Saya bukanlah peniaga dan penjual tudung. Tetapi saya ingin berkongsikan dengan anda akan bagaimana anda boleh mendapatkan tudung cantik yang dikehendakki oleh anda. Saya pernah menulis akan perihal bisnes baju kurung sebelum iaitu tentang panduan menjahit dan juga rujukan untuk mendapatkan baju kurung dari pemborong. Setelah membaca kedua duanya, saya dapati setiap bisnes yang diceburi ada sisi kebaikkan masing masing. Jika anda mahukan keuntungan maksimum maka menjahit sendiri adalah jalannya dan jika anda mahu mudah pula, maka mendapatkan stok tudung terus dari pemborong dan terus menjual kepada pembeli tanpa bersusah payah menjahit sendiri adalah terbaik juga.
Didalam zaman serba pantas ini, bagi pendapat saya, ada baiknya jika anda boleh menjalankan perniagaan anda secepat mungkin tanpa perlu memikirkan apa apa. Yang perlu anda ketahui adalah dimana untuk anda mendapatkan stok tudung cantik yang murah dan boleh dijual dengan harga semasa atau lebih murah lagi jika boleh. Ramai yang mencuba kaedah bisnes seperti ini sekarang. Keluar modal, dapatkan dari pemborong tudung dan terus menjadi peniaga tudung dikedai anda.
Dapatkan Tudung Cantik, Murah dan Terkini 2014 Dari Pemborong
Lagi 2 bulan lagi Hari Raya puasa Aidilfitri 2014 akan tiba. Saya pasti ramai yang mula telah menempah booth booth atau khemah kedai di tapak bazaar ramadhan nanti. Antara pakaian muslimah yang akan dijual nanti tentulah jenis jenis tudung yang cantik bukan. Tudung sekarang sudah menjadi trend terkini. Wanita muda mahukan tudung cantik yang boleh digayakan dengan pelbagai baju. Dan bagi para penjual tudung pula perlu memastikan yang stok bekalan tudung mereka mampu menambat hati pembeli dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Dimana hendak mendapatkan pemborang tudung cantik yang murah? Kepada anda yang mahu menjadi penjual tudung pasti inginkan supplier tudung dari pemborong bukan. Jangan risau, saya akan berikan panduan tempat pemborong tudung yang anda mahukan.
Website Untuk Membeli Tudung/Hijab
- Lazada – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
- Shopee – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
- Zalora – anda boleh mencari pelbagai jenis tudung moden di sini
- FashionValet – anda boleh membeli pelbagai jenis tudung trendy di sini
Untuk pengatahuan para pembaca. Saya bukanlah pemborong tudung. Saya adalah seorang blogger. Dan disebabkan itu saya mengetahui maklumat tentang pemborong tudung yang saya rasakan sangat berguna kepada anda yang mahu menjual tudung. Disini pihak pemborong tudung mahu mewar warkan lubuk pemborong tudung untuk meningkatkan lagi permintaan jualan tudung. Dan kepada ANDA yang mahu menjual pelbagai jenis tudung cantik, anda boleh dapatkan terus melalui link di atas ini untuk maklumat lanjut. Selamat menjual tudung..