Siapa kata dengan membuat bisnes makanan secara penghantaran dari rumah ke rumah tidak akan berjaya? Anda pernah cuba? Selalunya kalau ingin membuat bisnes menjual makanan, selalunya orang akan membuka kedai makan, atau membuka warung tepi jalan, atau membuka meja menjual makanan sarapan pagi dan sebagainya. Senang cerita semuanya memerlukan pembeli makanan untuk singgah di kedai tempat anda menjual makanan. Betul? Tetapi bagaimana jika penjual makanan menjual makanan dengan menghantar makanan terus ke rumah rumah. Boleh berjayakah?
Maaf, maksud “bisnes makanan dari rumah” yang saya maksudkan adalah dengan menjalankan bisnes menjual apa sahaja makanan dengan hanya dijalankan hanya dari rumah. Iaitu anda tidak mempunyai kedai makanan sebenar. Apa yang anda buat adalah membuat makanan dan menjualnya terus ke pintu pintu rumah yang memesan membeli makanan dari anda. Ianya adalah konsep penghantaran ke rumah yang mudah kita sebut sebagai Food Delivery. Anda sediakan menu, tunggu pesanan, tetapkan masa penghantaran dan pesanan di hantar ke rumah pembeli. Saya harap anda jelas.
Bisnes Makanan Dari Rumah
Saya mahu anda membaca tulisan saya yang lepas iaitu bisnes Food Delivery untuk anda memahami apa yang saya mahu sampaikan. Pasti anda tertanya tanya bukan. Apakah boleh anda menjual menu makanan seperti menu makanan tengah hari dari rumah? Dan kemudian anda menghantar makanan tersebut ke rumah pembeli tadi. Bolehlah model bisnes makanan seperti ini dijayakan? Dan adakah akan ada orang yang ingin membeli dengan cara sebegini? Kalau anda baca artikel yang saya suruh anda baca tadi, saya sebenarnya memang telah melakukannya dan telah membuat uji kaji. Dan jawapannya YA ianya memang boleh dan berjaya dilakukan.
Bisnes Makanan Secara Penghantaran Food Delivery
Nampaknya bisnes makanan dari rumah dan penghantaran secara food delivery kepada pembeli memang boleh dilakukan. Tidak percaya anda lihat gambar pertama di atas. Ianya adalah kenyataan dari seorang yang menjual makanan dari rumah. Beliau berjaya menjual sebanyak 50 bungkus Nasi Ayam dalam sehari. Banyak bukan. Ini bermakna beliau menerima tempahan order sebanyak 50 pesanan dan semuanya sold out. Berbaloi bukan bagi seorang suri rumah yang hanya menjalankan bisnes makanan ini dari rumah secara part time. Anda teruja?
Dan gambar kedua pula menunjukkan testimoni pembeli dan juga kenyataan dari beliau sendiri yang pesanan adalah dari online 100%. Nampak macam biasa, tetapi rupa rupanya beliau menerima private message (PM) yang banyak sekali setiap hari sehingga beliau sendiri pun terkejut dengan potensi menjual makanan secara online ini.
Kalau anda mahu faham apa yang saya buat ini, anda boleh baca artikel sebelum ini yang telah saya kongsikan di penulisan awal tadi. Dari situ anda akan nampak proses dan potensi kenapa bisnes makanan secara penghantaran Food Delivery dapat dilakukan oleh anda sendiri. Dengan kata lain, dari rumah pun anda sudah boleh menjalankan bisnes. Yang penting anda mahu lakukannya. Itu sahaja. Orang lain boleh, kenapa anda tidak bukan? Saya pasti konsep ini menarik. Jom cuba
7 Comments
Minyak dah naik, orang pun nak jimat malas nak keluar order je makanan secara online. hahaha. Mungkin suatu hari nanti akan nampak perubahan besar macam ni. siapa tahu kan.
saya dah buat, ianya berjaya, orang lain boleh ikut
Saya percaya memang boleh berjaya sebab konsep macam fast food tapi makanan kita dan no minimum quantity.
Admin ada jual homemade food? Kalau dekat boleh order.
admin xda jual, admin hanya pengurus group sahaja
kat area opis aku ni, kalau dibuat..memang masyuk…aku tak larat je nak buat..keje hakiki pun dah bizi kekadang sampai tak lunch dibuatnya..:D
apa yang hendak disampaikan adalah konsep buat duit yang masih x ramai cuba buat, betul x Reezluv
kawasan ofis tuan di area mana… boleh tahu location… saya bercadang nak buat bisnis ini. Insha Allah