Sekarang ini sudah mula banyak usahawan yang membuka kedai dobi. Samada dari yang jenis layan diri ataupun yang menguruskan sendiri. Setiap aspek ada pro dan kontranya yang tersendiri. Teringat saya pada pertama kali berpeluang menggunakan mesin basuh automatik dengan memasukkan duit syiling di Universiti pada masa dulu. Masukkan duit syiling 50 sen, dan kemudian, mesin basuh akan membasuh sampai habis. Seronok juga waktu itu. Tidak perlu menyental bagai secara manual. Mudah can cepat.
Kisah waktu itu membuatkan saya terfikir tentang keuntungan dalam menjalankan perniagaan dobi sebegini. Ada modal beli mesin basuh, ubah suai sedikit, selepas itu letakkan di universiti yang dipilih. Setiap minggu datang untuk membuat pemeriksaan dan sedikit “maintanence”. Setiap bulan pula kutip duit. Nampak seronok kalau tengok proses bagaimana perniagaan sebegini dijalankan. Secara asasnya nampak mudah, berkos rendah dan mudah dapat duit. Tetapi itu hanya pandangan saya sahaja.
Panduan Mengusahakan Kedai Dobi
Tetapi bagaimana jika kini anda benar benar serius mahu membuka bisnes kedai dobi anda sendiri. Dan anda mahu menguruskannya sendiri. Anda tiada pengalaman dalam hal ini. Ianya bukan boleh di cuba cuba macam itu sahaja. Kalau mahu elak kerugian, ada sedikit ilmu dan info dalam hal ini adalah salah satu tindakkan yang terbaik. Guru yang terbaik adalah belajar dari seseorang yang sedang atau pernah mengusahakan perniagaan dobi sebelum anda. Tetapi jarang ada orang mahu bertanya secara langsung kepada usahawan terbabit. Takut di salah erti sebagai pesaing pula. Sifat seperti ini harus dibuang kalau hendak dan lihat orang lain juga berjaya.
Saya ingin berkongsikan kepada anda akan panduan bagaimana untuk memulakan kedai dobi bagi yang mahu menguruskan ianya dengan sendiri. Panduan Dobi ini adalah sangat sesuai bagi anda dalam kes ini. Apa maksud saya? Bukankah anda mahu mencari idea dan juga info bagaimana untuk memulakan dan menjalankan bisnes ini dengan sendiri dan tidak mahu buat secara “layan diri”. Jadi panduan ini memang kena dengan anda.
Panduan Dobi ini adalah perkongsian dan penulisan dari usahawan yang sedang menjalankan bisnes kedai dobi ini sebelum anda. Beliau telahpun melalui fasa fasa sukar dan naik turun dalam bidang ini. Dan kini, setelah beliau “berjaya”. Beliau mahu berkongsikan pengalaman, cadangan, panduan dan rujukan kepada anda yang mahu membuka kedai dobi seperti beliau supaya anda tidak lagi perlu menghadapi kesukaran yang beliau hadapi dulu. Menarik bukan? Saya pasti anda pun teruja. Kalau anda berminat jadikan bisnes ini sebagai kerjaya anda, sila klik pada banner di bawah ini untuk mendapatkan ebook panduan dobi ini sekarang.
3 Comments
perniagaan dobi mendapat permintaan yang tingggi di kawasan perumahan yang elit dan terlalu sibuk
post yg menarik…
terima kasih