yang kedua iaitu Proton Persona. Lantas kereta perodua viva dijadikan sebagai kereta sewa. Beliau mengiklankan bisnes kereta sewa beliau di laman carian “mudah.my” dengan hanya 1 kereta sahaja. Hasil pendapatan bersih beliau dengan perkhidmatan kereta sewa dari perodua viva beliau adalah sebanyak RM1000 sebulan (paling tinggi/maksimum). Kaedah ini agak sedikit penat tetapi berbaloi kerana beliau terpaksa menghantar dan mengambil sendiri kereta tersebut kepada pelanggan.
Kisah 3 – Rakan saya mempunyai perodua viva auto. Masih lagi berhutang dan mempunyai ansuran bulanan dengan pihak bank. Beliau meletakkan kereta beliau di kedai sewa kereta yang berbentuk syarikat yang menjalankan bisnes kereta sewa secara tersusun. Beliau tidak perlu memikirkan untuk mencari pelanggan ataupun pening memikirkan bayaran bulanan kereta. Semuanya diuruskan oleh syarikat sewa kereta tersebut termasuk maintenance servis minyak hitam. Yang menarik beliau akan menerima sekurang kurangnya RM400 sebulan untuk perodua viva auto tersebut.
Ini adalah 3 kisah yang saya terima sendiri dari rakan rakan yang menjalankan dan berpengalaman di dalam bisnes kereta sewa ini. Tetapi saya tiada ilmu atau info mengenai bagaimana cara memulakan perniagaan kereta sewa, kos membeli kereta, bagaimana menguruskan saman dari pengguna kereta, lesen perniagaan, kertas perjanjian kereta sewa dan sebagainya.
Disebabkan masalah yang saya sebutkan di atas ini dan keinginan anda untuk belajar selok belok akan perniagaan bisnes kereta sewa ini. Saya ingin memperkenalkan panduan yang dibuat di dalam bentuk VIDEO + eBOOK untuk pembelajaran anda dari pengalaman individu yang telah dan terbukti berjaya dengan bisnes kereta sewa ini. Anda mahu? Maklumat lanjut tentang idea dan segala galanya yang anda mahu tahu tentang bisnes kereta sewa ini bolehlah melawat dengan klik link/banner di bawah ini. Selamat menjalankan perniagaan.